iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Saturday, May 20, 2017

Cikgu Tadika?

Haha banyak pulak post pasal guru tadika kan.. Orang lain pun kerja jugak tapi tak de la nak obses sangat pasal kerjaya dia.

Well since I am still trying to figure out what I really wanna do, I am thinking to just go with the flow. Cherish the moment!

But today was an eye opening day.. Harini berpeluang melawat beberapa saudara yang berdekatan. Pergi rumah opah ( opah dah balik dari KL lepas paklang Kawin!) So, saje lah opah ajak ziarah tok wa, tok lang, tok njang dan tak ngah. Almost every rumah tu, ada orang sakit yang terlantar berbaring. Tok wa sakit tua, tapi alhamdulillah mulut dia tak berhenti bersembang hehe, sukan tenguk, ceria je. Toklang pulak nampak pasif, tak banyak bercakap. Tok njang tak sakit tapi anak dia sakit. Sejak strok tu, nampak anak toknjang macam putus harapan. Sedih sangat. Makan tak nak, tadi kami singgah, pandang pun tak. Tak surelah apa yang dia fikirkan tapi seriously hope dia bangkit semula.

But.. tu just mukadimah.. Actually, apa yang aku nak share sebenarnya lain. Aku cuma terfikir, biasalah, bila kita bertandang di rumah orang ni, banyak ynag bertanya, dan yang pentingnya bila kita duduk diam dan pasang telinga dengar orang tua-tua bersembang.

Ramai tanya tadi, la ni ngeja apa? ( selain, “takda kawan lagi ka?”)
Cikgu tadika
  1. Ok la na, rileks rileks dulu
  2. Laaa awat tak cari keja di kl?
  3. Pasaipa tak contact sapa-sapa kot boleh adjust

Diatas ni adalah tiga reaction yang aku dapat. Aku tak salahkan mana-mana reaction pun, tapi aku salute la yang memahami suruh kerja ja apa pun takpa, teman mak. Thank you.

Tapi saja lah nak hurai, buat ada yang rasa rugi sebab aku baru balik obesi tapi gaji biasa-biasa ni, thanks jugak sebab amik berat. Tapi harap jangan la rasa macam aku ni menyedihkan sangat. Memangla mesti ada jugak rasa teringin nak ada kerja tetap, tapi aku happy dengan keputusan aku sekarang.

Buat ada yang persoal kenapa aku tak cari kerja besar, aku ada prinsip aku. Aku ada pendapat aku sendiri.

Ye lah, logiknya dah mengaji sampai luaq negara awatnya yang nak keja cikgu tadika ja?

Cuma aku terpanggil nak tulis post ni sebab aku perasa, bagi sesetengah masyarakat, ada yang berpendapat setiap graduan tu kena kerja gaji besaq, kerja di kl. Kalau tak, akan jadi buah mulut. Tapi percaya atau tidak, hakikatnya begini:

Sebagai contoh, wani baru lepas grad, tak lama kemudian, wani dapat kerja swasta di kl , gaji masyuk, alhamdulillah. Wani ada adik nama lina. Lina pun grad, tapi keja kat kampung ja duduk ngan mak dia. Tapi biasalah dah duduk kawasan tak berapa nak bandar, mana pulak nak dapat gaji besaq. Boleh la. Lina jadi buah mulut kata dia keja tak besaq macam kakak dia. Percaya atau tidak, sepuluh tahun kemudian ( mungkin juga lima), mak wani dan lina jatuh sakit. Lina sahaja yang jaga mak dia, wani jarang sungguh nak jengguk, maklumlah sibuk bekerja. Tapi lina tak lupa kirim duit buat ibunya. Now, agak-agak siapa yang akan jadi buah mulut orang? Wani punya turn lah pulak. Lina kini mendapat pujian ramai sebab sentiasa ada dengan mak dia.

Dua orang berbeza dengan rezeki yang berlainan. Sini dapat kita lihat, kalau nak fikir sangan dengan apa yang orang nak kata, tak payahla. Sebab kita manusia memang takkan mampu nak puaskan hati orang. Aku bukan nak judge sesiapa, wani dan lina, bagi aku pilihan mereka dan takdir mereka tak salah pun. Masing-masing, bagi aku, adalah anak yang baik. Cuma nak buat macam mana, orang zaman sekarang ni memang suka nak cari salah orang, suka nak membanding-banding.

Well, ni just apa yang aku perasan tadi la. Saja tulis supaya aku sendiri tak mudah tergugat. Aku pun masih fikir, apa plan aku. Tapi mungkin belum masanya untuk ke KL lah.

Nak kata apa, kata lah. Tapi doakanlah yang baik-baik :)

*sambil tengok bola kedah lawan pahang. kalau kedah menang esok cuti tak?


