iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan? Semangat!

tahukah anda, eh, KITA, betapa hebat dan mulianya bulan Ramadan ni.. apa yanng best sangat pasal bulan Ramadhan ni? bulan  puasa.. so? puasa je lah.. eh tak tak.. bukan setakat bulan puasa je.. bulan Ramadhan adalah bulan yang sepatutnya kita gunakan utk tingkatkan amalan dan ibadah kita! bukan setakat pusa je.. semangat lah sikit! jom imbas balik peristiwa2 yg pernah berlaku dlm bulan ramadhan.. eleh,, nk ckp pasal  lailatul qadar lah tu... org dah tahu la.. Dh tahu? bagus la.. ni ade lagi yg lain.. ade sembilan lagi yg saya dpt tulis dlm post ni..  let's see...

1.Alquran diturunkan
17 Ramadhan 10 tahun sebelum Hijrah 
Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).
(Surah al-Baqarah, ayat 185 )
-diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.
-Peristiwa Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah (kegelapan) telah disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa. 

# so,, apa yang nak semangatnya? HEY!! SEMANGAT LAH.. JOM BUKAK ALQURAN, BACA BALIK APA YANG ALLAH NAK SAMPAIKAN KEPADA KITA SEMUA! KLU ZAMAN DULU, ALQURAN NI DAPAT UBAH JAHILIYAH ORG ARAB KEPADA AKHLAK YANG MULIA, KENAPA BUKAN PADA KITA? read,understand, apply and share! :)

 2. Perang badar
Ramadhan 2 Hijrah. 
-  Ramadhan tahun ke-2 H terjadi perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar.
- Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Makkah. Tentera Islam mengawal lokasi strategi dengan menguasai sumber air yang ada di daerah 
tersebut. 
- Perang ini melibatkan tentera Islam sebanyak 313 anggota berhadapan dengan 1000 tentera Musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata. Dalam perang ini, tentera Islam menang dalam pertempuran dengan 70 tentera Musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan. Sisanya melarikan diri. 
- Perang ini adalah suatu yang luar biasa ketika tentera Islam yang kurang jumlah, lemah dari sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadan memenangi pertempuran Perang Badar. 
-Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keridhaan Allah. 
-Orang yang berjuang demi mencapai keridhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. "Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Oleh itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya
(QS Al-Imran:123) 

# so what?? 
Melalui peristiwa peperangan Badar al-Kubra yang penuh bersejarah ini, terlalu banyak pengajaran dapat kita petik dan teladani sebagai bekalan kehidupan harian kita. Antaranya ialah:
* Pertama: Agama Islam yang kita anuti dan nikmat hari ini adalah merupakan hasil perjuangan yang menuntut pengorbanan yang tinggi dari para pengdukungnya, khususnya Nabi dan para sahabat baginda s.a.w. Oleh yang demikian, marilah kita hargai Islam ini dengan mengamalkan sepenuhnya.
* Kedua: Syura atau bermesyuarat sebelum membuat apa-apa keputusan dalam perkara yang tiada nas yang jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah, adalah merupakan asas pentadbiran dan politik Islam yang tetap, yang tidak harus diabaikan. 
* Ketiga: Keimanan yang kental, doa yang berterusan serta tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT merupakan senjata yang ampuh dan berkesan bagi menghadapi sebarang serangan musuh-musuh Allah dan Islam di sepanjang zaman. 
* Keempat: Sesuatu kebenaran itu tidak akan dapat ditegakkan jika ianya tidak disertai dengan strategi yang betul, perancangan dan penyusunan yang kemas dan rapi. 
* Kelima: Sebagai umat Islam kita mestilah yakin bahawa sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa untuk memberi pertolongan dan kemenangan kepada perjuangan Islam sekalipun jumlah pendokongnya kecil dan kekuatannya terhad. 

 3. Persiapan perang khandaq
Ramadhan-Syawal 6 hijrah
- Sebab utamanya adalah berpunca dari hasutan kaum Yahudi. Sebahagian pemuka Yahudi Banu Nadlir dan Banu Wa'il datang kepadabangsa Quraisy di Mekah. Mereka mencadangkan kaum Quraisy untuk memerangi Rasulullah saw. Sebelum itu mereka telah mencuba untuk berhadapan dengan kaum Muslimin. Namun mereka merasa tidak mampu. Utusan kaum Yahudi itu memujuk kaumQuraisy dengan berbagai cara. Kata kaum Yahudi : " Kami akan bersama-sama dengan kamu sehingga kami dapat menumpaskan Muhammad."
- Ketika Rasulullah mendengar berita akan terjadinya penyerbuan terhadap Kota Madinah dan Gabungan pasukan sekutu untuk memerangi kaum Muslimin, untuk menumpas mereka hingga ke akarnya. Lalu baginda menyuruh kaum Muslimin untuk mengadakan persiapan perang.Dan diputuskan pula untuk mengadakan pertahanan dalam Kota madinah. Jumlah tentera kaum Muslimin hanya terkumpul sebanyak tiga ribu orang sahaja. Dalam kesempatan itulah Salman Al-Farsi mengisyratkan agar membuat parit disekitar Kota Madinah. 
- Rasulullah ikut sama menggali parit itu agar kaum Muslimin ikut berlumba-lumba dalam mencari pahala. Keran itulah kaum Muslimin beramai-ramai ikut bekerja bersama beliau. Waktu itu Kota Madinah sedang mengalami musim yang sangat dingin. Sedangkan kaum Muslimin banyak yang tidak mempunyai makanan yang secukupnya. Bahkan adakalanya sehungga tidak mempunyai apa-apa makanan. 
Kata Abu Thalhah : " Kami pernah mengeluh kepada Rasulullah tentang rasa lapar yang kami deritai. Dan kami selalu mengikat perut kami dengan batu.Manakala Nabi pula mengikat perut baginda dengan dua batu. 
 Kata Anas: "Waktu itu ketika Nabi keluar beliau saksikan kaum Muhajirin dan kaum Ansar bersama-sama menggali parit disuatu pagi yang amat dingin sekali sedangkan keadaan mereka amat lapar. 
# tolong lah semangat! lihatlah betapa org2 islam zaman Rasulullah tetap semangat walaupun dlm keadaan yg sangat lapar.. ingat senang ke nak gali parit yg lebar dan panjang macam tu? dalam keadaan yg sangat lapar.. renung balik.. kita ni puasa pun ape lah sangat.. harap puasa tak halang kita utk buat baik.. puasa bukan alasan utk tidur je sepanjang hari.. 

