iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Friday, March 3, 2017

TABAH DEMI TAKWA. kisah Az.

Sementara diberi kesempatan dan ruang ni, apa salahnya kalau aku update kan?

Ade lah dengar satu kisah benar ni, boleh tahan drama dia. Aku hanya pendengar yang kebetulan berada di tempat kisah ini diceritakan. Aku rasa banyak juga hikmah dan pengajaran yang kita boleh ambil jadi aku gagahkan jugalah menaip malam-malam ni.

---

Az mengambil keputusan untuk buka bisnes, bisnes jual produk yang agak tinggi demandnya di Malaysia, Produk ni pun memang makanan dia sebab dah ber puluh tahun dia kerja dalam bidang ni, jadi dia pun decide lah nak bukak bisnes dia sendiri, Sebenarnya dia ingin beransur daripada kerja pejabat kerana umur pun dah meningkat dan anak pun dah makin besar. Az bertemu jodoh pada usianya yang agak lanjut antara 40 dan 50-an.  Suaminya bekerja sebagai seorang yang masyarakat kita ni anggap "boleh la nak hidup, tapi memang tak de kelas".  Az pula orang nya memang sangat berdikari, lepas spm je dia dah cari kerha sendiri di KL

Berbalik kepada bisnes tadi, modal dah banyak perniagaan pun makin maju Alhamdulillah. Siap tak menang tangan hingga panggillah adik-beradik yang sedang menganggur, mintak tolong, dari dekat dan dari jauh.

Tak lama kemudian, dengar bisnez dah tutup. wah, terkejut jugaklah dengar. Tengah maju elok, tiba-tiba tutup. Dengar cerita sebab ada masalah dengan supplier, percaya je lah. Tak lama lepas tu, ada dah mulut yang mula bukak cerita. rupanya sebab suaminya songlap duit syarikat. beratus ribu jugak lah. 

Ya Allah, sedihnya dengar. Aku terkedu jugaklah. Aku kenal lah jugak Az tu orang nya macam mana. Dia usaha sekolahkan anak dia di sekolah tahfiz. Usia dah masuk lima puluhan tapi anak masih kecil. Ni tak cerita lagi dulu dia pernah bercinta, putus, bertunang, tak jadi, siap pernah kena sihir lagi. Sekarang, bila ade jodoh, suami pulak macam ni. 

Si suami tu pulak tergamak ambil duit syarikat, duit bisnes isteri dia sendiri. Sampai beratus ribu pulak tu. Sedangkan si isteri usaha siang malam, nasib baik lah tak berhenti kerja. bila syarikat tutup pun, alhamdulillah ada gaji tetap lagi. Tapi sayang, si suami dah berhenti dah, waktu dia dilantik jadi admit di satu cawangan. Tpi tu lah, tak amanah pula. Bayangkan, bisnes tengah maju tapi hutang banyak, tak untung-untung. Lebih sedih lagi, duit tu dipakai untuk apa? untuk judi. Allah, kuatkanlah Az.

Teruk juga lah dia bergaduh dengan suami dia tu, tapi nak teruk2 pun, dia isteri kena jaga lah batas. kena jaga jugak kebajikan anak. Dia tak boleh nak buka aib suami, jadi kisah ni memang bukan dari mulut Az. Kisah dan cerita ni adalah daripada kakitangan syarikat yang merupakan juga sedara-mara Az.

----
Aku tengah bayangkan, kalau aku lah kat tempat dia, macammana agaknya aku nak handle masalah macam ni? 

Aku sendiri kagum dengan Az, hidupnya penuh liku-liku, nak cari jodoh pun, susah memang drama lah kisah cinta dia. bila dah ada, takdir tentukan dia kena hadapi ujian seberat ini. Aku belajar, ujian orang tu memang lain-lain, ada sebab ujian orang tak jadi pada kita. Tapi kita perlu lihat bagaimana dia handle situasi yang macam tu. 

Dalam masa yang sama, aku cuma kecewa dengan sikap suami dia yang begitu, tergamaknya. Sudahlah lepas kahwin dia masuk rumah Az senang-lenang. Az yang banyak tanggung perbelanjaan harian kerana gajinya yang lebih besar berbanding si suami. Tak apalah, dah takdir begitu. Tapi kenapa perlu pecah amanah dan guna duit itu untuk judi? Aku yang dengar ni pun dan sedih, apa tah lagi si Az.

Sekali lagi, aku sengaja tulis disini. Kerana sikap Az yang masih menjaga aib suaminya tu memang amat aku kagumi. Ketabahan dia dalan harungi masalah kewangan rumah tangga dia pun aku puji. Biarpun penat bekerja, tak pula dia lupa untuk masak setiap hari di rumah, hantar dan ambil anak ke sekolah pun dia yang buat. 

