Hadis Ibnu Umar R.A mengatakan: Bersabda Nabi SAW bahawa Allah Azza Wa Jalla menerima taubat seorang hamba itu sebelum rohnya sampai di leher.
(Riwayat Tarmizi) Hadis Hasan
Hadis Anas bin Malik R.A, katanya : Bersabda Rasullullah SAW, yang mengikuti mayat itu ke kubur tiga perkara. Dua diantaranya kembali pulang. Hanya satu yang tetap bersamanya. Yang kembali itu ialah keluarga dan hartanya sedangkan yang tetap bersamanya itu amalanya.
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang":loveliness:
"Janganlah kamu bersedih sesungguhnya kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu orang
yang beriman":loveliness:
" Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya."
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa,
belum tentu hari ini kita akan berada di sini.."
Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. (Al-Insyiraah)
"Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka berkerut. Kerut muka itu dengan sendirinya menambah kerut pekerjaan"
-Hamka-
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.. "
(Imam Nawawi)
hi..follow awk...islamiknyee..bagusla..=)
ReplyDelete