 4. Pembebasan kota mekah dan penghancuran berhala
20 Ramadhan 8 hijrah 
-Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). 
-Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah SAW tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. 
-Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah SAW mengutuskan Khalid bin al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan suwa', dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat. 
-kepentingan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan Islam?
 1*Abu Sufian dan Abbas memeluk Islam Orang Arab Quraisy ikut memeluk Islam Nabi Muhammad s.a.w. menekankan pentingnya perpaduan Sifat baik sangka dapat mewujudkan perpaduan 
2*Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan penduduk Makkah. Sifat pemaaf ini menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah. 
3* Amalan menyembah berhala terhapus.Masyarakat Makkah mengamalkan ajaran Islam Masyarakat Islam mula mendalami ilmu Islam 
4*Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia Negara Islam Madinah begitu kukuh 
5* Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam Membuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.
6* Dakwah Islamiyah telah tersebar secara aman · Makkah dijadikan sebuah wilayah Islam Wilayah Islam semakin luas 

 5. Perjalanan perang tabuk perang Qadisiyah, parsi
rejab-Ramadhan 9 Hijrah 
-Perjuangan Islam terpaksa menghadapi pelbagai cubaan, cabaran, halangan, dugaan, tentangan dan rintangan. Begitulah yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w sebelum keluar ke Tabuk di mana baginda terpaksa menempuh perjalanan dari Madinah yang jaraknya sejauh 80 km yang memakan masa 15 hari perjalanan dan berhadapan dengan beberapa golongan iaitu 
*golongan yang menangis kerana tiada kelengkapan terutama tunggangan untuk turut sama ke sana. Mereka terdiri daripada tujuh orang daripada golongan Ansar dan Bani Amru bin Auf. 
*Manakala golongan kedua ialah golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah daripada turut serta dalam peperangan dengan alasan yang tidak diterima oleh Allah kerana mereka cukup dengan kelengkapan tetapi takut dan malas untuk berbuat demikian demi kepentingan peribadi. Mereka terdiri daripada 82 orang dari Bani Ghafar. 
*Golongan yang ketiga yang menjadi musuh dalam selimut ialah golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai.
-walaupun dgn cabaran itu,, Allah juga berikan pertolongan.Bantuan tentera Allah melalui pengutusan Malaikat.
- Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk, Mereka telah digentarkan oleh Malaikat (dianggarkan sebanyak 100,000 malaikat) yang menyamar sebagai panglima-panglima tentera Islam yang berpakaian serba putih, berbadan besar, sasa dan tegap disamping mempunyai sut serta alatan tempur yang lengkap seperti angkatan berkuda dan memanah. 
-Hal tersebut segera mematahkan perasan tentera Rom untuk memerangi Islam. Ini membuatkan pihak Islam menang besar tanpa menerima pertumpahan darah sedikit pun. 
# harap kisah perjuangan ini jadi sumber inspirasi kepada kita.. hidup mmg byk cabaran.. tp,, selagi kita berusaha dan berjuhad untuk buat baik, insyaAllah Allah akan beri bantuan dengan cara yang tak disangka-sangka.. jadi, tunggu apa lagi? buatlah baik dengan ikhlas! :)

 6. Pembebesan andalus
28 ramadhan 92 Hijrah 
-Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bagian semenanjung Liberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu mulai tahun 711 sampai 1492 M. Pada 28 Ramadan tahun ke-92 H, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dikirim pemerintahan Bani Umayyah untuk menawan Andalus. . 
-Negeri ini pernah dikuasai oleh bangsa Vandal semenjak abad 1 Masehi. Mereka datang dari utara skandinavia dan diperkirakan berasal dari Jerman. Dahulu negeri ini desebut dengan Vandalusia yang berarti tanah bangsa Vandal. Bangsa Vandal sangat terkenal dengan kebrutalan, kekejaman dan kejahatannya, sehingga dalam bahasa inggris kata Vandalisme identik dengan segala bentuk kekejaman, kejahatan, ekstrimis dan tindakan barbarian. Kemudian sekitar Abad 5 Masehi datang bangsa Gothic Kristen menguasai negeri ini dan dikenal dengan kerajaan Visighotic Barat. 
- Tariq memimpin armada Islam seramai 7000 orangmenyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropa. Setelah pasukan Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam agar mereka tidak berpikir untuk mundur. Akhirnya pasukan Tariq berhasil menguasai Andalus dan menyelamatkan rakyat Andalus yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selamalapan abad. 

 7. Perang salib: pembebasan palestine
ramadhan 584 hijrah 
- Tentera Perang Salib menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota mereka, dan mendirikan Kerajaan Katolik yang terbentang luas dari Palestin hingga Antakiyah. Namun pemerintahan mereka hanya sekejap, kerana Salahuddin mengumpulkan seluruh kerajaan Islam di bawah benderanya dalam suatu perang suci dan mengalahkan tentera Perang Salib dalam pertempuran Hattin pada tahun 1187. 
-Setelah pertempuran ini, dua pemimpin tentara Perang Salib, Reynald dari Chatillon dan Raja Guy, dibawa ke hadapan Salahuddin. Beliau menghukum mati Reynald dari Chatillon, yang telah begitu keji kerana kekejamannya yang hebat yang dia lakukan kepada orang-orang Islam, namun membiarkan Kingdom Guy pergi, kerana dia tidak melakukan kekejaman yang sama. 
-Palestin sekali lagi menyaksikan erti keadilan yang sebenarnya. Salahuddin memasuki Baitulmuqaddis dan membebaskannya dari 88 tahun pendudukan tentera Perang Salib. Sebaliknya dengan "pembebasan" tentera Perang Salib, Salahuddin tidak menyentuh seorang Nasrani pun di bandar tersebut, sehingga menyingkirkan rasa takut mereka bahawa mereka semua akan dibunuh.
- Dia hanya memerintahkan semua umat Nasrani Latin (Katolik) untuk meninggalkan Jerusalem. Umat ​​Nasrani Ortodoks, yang bukan tentera Perang Salib, dibiarkan tinggal dan beribadah menurut pilihan mereka. 