Aku tak mampu tolong, cuma aku doakan dia temui kebahagiaan dan dipermuadah urusan. Semoga dia tetap tabah menghadapi segalanya. Semoga suaminya tu pun insaf dah segera bertaubat. Aku harap hubungan mereka segera baik dan bahagia. 

Aku cuma mahu rayu, wahai kaum lelaki, walaupun era ini ramai wanita yang menutut hak sama rata dengan lelaki, ramai yang bekerja tapi tolong jangan lepas tanggungjawab sebagai lelaki. Setakat pemerhatian aku ini, generasi masa ni memamg banyak lelaki yang bergantug pada wanita. Aku memang tak pukul rata, aku memang tak kata semua. Tapi lelaki jenis lepas tangan ni dah makin ramai, sungguh. aku kesal. Aku tak salahkan yang dah usaha tapi nasib belum menyebelahi. aku cuma mohon yang tak usaha tu, tolong lah usaha. Tolonglah ada ego dan malu pada diri sendiri. Awak tu lelaki! 

Jangan kecam aku, aku pun tak de lah bagus sangat. Tapi stakat ni banyak rintihan yang aku dengar dari kaum wanita, begitu lah.

*Serius tak tahu nak letak tajuk ape....
* Az= bukan nama sebenar ( tujuan tulis ni bukan untuk mengaibkan sesiapa)




Thursday, March 2, 2017

Nasihat Buat Orang Muda

Kali ni post nak tulis bahasa melayu lah.. saya kan di Malaysia :P

Sejak menganggur ni, banyak lah kacau beberapa orang terdekat. Lepak dengan mak, dengan makcik dan dengan opah dan atuk, memandang kan dah lama jugak tak balik ni, banyak lah cerita yang depa crita. (oops tekeluaq loghat kedah)

Ini adalah hasih perbualan aku bersama berrapa orang yang lebih banyak makan garam.

Ramai tanya, ada dak lagi?

Me: Ada Apa?"

Them" "Toksah dok buat-buat tanya laaa, calon la..."

Me: "Blum lagi"

Them: " Toksah dok mohongla, orang mana?"

Me: "Tak dak lagi la.."

Them: "Elok? Keja dah?"

Hahaha,, tak tau la bila bercakap dengan orang-orang tua ni. ade je.. memang tak leh menang la..

Sorry lah, lately memang ni jelah topik aku.. Tapi aku nak tulis jugak.. sebab aku rasa, nasihat diorang ni boleh tahan jugak. pentinglah, untuk orang-orang sebaya aku

-----

Kalau jumpa dah, ada yang dah berkenan, suruh lah masuk minang tak pun, suruh ja jumpa keluarga. Biaq keluarga tau hang berkawan dengan sapa. Zaman la ni, bukan apa, ramai yang buat masalah belakang mak ayah.

Walaupun belum ada hubungan, rasa kawan-kawan besa ja, kalau dah berkawan dengan lelaki suruh depa pekenai diri, sebagai kawan pun tak pa lah, bukan nak paksa kawin. Kalau jadi apa-apa tak elok, sekurang nya mak ayah tau hang berkawan dengan sapa.

Tapi, kalau memang tak dak lagi, jangan risau aih.. bukan tak dak yang berkenan, mungkin belum lagi masa dia.. Jangan dok rasa tak laku pulak. InsyaAllah, Allah pun ada perancangan dia. Umoq hang ni memang la orang kata patut mnikah. Tapi, bila Allah lambatkan tu, ada la hikmah dia.

Cuba hang pilih, nak kawin awai, tapi dapat laki yang susah bawak bincang, tak bertanggungjawab, hensem sangat sampai hang cepat cemburu, atau hang sabaq sikit, jaga ja maruah hang tu dan dapat lelaki lebih elok.

Satu benda hang kena tau pasai kawin ni, kita perempuan nak masuk syurga senang, solat lima waktu dan dengaq kata suami. Tugas laki pulak banyak..

Tapi tu lah, masalah dia, senang ka susah nak jadi isteri solehah?

Aku tanya hang, senang ka payah nak jadi anak yang solehah? bergantung pulak mak ayah dia macam mana. ada orang senang ja nak jadi nak yang baik. Dia memang rapat dengan mak ayah dia, depa jenih lembut sopan, jarang bergaduh, tak mudah bertekak. Ada orang ujian la pulak. mak ayah dia kasaq, dia mudah makan hati, nak sabaq tu susah. Semua tu bergantung. Sama jugak nak jadi isteri yang solehah tu, bergantung jugak pasangan hang nanti orang dia lagu mana.