Monday, May 15, 2017

Side-effect kerja di tadika

Tak sangka rupanya bahaya kita bekerja di tadika. Aku sebenarnya amat bersyukur diberi peluang berkerja disana. Aku sedar betapa beruntungnya aku diberi pengalaman sebegini diusia ini. Aku masih bujang. Di tempat kerja, ada dua orang yang dah berumahtangga dan yang lain belum. Sedar tak sedar aku ada beberapa orang anak. Percayalah, aku betul-betul rasa macam diorang tu anak aku. Bila aku tengok muka dan gelagat diorang, aku boleh menitik air mata. Bila aku rasa geram, ada jugak aku marah dan nasihat macam mereka tu anak aku sendiri. Secara tak sengaja, aku dah ada gambaran, cara didikan yang macam mana yang aku nak bagi pada anak-anak aku nanti, insyaAllah.

Aku dah pandai bancuh susu, basuh najis, mandikan, tidurkan mereka. Alhamdulillah. Bukan sahaja aku dah dapat tingkatkan ilmu cara untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak, aku juga dapat belajar cara-cara mengurus mereka. Itu aku dah agak, dan memang itu pun antara sebab aku nak kerja situ.

Tapi yang agak pelik ialah, aku sudah mula ada bayangan tentang aku nak bapa yang bagaimana untuk anak aku nanti. Sudah ada beberapa bapa students aku yang aku amat kagumi. Serius, aku takde la nak kebas atau jatuh cinta pada suami orang, tapi seikhlas hati, aku ada impian yang jelas, harapkan pasangan aku nanti boleh jadi bapa yang mungkin sebegitu. Aku dah mula sedar yang tiada manusia yang sempurna. Tetapi aku tahu yang ada perkara yang aku betul-betul mahu dalam diri seorang lelaki dan ada beberapa perkara yang aku boleh toleransi.

Aku tak tahu lah ni baik atau bahaya. Aku takut aku terlalu memilih, tapi dalam masa yang sama, aku bersyukur sebab aku diberi peluang ini untuk aku lihat dengan mata kepala aku sendiri, manusia yang bagaimana yang aku cari. Tapi ingat My, tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Hidup ni penuh dengan ujian. Tapi banyakkanlah berdoa.

But aku ni takdelah kerja nak usha bapak orang, aku usah sama mak mak students. Aku rasa banyak jugalah aku sedar, sejak jadi guru tadika ni. Since almost everyday aku akan somehow berjumpa dengan parent dan berkomunikasi dengan parents di pintu pagar, bolehlah sedikit sebanyak lihat dan nilai bagaimana layanan seorang ibu(dan bapa) melayan anaknya. Bukan apa, walau pun just 2 minit, kami guru tadika boleh nampa perbezaan layanan yang diberikan orleh each parents kepada anak mereka. Especially when ada students yang nakal dan ada students yang baik, dan ada students dan ngada-ngada. Ada jugalah pola dan trend untuk dianalyze. Tapi sangat confusing sebab kebanyakan yang nakal ni lah yang pandai. Yang baik ni kurang sikit bijak dia. Yang ngada-ngada ni selalunya sama ada sebab ada rupa atau bijak.  Tapi dari segi parenting, rasanya, yang nakal ni yang mak ayah kurang masa bersama dengan anak kat rumah. Kalau mak ayah banyak masa melayan, boleh jadi pandai tapi boleh juga jadi ngada-ngada. Tapi insyaAllah klu mak ayah ada masa kat rumah, ni geng-geng yang behave lah.

No no, these are just my observation. Takdelah nak pukul semua sama rata. Cuma aku diusia yang masih terumbang-ambing ni, dah mula lah rasa termotivated nak jadi wanita yang macam mana, belah mana nak kena perbaiki dan belah mana nak kena buang. Acece..

Tak dapat tidak, dah mula lah rasa macam nak ada rumahtangga sendiri, nak ada pasangan sendiri, dan pastinya anak-anak sendiri. Ye lah dah mula lah yakin yang aku ni memang minat dan suka la dengan budak-budak :) nomeyyy je depa nihhh.

Namun, tak juga lah aku nak terburu-buru. Bak kata orang, berhati-hatilah dalam memilih pasangan. Kita nak duduk dengan dia bukan sebulan dua. Kita nak hidup dengan dia seumur hidup. Kita pun kena ada progres baiki diri. Cukupkan apa yang belum, banyakkan apa yang kurang dan kurangkan apa yang lebih.  Doa jangan putus. Jodoh itu memang rahsia Allah. Mungkin di dunia, mungkin di akhirat, Yakin sahaja dengan perancangan Dia.