 8. Tentera Islam Mengalahkan tentera Monggol 
Ramadhan 658 Hijrah 
-Pada tahun 126 sampai 1405 M, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir semua benua Asia. Menurut sejarah, kekaisaran penaklukan mereka seluas 33 juta kilometer persegi. Jenderal tentera Mongol dikenal sebagai Genghis Khan. 
-Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh lebih sejuta rakyat negara yang dikalahkan. Penaklukan mereka menjangkau sampai ke Moscow dan Kiev. 
- Pada tahun 1258, tentera pimpinan jenderal Hulagu Khan menyerbu kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. 
-Dalam serangan itu, banyak umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Eufrat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam karena tinta. 
-Pada 15 Ramadan 658 H bersamaan 1260 M, tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari dinasti Mamluk, Mesir menyerbu ke Palestina setelah Mongol menguasainya. 
-Kedua pihak bertemu di Ain jalut. Terjadilah Perang Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berhasil menawan Kitbuqa Noyen, penasihat Hulagu Khan yang menasihatinya untuk menyerang Baghdad. 
-Kitbuqa akhirnya dieksekusi. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa ketika Mongol yang terkenal dengan kekerasan itu akhirnya kalah pada tentera Islam.

9. Perang arab-israel : pembebasan sinai.
10 Ramadhan 1390 Hijrah
-Dalam sejarah modern, terjadi Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam (Mesir dan Syria) dengan tentera Israel pada 10 Ramadan 1390 H bertepatan dengan 6 0ktober sampai 22 atau 24 Oktober 1973 M. 
-Perang Yom Kippur, juga dikenal sebagai perang Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadan. Ia adalah sebahagian dari konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. 
-Pada bulan Jun 1967, terjadi perang enam hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Yordania. 
-Dalam pertempuran itu, Israel berhasil menduduki bukit Golan, Syria, di utara dan semenanjung Sinai, Mesir, di selatan hingga ke Terusan Suez. Setelah itu, Israel membangun barisan pertahanan di Sinai dan bukit Golan.
- Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan USD 500 juta untuk membina benteng dan kerja tanah raksasa yang dinamakan Garis Bar Lev, sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.Tentera Islam berhasil merebut benteng itu sekaligus mengalahkan Israel.

Monday, July 8, 2013

Kita merancang, Allah juga merancang

Tamatnya program selepas 9 hari, kami mula bergerak pulang. Dari masjid puchong, kami diagihkan kepada 3 buah kereta yang akan menghantar kami ke stesen lrt bukit jalil.

1) Sebelum sempat keluar dari kawasan masjid, satu kereta ditegur oleh seorang pakcik yg mengatakan satu tayarnya bocor. Ya mmg bocor pun agak teruk dan perlu diganti. Peserta yh berada dlm kereta itu terpaksa turun dan masuk ke dlm 2 kereta lagi.. Agak sempit Tp itu lah cabaran nya.

2. alhamdulillah, sampai dilrt bukit jalil kami mmbeli tiket dikauter dan kemudian mencari. Mesin atm utk mengeluarkan duit sbb kononnya Nk pegi masjid jamek la nak shopping tudung kejap. Tiba2 ada seorang kawan kami terkejut kerana mendapati tiket ETS nya ke ipoh tiada dlm simpanan! Rupa2 nya mungkin dia terbuang tanpa dia sedari. Burn la rm25.

3. Naik tangga nak pergi ke stesen lrt, baru sedar lrt dah pun sampai dan sudah mula bergerak.. X pelah.. Kami pun tunggu. Eh lupa.. Waktu ni, kami berempat.

4. Tunggu punya tunggu, Lrt pun sampai.. Alhamdulillah.. Apa lagi, kami pun naik lah..
Naik naik, sorang kawan tersedar yang beg yang sepatut berada dgn nya tidak cukup! Satu beg besar tiada! Dengan lajunya, kami pun turun semula!alhamdulillah sempat turun..mulalah mencari.. rupanya tertinggal dikauter tiket! Alhamdulillah ada lg.

5. Ok, kembali ke lrt dan tunggu pula lrt seterusnya..
Semua yg jadi menyebabkan kami mula rasa ingin beristighfar.. Mungkin ini adalah caraAllah menghapuskan Dosa2 kami yg mungkin kami tidak sedari.. Alhamdulillah, next lrt sampai.. Double check, barang semua cukup? Kamipun naik.. alhamdulillah ade tmpat duduk.
6. Sampai di masjid jamek. Kami berempat turun.. Seorg dr kami x join utk bershopping.. Jdi, dia pun naik balik train utk ke perhentian bas setelah dia tunjukkan kami jalan utk ke masjid jamek.. Tp, masih juga kami terkial2 alhamdulillah jumpa juga jalannya.. Sayangnya, kami x jumpa tmpat utk kami simpan segala beg kami, jadi kami pun angkut jugaklah segala bagasi, backpack sepanjang berjalan kaki di masjid jamek.

7. Setelah diuji daya ketahanan badan memikul beg berat dan brjalan jauh, kami kembali ke stesen lrt utk naik lrt ke kl sentral..
8. Panjangnya barisan! Ok paham hari ahad.. Mmg la.. Ok beratur.. Buka phone, baru perasan ada mesej dan miscall dr kawan yg td dah nak balik tu.. Katanya tiket ke temerloh dah habih utk hari ini!! Dah la dia keseorangan! Allah, berilah dia kekuatan! Itu ja yg mampu ku ucap. Tp katanya selepas dimarahi, ayahnya menyuruh agar dia tunggu sehingga ayahnya sampai.. Ye.. Dri pahang.. Marahnya seorang ayah pun, kasih sayangnya tetap disitu!
9. Ok selesai beli tiket dan tiba2 bila Nk masuk, tiket aku pulak yg x boleh guna! Apa lg, terpaksalah beratur sekali lg beli tiket!

10. Selesai, naik lrt smpai kl sentral, seorg kawan pergi solat, aku beratur yg amat panjang beli tiket ktm dan sorang lagi naik Nk pegi beli tiket baru ETS utk ke ipoh. Tg beratur, dah nak sampai kaunter, tiba2 yg Nk beli Tiket ETS tu datang kat aku dgn muka pucat! Katanya, tiket ETS pkl 8 pun habis, pkl 10 pun habis! Esok baru ada! Err ok wow.. Terkejut.. Aku pun tanyalah, so cmna? Nk balik rumah aku ke? X sempat habis bincang dah sampai giliran aku membeli tiket. Aku hanya beli tiket utk aku dan kwn yg sedang solat itu..

11.keluar barisan dan bincang. Keputusan dibuat, dia akan tumpang dirumah aku.. Tp, kena beratur lagi ka beli tiket ke klang! Dia pun beratur dan aku jaga beg.

