iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Friday, March 3, 2017

TABAH DEMI TAKWA. kisah Az.

Sementara diberi kesempatan dan ruang ni, apa salahnya kalau aku update kan?

Ade lah dengar satu kisah benar ni, boleh tahan drama dia. Aku hanya pendengar yang kebetulan berada di tempat kisah ini diceritakan. Aku rasa banyak juga hikmah dan pengajaran yang kita boleh ambil jadi aku gagahkan jugalah menaip malam-malam ni.

---

Az mengambil keputusan untuk buka bisnes, bisnes jual produk yang agak tinggi demandnya di Malaysia, Produk ni pun memang makanan dia sebab dah ber puluh tahun dia kerja dalam bidang ni, jadi dia pun decide lah nak bukak bisnes dia sendiri, Sebenarnya dia ingin beransur daripada kerja pejabat kerana umur pun dah meningkat dan anak pun dah makin besar. Az bertemu jodoh pada usianya yang agak lanjut antara 40 dan 50-an.  Suaminya bekerja sebagai seorang yang masyarakat kita ni anggap "boleh la nak hidup, tapi memang tak de kelas".  Az pula orang nya memang sangat berdikari, lepas spm je dia dah cari kerha sendiri di KL

Berbalik kepada bisnes tadi, modal dah banyak perniagaan pun makin maju Alhamdulillah. Siap tak menang tangan hingga panggillah adik-beradik yang sedang menganggur, mintak tolong, dari dekat dan dari jauh.

Tak lama kemudian, dengar bisnez dah tutup. wah, terkejut jugaklah dengar. Tengah maju elok, tiba-tiba tutup. Dengar cerita sebab ada masalah dengan supplier, percaya je lah. Tak lama lepas tu, ada dah mulut yang mula bukak cerita. rupanya sebab suaminya songlap duit syarikat. beratus ribu jugak lah. 

Ya Allah, sedihnya dengar. Aku terkedu jugaklah. Aku kenal lah jugak Az tu orang nya macam mana. Dia usaha sekolahkan anak dia di sekolah tahfiz. Usia dah masuk lima puluhan tapi anak masih kecil. Ni tak cerita lagi dulu dia pernah bercinta, putus, bertunang, tak jadi, siap pernah kena sihir lagi. Sekarang, bila ade jodoh, suami pulak macam ni. 

Si suami tu pulak tergamak ambil duit syarikat, duit bisnes isteri dia sendiri. Sampai beratus ribu pulak tu. Sedangkan si isteri usaha siang malam, nasib baik lah tak berhenti kerja. bila syarikat tutup pun, alhamdulillah ada gaji tetap lagi. Tapi sayang, si suami dah berhenti dah, waktu dia dilantik jadi admit di satu cawangan. Tpi tu lah, tak amanah pula. Bayangkan, bisnes tengah maju tapi hutang banyak, tak untung-untung. Lebih sedih lagi, duit tu dipakai untuk apa? untuk judi. Allah, kuatkanlah Az.

Teruk juga lah dia bergaduh dengan suami dia tu, tapi nak teruk2 pun, dia isteri kena jaga lah batas. kena jaga jugak kebajikan anak. Dia tak boleh nak buka aib suami, jadi kisah ni memang bukan dari mulut Az. Kisah dan cerita ni adalah daripada kakitangan syarikat yang merupakan juga sedara-mara Az.

----
Aku tengah bayangkan, kalau aku lah kat tempat dia, macammana agaknya aku nak handle masalah macam ni? 

Aku sendiri kagum dengan Az, hidupnya penuh liku-liku, nak cari jodoh pun, susah memang drama lah kisah cinta dia. bila dah ada, takdir tentukan dia kena hadapi ujian seberat ini. Aku belajar, ujian orang tu memang lain-lain, ada sebab ujian orang tak jadi pada kita. Tapi kita perlu lihat bagaimana dia handle situasi yang macam tu. 

Dalam masa yang sama, aku cuma kecewa dengan sikap suami dia yang begitu, tergamaknya. Sudahlah lepas kahwin dia masuk rumah Az senang-lenang. Az yang banyak tanggung perbelanjaan harian kerana gajinya yang lebih besar berbanding si suami. Tak apalah, dah takdir begitu. Tapi kenapa perlu pecah amanah dan guna duit itu untuk judi? Aku yang dengar ni pun dan sedih, apa tah lagi si Az.

Sekali lagi, aku sengaja tulis disini. Kerana sikap Az yang masih menjaga aib suaminya tu memang amat aku kagumi. Ketabahan dia dalan harungi masalah kewangan rumah tangga dia pun aku puji. Biarpun penat bekerja, tak pula dia lupa untuk masak setiap hari di rumah, hantar dan ambil anak ke sekolah pun dia yang buat. 

Aku tak mampu tolong, cuma aku doakan dia temui kebahagiaan dan dipermuadah urusan. Semoga dia tetap tabah menghadapi segalanya. Semoga suaminya tu pun insaf dah segera bertaubat. Aku harap hubungan mereka segera baik dan bahagia. 

Aku cuma mahu rayu, wahai kaum lelaki, walaupun era ini ramai wanita yang menutut hak sama rata dengan lelaki, ramai yang bekerja tapi tolong jangan lepas tanggungjawab sebagai lelaki. Setakat pemerhatian aku ini, generasi masa ni memamg banyak lelaki yang bergantug pada wanita. Aku memang tak pukul rata, aku memang tak kata semua. Tapi lelaki jenis lepas tangan ni dah makin ramai, sungguh. aku kesal. Aku tak salahkan yang dah usaha tapi nasib belum menyebelahi. aku cuma mohon yang tak usaha tu, tolong lah usaha. Tolonglah ada ego dan malu pada diri sendiri. Awak tu lelaki! 

Jangan kecam aku, aku pun tak de lah bagus sangat. Tapi stakat ni banyak rintihan yang aku dengar dari kaum wanita, begitu lah.

*Serius tak tahu nak letak tajuk ape....
* Az= bukan nama sebenar ( tujuan tulis ni bukan untuk mengaibkan sesiapa)




No comments:

Post a Comment