Ingatkah lagi kisah nabi Ayyub? Ingat lagi kota belajar waktu kecil-kecil dulu?
Kalau ingat Alhamdulillah, kalau tak ingat pun Alhamdulillah. Kisah-kisah nabi ni memang perlu diulang selalu. Tapi aku bukan lah nak tulis panjang-panjang kisah lengkap nabi Ayub Alaihissalam ni. Secara ringkasnya insyaAllah akan aku ulangi. Aku ni memang suka dengan kisah-kisah nabi. Tak, bukan nak kata aku ni alim ke apa. Tak, sebab aku sebenarnya baru je discover balik kepentingan menghayati kisah-kisah ni, beberapa tahun lepas. Tak sangka banyak betul pengajarannya.
Jadi, kisah nya begini, Nabi Ayub AS ni seorang yang sangat kaya, i mean, sangat-sangat kaya, hensem, ramai anak dan sangat disukai oleh masyarakat. Senang cerita, bayang je macam hero-hero cerita melayu zaman sekarang, tapi ni lebih lagi bahkan realiti. Dan yang paling menarik nya, dia sangat soleh dan sikit pun tak bongkak macam ramai orang zaman sekarang kalau dikurniakan sedemikian nikmat. Dia hamba yang sangat bersyukur.
Jadi, biasalah, hamba-hamba yang hebat ni selalunya dipilih Allah untuk diuji keimanannya. Nabi ayyub ni kaya dan hebat macam pun selalu beribadah. Jadi Allah nak tengok sama ada dia akan tetap bersyukur ke kalau nikmat-nikmatnya itu ditarik balik. Daripada seorang yang sangat-sangat kaya, sekelip mata dia menjadi seorang yang sangat-sangat miskin. Miskin ni ceritanya sampai nak makan pun susah. Now bayangkan seorang jutawan tiba-tiba jadi miskin sampai macamtu sekali.
Tapi, iman dia tetap tinggi tau! Tak penah complain, lagi bersyukur ada. Bagi dia, semua tu milik Allah biarla Allah nak ambil balik pun. Cuba kalau kita? *astaghfirullah
Melihat hebatnya kesabaran nabi Ayyub Allah bagi lagi ujian. Anak dia yang ramai tu pulak tiba-tiba sorang-sorang meninggal dunia. SEMUA! uishh, dah la duit x de, ni anak pulak semua mati, ujian apakah ini? Itu kalau kita. Tapi, bagi nabi ayyub, dia sebagai hamba yang bersyukur, tetap bersyukur.
Tak ke hairan? Baginya tetap sama. Semua tu milik Allah. And yes, tak pernah lagi merungut atau mengeluh.
Sekarang, dah la bekas jutawan yang muflis, papa, hilang semua anak, tinggal dia dengan isterinya je. Ujian lagi, dia pulak dapat penyakit. Penyakit bukan sikit-sikit, habis kulit dia, teruk sangat, organ-organ dia pun bermasalah. Ni orang miskin ni nak berubat guna apa? Isterinya yang solehah lah yang jaga dia. Dah la miskin. Isteri dia pun nak lah kerja cari duit, orang ramai pulak yang selama ni suka berdamping dengan nabi ayyub, dapat tahu itu isteri nabi Ayyub, memang tak lah nak bagi kerja.
Bagi masyarakat, nabi ayub ni kena bala sebab adalah tu benda tak baik dia buat, lagi pun, gelilah penyakit yang dia hidapi tu. Karang berjangkit kang, susah pulak.
Senang cerita, nabi Ayyub dan isteri ni diboikot pulak dah. Dah la tak de duit, aku berat nya dugaan. Sampai satu hari isteri nabi ayyub yang setia menjaga nabi tanya, SAMPAI BILA LAH SEMUA NI?
Kalau kita bukanlah benda pelik nak tanya benda tu, entah kita pun dah lama dah tanya. Tapi reaksi nabi ayyub apa? Apa? DIA MARAH. MARAH SEBAB TAK BERSYUKUR. aduh, kalau kita, mesti tertanya, nak bersyukur apanya lagi kalau dah jadi macam ni? Tapi nabi Ayyub tanya pulak:
BERAPA TAHU KITA DH HIDUP SENANG?