12.Tgh Nk call mak Nk kata ada kawan Nk tumpang rumah, dpt call pulak Dri kawan yg disurau td.. Katanya dia x boleh Nk solat sbb kakinya berdarah dan tidak berhenti.. Pulak dah. Alhamdulillah mataku terpandang kedai watson yg berdekatan tu.. Decide Nk beli plaster utk dia sbb asar pun dah x lama.. Nk masuk maghrib dah ni.. Lari la kejap pegi beli plaster.. Nak beli 1 ke 2 x boleh.. Yg ada jual 10 terus. Ambik Nk bayar.. Mcm biasalah.. Barisan panjang.. Sabar.. Selesai, lari la masuk surau Bg plaster..

13. Keluar surau, baru la berpeluang call mak Nk bagitahu ada kawan Nk tumpang.. Tgk jam, Nk maghrib.. Kami pun decide utk solat maghrib dulu baru bertolak pulang.. Pkl 8 naik ktm, dkt pkl 9 sampai klang, naik kereta, smpai rumah.. Kawan yg tiket bas ke pahang habis pun kata dia dh ada dlm kereta. Alhamdulillah.. Yg ke kuang pun dh sampai..

14. X pe lah.. Bukan selalukan Nk ade kawam tumpang rumah aku.. Tidur sekali.. Makan sekali, then esok pg dlm pkl 9.30, aku hantar dia ke stesen ktm klang, alhamdulillah x sesat!

:) dia ke kl sental, naik ETS pkl 12 ke ipoh alhamdulillah, petang nya sampai..

Biasalah ujian Allah! Mmg selalu ada.. Tp bukannya Allah Bg ujian then dia tinggal kita sorg2 ada je kawan2 dan insan2 berhati mulia bersama kita utk Bg semangat, Bg pertolongan. Allah pun ade je dah bg akal kat kita suruh lita guna dgn sebaik mungkin utk deal dgn masalah2 itu.. Ujian tu kan penghapus dosa! Mengapa mahu mengeluh Klu bersabar itu akan dikurniakan pahala? ujian itu sepatutnya menguatkan.. Bukan melemahkan!

Teman sejati juga adalah anugerah tak ternilai kerana mereka tetap disisi saat susah dan senang.. Alhamdulillah

Segala puji Bg Allah.

PUNCAK! predeparture us dan canada kita

Sejurus lepas program kilau, aku teruskan dengan program puncak( predeparture us dan canada kita)

Program dibuat di masjid Assalam puchong.. Dari penggunaan istilah akhowat bertukar kpd 'sisters'. Dari ikhwat kini jadi 'brothers'.
Suasana program puncak dan kilau itu sudah berbeza walaupun diurus oleh pihak yang sama. Mungkin kerana tujuan kehadiran para peserta sudah pun berlainan. Kilau mungkin bertujuan mendekatkan diri kpd Allah dan dalam program puncak pula lebih kepada mendapat info mengenai persiapan keluar negara. Baiklah. Straight to the point,
Antara pengisian dr program puncak ialah fikah diluar negara, bekalan yg perlu di bawa ke luar negara dan apa yg perlu dilakukan setelah sampai di bumi us.
# apa-apa pun, pengisian progam ini agak mantap.. insyaAllah byk soalan yg telah terjawab.. terima kasih byk2 kepada semua akak2 yg btk membantu.. jazakumullahukhoir! best of All, saya suka ukhwah yg terjalin itu.. baru berapa jam jumpa dah rapat.. Alhamdulillah.. ok..

Antara isinya:

* untuk fiqh di luar negara, adalah dicadangkan agar anda memimiliki buku dibawa... sbb klu nk ceritakan satu perstu mmg susah la.. buku dibawah ni agak lengkap sbg rujukan travellers yg ada menceritakan mengenai
- kepercayaan babi yang menyulitkan kehidupan muslim.
-menyapu khuf
-menyapu stokin dan kasut
-rukhsah jamak solat yg dipinggirkan
-fikah qasar solat
-khutbah yg efektif
-imam wanita bg solat jumaat
-bilangan sah solat jumaat
-pakaian lelaki dan wanita islam
-hukum bertindik dan bertatu
-kewajipan menyampaikan islam
-koshe
-mencari hari kekasih
dan ssebagainya..





*mengenai bekalan apa yg perlu dibawa,
saya ada copy paste satu notes drpd seorg akak senior:
https://www.facebook.com/notes/nabila-zulkifli/packing-and-journey-tips/10150273801253588

*************************************************************************
Packing : What to bring?

Documents (It is advice-able to store these documents in your hand carry luggage/backpack, since its has nearly 0% risk and it is with you almost all the time) 
  1. Passport with VISA attached
  2. Boarding Pass
  3. I-20
  4. University Offer Letter
  5. Financial Affidavit 
  6. Buku Kesihatan (Warna Biru yang dari darjah satu you guys guna) It is important sebab dia ada record semua immunization history you guys. Tapi kalau dah hilang, its alright. Just bawa apa-apa medical history records yang korang ada :)
  7. Medical Check Up Results (X-ray tak perlu bawa)
  8. Insurance documents
  9. Surat Tawaran from Sponsor (just as a reference)
  10. Transcript (From your foundation year or previous college) + Buku ADFP tu (INTEC student) 
  11. Sijil penting (SPM) (until now i never really had to use it so kalau korang tak nak bawak takut hilang ke apa ke tak bawa pon tak apa kot. The certified transcript should be sufficient, well in case you need it)
  12. **People ask me whether to bring your IC/ Birth Cert. or not. I would say Optional. Because when you are in the Overseas, Passport will be your Primary Document. 
  13. *update* Your driving (international) liscense. 