Sebab tu orang kata, satu benda yang halal tapi Allah tak suka, adalah cerai. Memang Allah tak suka. tapi kenapa Allah halalkan? sebab dia tau, dia sayang hamba dia. Bila suami isteri dah tak sehaluan, dan tak mudah bagi keduanya untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing, Si isteri pun dah tak mampu nak sabaq untuk menunaikan tanggungjawab dia, maka leraikanlah ikatan tu. Allah izinkan, walaupun Allah tak suka. Allah tak suka la bila rumah tangga yang dah dibina, hancur.

Pasitu, bila nak bina rumah, kita kena tengok dulu, lokasi dia tang mana, nak buat rumah, bahkan nak beli rumah sekalipun, kita kena tengok besaq mana beli berapa bilik, kukuh ke dak, jiran macam mana pun nak kena tengok. macam tu jugak lah kita nak bina rumah tangga. Bila cari calon, cari yang elok, memang jangan memilih sangat orang kata, tapi kita kena jugak pilih yang baik-baik. Biaq tunggu sikit, janji puaih hati. daripada beli rumah ikot dan, lepaih tu tak selesa nak pindah pulak, kan susah.

Yang penting la ni, hang kena tengok diri sendiri, perbaik mana yang patut. Jodoh memang perlu cari, tapi jangan cari saja tapi diri pun tak sedia. Satu hari nanti, bila masa nya dah sampai, sekurangnya hang dah mampu dan sedia untuk jaga rumah hang dengan baik. Jaga pasangan dan anak-anak dengan baik.

Hang bayang hang kawin rini, sedaq-sedaq hang dah ada orang lain makan semeja dengan hang, tidoq sebilik. Orang ni akan bersama dengan hang buat selamanya. Hang akan hidup dengan dia. Bayang housemate atau roomate atau kawan-kawan hang yang hang tak ngam, bayang pasangan hang macam tu. kalau kawan at least yang boleh tegoq ka, kalau hang tak mau kawan dengan dia pun boleh. tapi ni pasangan. hang akan duduk dengan dia, bukan setahun dua sampai hang habih blajaq atau hang nak tunggu kena transfer, ini untuk berpuluh tahun.

Lepaih sebulan hang kahwin, setahun ka, hang mungkin mengandung. banyak ujian masa mengandung. lepaih tu hang akan ada anak dan anak-anak.  Hang akan sentiasa terikat dengan pasangan hang. Kalau hang betoi betoi belum sedia, susah, takut satu hari hang menyesal. MENYESAL adalah satu perasaan yang sangat susah untuk dibuang bila dia dah ada. Hang tak boleh nak putaq balik masa. Hang tak boleh nak tiba-tiba decide untuk duduk seorang balik.

Secara kasar, hang boleh nampak bahagia orang dah kahwin. Yang kahwin awal, hang akan nampak macam seronok. Tapi hang tak tahu kalau benda tu jadi kalau dapat kat hang. Ujian orang kita tak tahu. Ingat, kita ni matlamatnya nak masuk syurga. Nak hidup dan mati kita diredhai Allah. Kalau kita tak kuat, tak cukup sabaq, tak dak iman, amat mudah untuk kita jadi isteri yang derhaka. Hasil kesabaran dan ketabahan kita tu bukan kita boleh nilai la la ni. kadang-kadang mungkin kita rasa kita dah buat yang terbaik tapi suami kita tetap menguji, anak-anak pulak degil, kita rasa dah habih kuat dah kita ni, rasa macam nak biaq ja, malaih dah nak mamik kisah.. tapi tak boleh, hati kena yakin, syurga itu tetap di bawah tapak kaki suami, hasil kesabaran dan ketabahan kita akan dibalas di akhirat sana nu.

Kahwin ni kena ikhlaih. Cepat atau lambat bukan pengukur. jodoh kita pun sama, pendek atau panjang bukan pengukur. Yang akan diukur ialah bagaimana kita tunaikan tanggungjawab kita. Sementara hang ada masa, hang cuma perbaik diri. bukan sahaja untuk menjadi isteri, perbaik diri untuk menjadi seorang insan yang berhati mulia. Jika ada jodoh di dunia, insyaAllah, yang hang nak ajaq anak-anak hang nanti bukan apa yang hang dok berbuih mulut, tapi apa yang hang buat secara tak sedaq yang akan jadi ikutan dan teladan mereka. Dan jikapun kita tak sempat jumpa jodoh didunia, yang penting akhlak kita baik, hati kita baik. dan sentiasa berubah kearah kebaikan, semoga tempat kita di syurga.