Isteri: 80 Tahun
KITA SUSAH NI BARU BERAPA LAMA?
Ister: 7 tahun
BARU 7 TAHUN? DAH NAK MERUNGUT? MALU LAH KAT ALLAH. JAGALAH KAU, KALAU AKU SIHAT BALIK NANTI NI, AKAN AKU PUKUL KAU 100 KALI.
sebelum aku sambung cerita, cuba muhasabah diri kejap. Kita ni macam mana? Sakit 2/3 hari dah nak putus asa, sedih baru seminggu dah nak salah kan Allah. Kehilangan seseorang, dah nak benci hidup. Masalah kewangan sikit dh rasa hidup tak adil. Cuba la bandingkan hidup kau dengan hidup nabi ayyub. Sila lah.
Sambung cerita, maka isteri nabi ayyub yang dah tak tahu nak cari duit kat mana ni, terpaksalah jual sebahagian dari rambutnya. Kemudia seluruh rambutnya. ( memang zaman tu ad benda macam ni), untuk jaga nabi ayyub. Susah nya sampai tahap tu. Bila dah dua hari nabi Ayyub tanya mana dapat makanan, isterinya yang dah dipaksa untuk bercakap benar, berpaksa bagitahu.
Baru lah buat pertama kalinya nabi ayyub angkat tangan untuk doa seperti yang diatas. Sebab syaitan dah mula menghasut dan ujian sudah mula memudaratkan hidupnya sehingga terpaksa isterinya buat perkara yang dilarang. Tapi, tengok lah doanya. Bukan mintak specifik dan mengeluh habis-habisan. Selamani bersyukur je. Sampai tahap ni baru mengadu, dengan doa tu, Allah terus suruh hentak kaki kat lantai, keluar air sejuk, guna air sejuk untuk rawat kulit dan kesihatan badan. Sihatlah semua nabi ayyub. Sampai bila isterinya balik, dah tak kenal dah siapa orang depan matanya, dicarinya pula nabi Ayyub.
Tapi tapi, macammana pulak dgn sumpah nabi ayyub yg kata nak pukul 100 kali? Maka Allah oun tolong bg ilham kat dia, cuma amik rumput, pukullah guna rumput, x sakit pun, tp janji di tepati.
Itulah kisah seorang hamba yang hebat sabarnya. Banyak, banyak sekali pengajaran yang patut kita ambil. Reflect lah balik dengan diri kita. SABAR LAH. SABAR LAH, BERSYUKURLAH.
Tapi tak salah untuk kita berdoa. Kita punya iman tak de lah sampai tahap iman nabi Ayyub. Kita boleh berdoa. Macam nabi ayub, doa sekali je terus di makbulkan. Jadi, berdoalah, Allah pun dah suruh kita berdoa.
" Wa iza sa alaka ibani fa inni qarib. Ujiibu dakwatad dai iza da an...
Dan apabila hambaku bertanya tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permintaan hambaku apabila dia meminta. " ( 2:186)
Mintalah. Aku sedia mendengar dan memakbulkan. Tapi percayalah pada Allah, jika apa yang kita minta tu kita tak dapat, jangan putus asa. Sudah pasti Allah mahu beri yang lebih baik untuk kita, kita sahaja yang tak perasaan dan tak mahu bersyukur.
Dan bukan setiap ujian itu bala. Ujian selalunya diberi kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kita kau lah yang di pilih, bersyukur dan bergembiralah. Inilah masanya untuk kau buktikan sayang kau pada Allah itu. Buktikan kesabaranmu. Betul, semua ini tak mudah dn orang lain tak akan faham apa yang kau alami. Mereka hanya mampu mendengar. Tapi kau yang lalui, maka, apapun reaksi orang ramai terhadap engkau, engkau tahu hakikatnya. Kuatkan lah diri! Bersabarlah. Contohilah sikap nabi Ayyub. Dan sebagai teman yang menemani seorang yang dilanda musibah, berdampinglah dengan dia, bantulah dia sebagaimana isteri nabi Ayyub setia dan sedia bersama baginda.
Semoga dipermudah dan diberkati, sama-samalah kita contohi kisah-kisah didalam al-Quran :)