Clothes
  1. Lingerie / Underwear(Banyak!) Reason? If you don't wish to spent a lot on lingerie here because Malaysian price is way cheaper and these items does not weight too much. And i bet everyone have their own favorite brand that they are comfortable with kan :)
  2. Pakaian Solat(Kain pelekat / Telekung, Sejadah, songkok, kopiah, tasbih, etc ) (at least dua pasang for telekung)
  3. Baju raya lengkap or baju tradisional kaum ( In preparation for Malaysian Night or any cultural event and of course, Hari Raya!)
  4. Pajamas (dua pasang cukup)
  5. Baju Jalan/Summer clothes ( 5 set cukup) (Or maybe bring 2-4 jeans or pants and 7-10 blouses or shirts :)
  6. Jacket/sweaters : one or two
  7. Muslimah : tudung, anak tudung and brooches since it is not available here. Kain dalam and inner pon boleh bawa juga :) 
  8. Kain Batik/Kain pelekat (In preparation for Malaysian Night or any cultural event)
  9. Towel (Satu helai cukup, bawak yang paling nipis, just for the sake untuk korang pakai 2-3 hari before shopping kat Wallmart)
  10. My personal recommendation is, do NOT buy any winter clothing from Malaysia (Specified to Pennstate student because im not aware of other places weather). Why? 1) Cheaper in Us 2) Tons of Variation in the Us 3) Sales everywhere : Black Friday and Thanksgiving 4) It will take A LOT of space and the main reason. August is freakin HOT. you will have like, at least 2 months before it gets any colder.
Mesti korang macam, What, sikit gila baju? Trust me, korang akan shopping sakan kat sini.Just a suggestion sebab for me, food lebih berharga and worth the space ;)

Makanan (PENTING)

Raya Specials
  1. Lemang/ nasi impit Instant
  2. Kerisik (Kerisik ini Ingredient untuk buat rendang if sesiapa tak tahu. Tapi kalau rajin boleh je buat sendiri :)
  3. Serunding (okay ramai tanya boleh tak bawak serunding. Boleh, tapi RISKY, sebab benda tu daging. Make sure korang pack things nicely (and Clean & Dry, jangan ada selepet selepet) Better guna transparent plastic. If diorang (Kastam) tanya apa benda tu, just cakap Herbs & Spices. Kalau terpaksa masuk jugak ke tong sampah, Jangan Menangis. 
  4. Kuih Raya  
Non raya stuff

Okay I'm not so sure what other places have, but this is what i can guarantee you guys State College do have :

Asian cooking products that is available in Wallmart (alphabetically ordered)
  1. Bawang (Merah, putih, besar) (Red onion, garlic, Onion)
  2. Beras (some people might find this funny but someone really ask me if they sell beras)
  3. Gelatin (non-halal, Muslims if you use it often, bring a lot from Malaysia)
  4. Halia (Ginger)
  5. Minyak Bijan (sesame oil)
  6. Santan (Coconut Milk)
  7. Tepung gandum (Wheat Flour)
  8. Tepung jagung (corn flour)
Okay Wallmart is HUGE. I certainly have no time to go through every single item. This is just some of the things that occured to me now. And there's also Wagmons' and WEIS. 

Asian cooking product that is usually available in Asian Market (alphabetically ordered)
( My list based on the Asian market in State College, obviously)
  1. Belacan (shrimp paste) (Not as good as Malaysia's)
  2. Cili kering (dried chili)
  3. Cili padi
  4. Cili hijau/Cili hidup
  5. Daun limau purut (Kaffir Lime)
  6. Daun pandan (Pandan leaves)
  7. Ikan bilis (Anchovies)
  8. Kicap manis (Sweet soy sauce)
  9. Lengkuas (galanga)
  10. Lesung batu
  11. Sardin (Sardine) Can be substitute with: Mackarel
  12. Serai (lemon grass)
  13. Sos oyster (Oyster sos)
  14. Tepung kanji (Fried Sweet Rice Flour/Fried Glutinous Rice Flour)
  15. Tepung pulut (Glutinous Rice Flour/Sweet Rice Flour)
  16. Udang kering ( dried shrimp)
  17. Milo (Milo)

Anyways ,so what I recommend you to bring is :- 
  1. Asam : (Asam Jawa, Asam keping)
  2. Belacan (As I mentioned above, not as good as Malaysia punya. Make sure bungkus dengan kemas dan elok.)
  3. Brahim (Recommended to Freshmen since halal Malaysian dishes is hard to come by, goiven that you guys are living on campus. And yes, i'm well aware that instant food are no good to the body)
  4. Cili Kering ( US punya terlampau pedas/pahit+ tak sesedap Malaysia)
  5. Drinks ( Sirap Ros/ Sunquick/Ribena/Teh Boh-pekat, suitable for teh tarik, Malaysia's coffee)
  6. Instant stuff/paste  (Perencah Nasi Goreng, Mi Goreng, Tomyam)
  7. Jajan/Junk Food (To satisfy you endless cravings :)
  8. Keropok: (Keropok Ikan, Binjau, Udang, warna warni )
  9. Maggie (Some International Market supply Instant Noodles but usually different brands : Indomee) , you can also purchase this onle, but again, more expensive.
  10. Perasa : Chicken/anchovies/tomyam stock/cube, knorr, secukup rasa, sup bunjut, etc
  11. Perkakas nak buat kuih/karipap/( yang benda nak tekap tekap tu)
  12. Pewarna (Esen Vanila/pandan/kuning telur/hijau epal etc)
  13. Rempah ratus/Spices :  
    1. Biji lada hitam
    2. Biji sawi
    3. Buah pelaga (green cardamon),
    4. Bunga lawang (adas china)
    5. Jintan manis(fennel),
    6. Jintan putih,
    7. Kayu manis (cinnamon)
    8. Ketumbar (coriandrum sativum)
  14. Serbuk/rempah (Kari, Kurma, Sup)
  15. Sos cili (again, some international market do have this but not State College)

TAKE NOTE !!!
  1.  Last time I heard usually any products yang ada gambar binatang have the potential to be consficated. Kalau you guys ada bawa, if possible, keluarkan dari kotak.If not tak apa tapi letak tempat yang tak terlalu obvious. As for rempah ratus usually tak ada problem, just say they are Spices and Herbs insyaallah lepas.
  2. Packing elok elok (Kemas, bersih, kering, tidak berbau and kalau boleh transparent)
  3. Benda benda kaca padding elok elok. Contoh, esen vanila (Wrap dengan cellotape then balut dengan tissue then letak dalam plastik pastu cellotape lagi. Relevant? Sebab kalau botol tersebut pecah, dia akan still 'in tact' sebab korang dah cellotape botol tu,kaca tidak akan berderai. Get what i mean? and liquid yang tumpah keluar dari crack botol tu dapat diserap oleh tissue :) 

Others
  1. Al-Quran (for Muslims) + Religious book (Yaasin/ Himpunan Doa etc)
  2. Stationary : Kalau korang sangat sangat particular pasal pen yang korang amat suka pakai, bawak la dalam 20 ke, kalau tak kesah, tak payah risau sini banyak. ( 1. Bawak lead pencil tekan banyak sebab kat sini punya 1) cair, 2) tak sure ada ke tak 0.5, so far jumpa 0.7 je. 2. kalau bawak stapler dari Malaysia bawak dengan dia punya ubatsekali sebab ubat stapler kat sini size dia besar. 3. Hole punchers tak perlu bawak dari Malaysia. Sebab kat sini pakai 3 lubang, bukan dua lubang macam kat Malaysia. So nnt korang guna punchers korang tak fit into Files.)
  3. Laptop serta segala cable and charger (Freshman bawak cable LAN Laptop anda ya, kat dorm tak pakai wireless, dia pakai LAN cable. Kalau takde, takpe beli kat sini) 
  4. Medical stuff (Ubat-Ubatan). Oaky siapa yang cepat sakit tu, stock up sikit flu medicine, panadol, paracetamol, pain killer, semua tu. sebab doctor service and ubat kat sini mahal. and Insuranse mostly tak cover. So kalau asek sakit takde ubat kena pegi Health Center confirm menangis bayar bill banyak.  Better kalau ada prescription dari doctor. Kalau tak ada tak apa. (Okay, don;t bring too much. These medicine have an expiring date and its not like you'll get sick everyday, unless, god's will'
  5. International plug adapter (US are using 2 pins. Try to google it to know how it looks like)
  6. Minyak urut/ minyak gamat, gel gamat, yoko-yoko, tiger balm
  7. Toiletries ( travelling size : just for 2-3 days before korang shopping kat Wallmart)
  8. Contact Lenses. To those who wears contact lenses, please bring a lot of stock. maybe 4-6 pairs. But dont bring too much since your power might change/ lenses expire. Afterthat you can order online or post from Malaysia. Why? Because in USA, the purchase of contact lenses require you to have a prescription, and the cost to get that itslef from the Ophthalmologist is around 70 bucks and that prescription is only valid for a year. Tu belom termasuk beli the actual lenses itself.
  9. Spare glasses : For those who (like me) wear contact lenses, I think 1 pair of glasses is suffiecient but for those who rely solely on their spectacles to live, bring at least 2. The cost of buying new pair of glasses is ridiculously expensive.
  10. Muslim only : Sabun taharah (untuk samak)
  11. Whatever else yang korang rasa penting.
Just a gentle reminder, i know most of us tend to pack as if we are going to travel or back to your dorm/college but just remember, you want to minimize space as much as possible. I know you guys already have some of the basics stuff but if its too large or heavy just beli je la dekat sini :)

What to put in your Hand Carry?

As you guys should know by now, hand carry limit would be like 5-10 kgs lebih kurang. Hand Carry does NOT include your handbag, your backpack or your shopping bag. Hand Carry is the small /cabin size bag that you put all the important stuff inside. Usually the things that you might use throughout the flight. Normally you are allowed to carry only these 4 kind of bages. (Maknanya disini selain dua beg anda yang sudah di check in,dan  diri sendiri, ada 4 beg lain je yang turut dibenarkan masuk 1)handbag, 2) Backpack, 3) Shopping bags (hadiah2 yang kawan korang bagi kat airport / shopping kat freeduty) 4) hand carry bag (Make sure cabin size ya)

You guys should know on these 4 items there should NOT be any :
  1. Sharp objects 
  2. Liquids (more than 100 ml )
If these things is in your hand carries, it will be confiscated

And please take note these hand carry is NOT the place where you should put all your OVERLOADED stuff. Especially to those yang connecting flight tu lama or terminal halls and gates tu jauh, merana nanti taw tak. 
So, what you should put in? My advice would be:-
  1. Dua/tiga helai persalinan (including underwears) : Why? In case korang punya luggage sangkut/sesat (It happen sometimes), korang tak ada la nganga sampai sini tak de baju. 
  2. Sweater
  3. Socks (yang tak tahan sejuk)
  4. Sneakers/Kasut paling selesa
  5. Chocolate (In case lapar, tapi korang time tu puasa kan? tapi mesti ada yang tak puasa. (Musafir)
  6. Charger phone/laptop
  7. Face Towel/ Small towel (For long flights, you guys might want to freshen up a little bit/ use it in the flight)
  8. Facewash/toothbrush + toothpaste
  9. To all yang pakai contact lenses, bawak spec korang and solution lenses. And I suggest korang beli eyedrops untuk relieve mata korang akibat memakai contact lenses terlampau lama/ eye infection
  10. Perfume/Body mist
  11. Ubat ubat (especially siapa yang cepat sakit tu)
  12. Handiplast (In case of blister/small cuts)
  13. International plug adapter (US are using 2 pins. Try to google it to know how it looks like)
**************Make sure all these liquid stuff TAK LEBIH 100ml! ***************

MY PERSONAL ADVICE (From experience)

Before Departure
  1. First and foremost, it would help you tremendously if you could make a list of what you need to do and what you need to buy etc (Feel free to use this note as a template :)
  2. Make sure you guys activate kan your ATM card kepada' Overseas Use' (i can't remember the exact term though, but you guys get what i mean kan?). Boleh pergi kat bank or buat sendiri kat ATM. So in case of Emergency, korang boleh withdraw duit kat mana2 ATM all over the world. Dia akan terus keluar in that country punya currency. 
  3. Parents nak masukkan duit. There's a lot of method. For me i just use Foreign Telegraphic Transfer (By Maybank2u). My parents just transfer duit kat my Maybank Account and If there's emergency I boleh keluarkan duit kat mana mana ATM. There's a lot of OTHER method tapi korang boleh do your research on your own :)
  4. Set your Withrawal limit to the HIGHEST.
  5. Handphone set to Roaming.
  6. Kalau sempat, my advice would be cash kan semua/some traveller's cheque yang korang dapat. Lagi senang. Time i dulu dapat in the Multiple of $500 so banyak kedai tak terima, even Target. So it would be hard for you guys nak buat payments/purchases. Tapi kalau takut pegang cash banyak-banyak boleh je cash kan kat sini (Masuk terus dalam bank account-but will take some time). Make sure korang tak ada Cash lebih USD 10,000. Kalau lebih, kena declare dekat kastam.
  7. As soon as you guys received the itinerary, check you guys dapat Airline apa. Then pergi website that Airline, check for their Luggage Check-In limit/policy berapa. So you guys boleh plan your packing.
  8. Make sure dah contact Malaysian Student Society (MASA) or any friends dekat tempat yang akan you guys pergi and its better if you guys email your Flight Itinerary and ETA. In case flight you guys delayed they will know straight away. Ask for their phone number, so in case emergency/flight delayed boleh inform/contact diorang (thats why phone kena roaming).
  9. Potong rambut. Its not that cost hairdresser kat sini mahal, tapi for me (and after hearing from other people's experience), Hairdresser kat sini suka gunting rambut ikut sedap tangan +cita rasa dia je. Even dah explain specifically nak style mcm mana tetap salah. I had my experience. So i suggest siapa2 yang belum potong rambut tu sila la potong ya. 
  10. Bawak spare beg kat airport untuk isi segala barang2 korang yang overloaded tu so it is easier for your parents to carry it back home. Then kalau barang tu nak jugak bawak pegi US, suruh parents korang post guna kapal. Murah tapi lambat.
  11. Get ENOUGH rest the day before the journey. I cannot stress enough how important it is to be well-rested. You guys will be experiencing a heck of a journey. Prepare everything in advance and don't do things at the very last minute if you could. Enjoy your last moments with you beloved.
  12. Check semua document dah bawak and ada dalam bag before depart from Rumah.Especially to non- KL/selangor people. nanti kalau ada apa2 tertinggal nak patah balik ke?
  13. Label your bags with your name, university, contact number and address . Pennstate student yang nak duduk On Campus masa orientation boleh letak alamat ni : 
128 Findlay Commons
East Halls
Pennsylvania State University
University Park, PA 16802

 14. Sampai KLIA and check in awal! If beg overload / ada problem, tak kelam kabut. Your sponsor should have some briefing about this already. Bila beg dah check in, korang boleh la spent the last moments with your family and friends. 

During Departure/Flight
  1. Make sure you have at least some cash with you. Minimun about USD 200? Ni letak dalam purse, Cash lain letak dalam hand carry.
  2. Kalau sayang beg, Sila lah wrap. (make sure your beg is not overweight beforehand!) It would be a hassle if you dah wrap lepas tu kena buka balik kan?
  3. Before your bag is checked in,  check the label/code attached to your luggage. Make sure it is sent directly to your final destination. For example, if your final destination is State College, PA (SCE), then your baggage label should contain SCE as the final code.
  4. Make sure padlock korang TSA padlock.
      Why? Sebab padlock ni diorang ada universal key so bila kastam diorang ada kunci boleh bukak bag korang. If not, nanti padlock korang diorang pecah kan je. Bila dah tak ada kunci nanti possible barang boleh kena curi.
  5. In the terminal/airport. Pick Pocket paling banyak. Duit you guys yang beribu-ribu tu, jangan letrak dalam handbag. Letak dalam Hand Luggage. Together with all the documents (passport, boarding pass, I-20, etc) Bila nak check in masuk boarding hall/ Immigration, letak dalam handbag/slingbag. Bila dah habes everything, letak balik dalam hand carry. Reason? Orang kalau nak ragut, by logic dia takkan curik hand carry you guys yang 10 kg lebih tu kan? Dia akan amek handbag/sling bag je. So the hand carry is the safest place ( Considering that you did not leave it merata rata) But once korang dah lepas , masuk boarding hall, tempat tu tempat paling selamat. 
  6. Lepas kastam, jangan kelam kabut. Check 1) Document semua dah simpan tempat selamat. 2) barang semua dah cukup.
  7. Sampai security screening bukak semua metal object (that includes watch, purses, money, belt, etc) . Make sure your pocket empty. And yes, take off your shoes as well. So i suggest you guys pakai outfit yang simple je. No metal accesories would be best.

Okay that is all I can think right now. Anyone else have other things to say, just give comments below. Anyone yang ada inquiries or anything, feel free to PM me on facebook or email me on nnzulkifli@gmail.com. 

OVERALL, Just chill and enjoy the journey. Have fun and take a lot of pictures. Show them to your families. I'm sure they are dying to know how's the journey kan? :) But just remember, stay alert. Jangan careless / happy happy sangat. But don't worry too much, I'm sure you guys will have fun!

I sincerely hope that this note did help you guys, in any ways. Feel free to share it. TAKE CARE EVERYONE!

PS For future  Penn State students, this is the link to my old note, In case you need it : http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150172909548588

Nurul Nabila Zulkifli,
Business Adminstration and Management,
Smeal College of Business,
Pennsylvania State University.

****************************************************************************

hopefully membantu 
assalamualaikum..

Di program kilau aku kenal maksud ukhwah

Alhamdulillah.segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.. Setelah aku berjaya menamatkan tugasku sebagai faci di program nadwah islamiyah yg berakhir pada 30 jun 2013, 1 julai 2013, aku bergerak pula ke puchong.. Alhamdulillah perjalanan pergi kami berjalan dengan lancar..
Slot pertama adalah slot taaruf pada petangnya dan pada malam nya, bermulalah slot bersama seorang akhi. Tajuknya adalah fikrah tunna.
Mermaksud fikrah kita. Fikrah kita itu pastinya fikrah islamiyah.. Apa yang aku faham dari pada slot ini ialah
- fikrah itu seperti pemikiran atau pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara..
- sebagai individu muslim, sepatutnya kita sudah jelas bhawa kehidupan yg kita miliki hari ini adalah untuk mencapai keredhaan Allah..
- jadi, sepatutnya cara kita memandang sesuatu perkara itu adalah berbeza dgn cara orang bukan islam melihat sesuatu perkara.. Kita ada matlamat! Hidup didunia bukan suka2.
-sbg contoh, org lain melihat facebook sebagai satu rangkaian social yg dpt menghubungkan kawan dan mereleasekan stress.. Tp, sbg islam, sepatutnya kita lihat fb sbg satu alat yg lebih drpd itu.. Fb antara cara mudah utk lita sampaikan kebaikan.. Smpaikan ilmu insyaAllah.
-pendek kata,, bila ada fikrah islamiyah ni, kita akan sentiasa lihat sesuatu itu sebagai sesuatu yg dpt dimanfaatkan kearah mencapai keredhaan Allah.

Seterusnya, ada slot sayonara jahiliyah..sayonara itu sendiri bermaksud selamat tinggal.jadi, secara asasnya, slot ini adalah satu slot utk memberi kesedaran Kepada kami agar tinggalkan segala jahiliyah.. Dari segi membuang masa, main dota, melepak, korea, anime, movie, buang duit, merokok, Fb, shopping, dan segala perkara yg melampaui batas yg tiada manfaatnya kearah mencapai keredaan Allah, semua itu adalah jahiliyah..
- mmg susah Nk buang jahiliyah..Tp, kata org, selagi x minum air sirap, kita x kan rasa bagaimana manisnya, begitu jugalah jahiliyah.. Selabi belum usaha membuangnya, selagi itu Kita takkan rasa nikmatnya.
- bayanglan dalam satu cawan yg berisi kopi, tiba2 kita nak isi air bandung, kita kena buang kopi tu dulu kan? Mana boleh campur..
-Begitu jugalah hati.. Dlm hati yg dikotori jahiliyah, mana mungkin kan dpt di isi dgn kemanisan iman..
- saya juga terkesan dgn ayat ini " katakanlah, satu hari ade kawan ajak kita pegi dgr tazkirah. Kita pun tolak sbb ade 'keja' Nk buat. Ok.. Itu mmg pilihan kita. Then, esoknya dia ajak lg.. Kita pun tolak lgi.. Satu soalan : betul je kita yang memilih utk x nak buat baik atau Allah yg telah tutup hati kita dari sebarang kebaikan.. X takut ke Klu itu lah yg sebenarnya terjadi? Klu Allah dah x pandang kita, ada lagi ke nilai kita ni?"

Ada juga slot sejarah usrah, ibadurrahman sharing session, riadah dan sebagainya..

Tp antara intipati yg lebih penting amyang aku dapat ialah ukhwah. Aku dapat rasakan keakraban antara kami para peserta dan komiti program ini.. Mungkin Allah telah satukan hati2 kami atas dasar iman insyaAllah..

Tidak kurang juga, slot perkongsian mengenai pengalaman hidup dan titik permulaan tarbiyah setiap drpd kami telah membuatkan kami lebih dekat.. Terasa indah dgn kebesaran Allah yg twlah memilih insan2 yang beruntung kembali kejalan yg lurus walau setelah kelalaian yg terlah kami lakukan.. Hebatnya kuasamu ya Allah! Ahamdulillah! :')

Wednesday, July 3, 2013

As a faci and daie in nadwah islamiah

Alhamdulillah, spent my weekends wisely with a great event. NADWAH ISLAMIAH MRSM SEMALAYSIA 2013 in mrsm kubang pasu, kedah.

This ia my first time to travel that far from klang to kubang pasu with none of them who i use to know. The journey with them who are from so many places and backgrounds.. Alhamdulillah i manage to deal with them because i believe on ukhwah. I believe in the special relation that had already bonded between us even we never met before.. The bond on the same faith! Islam..

As we arrived in kubang pasu, we were given our first task which is giving sharings to the participants.. I got the group from mrsm kota putera n mrsm kubang pasu (kopu n kupa). Just for info, mrsm kota putera is an institution where the students need to memorize the whole book of the holy quran and they really did very well. Now, hope u can imagine how worried i was when i found out that i m going to share my very little knowledge with the hafiz n hafizah!!! Who am i to talk about islam infront of them? Supposely they are more qualified to talk about al-quran. But as that was the task and challenge, and i believe that there are always reasons for everything happens, i took the challenge.. Alhamdulillah, i did it and to know them is a bless for me!
Only Allah who knows how touched i was to be with them!

After2 slots together, we were so close and able to tease each other. That was extremely fun! At the time i watch they acting, they act very well. I ll miss them.

Moving to the night slots, alhamdulillah we were given a chance to watch performance from UNIC, a famous and great nasheed group and i like their songs, for about an hour. Alhamdulillah atleast we can watch UNIC's show even we missed watching HAFIZ HAMIDUN, also a famous nasheed singer and and a talk from DR MAZA as well. Although they was held at the same venue. Next time Maybe :)

The next day, happily said, i got a chance to listen to a forum which one of the panel is IMAM MUDA KHAIRUL ANWAR GHAZALI.. i just know him.. And seriously, this talk was awesome.. I like it even he dont talk that long..

Other interesting moments are when i have chance meeting someone who i used to know. i meet studens from mrsm langkawi i mean, my juniors :).. Also, i met ustazah farhan, tuan haji hamid and ustaz fahmi who some of the people that used to work in mrsm langkawi, my secondary school. :)




Tuesday, July 2, 2013

Ibadurrahman

Ciri hamba Allah yg penyayang.. Ibadurrahman. (25: 63-74)

Surah furqan..
*disebabkan rasulullah dihina di baling batu, jdi, surah furqan ni adalah sbg penenang drpd Allah buat baginda.

Klu Jd hmba Allah yg maha pengasih/pemurah,
-doa makbul
-x doa pun, Allah akn bg
- dilindungi
-dikasihi

Ciri Ibadurrahman
1. Rendah hati- jgn sombong n kena selalu brsangka baik.
2. Bg salam kpd org yg menghina.- mndoakan dia
3. Mlam utk bribadah
*Kenapa jgn sombong dulu baru solat?
-Sbb x Nk Jd mcm iblis.. BerIbadah Tp sombong,
-mengambil sendiri sifat arrahman tu Allah x memilih org yg Dia nak bagi rezeki.. Allah bg pada semua sama ada beriman atau x.
-hati pun susah Nk jaga, dan
-juga ciri 1 &2 ade interaksi dgn org lain. Ciri 3 hanya dlm hati.
* kisah nabi dgn wanita buta,
* kisah wanita letak tahi.
X sombong adalah dakwah yg dpt menarik kearah islam.. Dan ibadah sbg bateri.

4. Berdoa agar dijauhi azab jahanam- takut kpd neraka.
5. Bila bersedekah, x brlebihan, x kikir..
6. X sekutukan Allah
7. X bunuh org yg dharamkan Allah
8. X berzina
9. Org yg bertaubat dri dosa 6,7,8.
10. Bertaubat
11. X beri kesaksian palsu.
12. Hindari org yg buang masa
13. Tak abaikan ayat2 Allah.
14. Berdoa agar diberi pasangan dan keturunan yg menenangkan
15. Brdoa agar jadi pemimpin org yg bertaqwa.

*UNTUK DPT BUAT SEMUA NI, YG PENTING ADALAH KESABARAN!

Golongan ini Allah menjanjikan syurga atas kesabaran mereka.. Mereka akan disambut dgn penghormatan dan salam. Dan mereka kekal didalam nya.