iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan? Semangat!

tahukah anda, eh, KITA, betapa hebat dan mulianya bulan Ramadan ni.. apa yanng best sangat pasal bulan Ramadhan ni? bulan  puasa.. so? puasa je lah.. eh tak tak.. bukan setakat bulan puasa je.. bulan Ramadhan adalah bulan yang sepatutnya kita gunakan utk tingkatkan amalan dan ibadah kita! bukan setakat pusa je.. semangat lah sikit! jom imbas balik peristiwa2 yg pernah berlaku dlm bulan ramadhan.. eleh,, nk ckp pasal  lailatul qadar lah tu... org dah tahu la.. Dh tahu? bagus la.. ni ade lagi yg lain.. ade sembilan lagi yg saya dpt tulis dlm post ni..  let's see...

1.Alquran diturunkan
17 Ramadhan 10 tahun sebelum Hijrah 
Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).
(Surah al-Baqarah, ayat 185 )
-diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.
-Peristiwa Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah (kegelapan) telah disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa. 

# so,, apa yang nak semangatnya? HEY!! SEMANGAT LAH.. JOM BUKAK ALQURAN, BACA BALIK APA YANG ALLAH NAK SAMPAIKAN KEPADA KITA SEMUA! KLU ZAMAN DULU, ALQURAN NI DAPAT UBAH JAHILIYAH ORG ARAB KEPADA AKHLAK YANG MULIA, KENAPA BUKAN PADA KITA? read,understand, apply and share! :)

 2. Perang badar
Ramadhan 2 Hijrah. 
-  Ramadhan tahun ke-2 H terjadi perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar.
- Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Makkah. Tentera Islam mengawal lokasi strategi dengan menguasai sumber air yang ada di daerah 
tersebut. 
- Perang ini melibatkan tentera Islam sebanyak 313 anggota berhadapan dengan 1000 tentera Musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata. Dalam perang ini, tentera Islam menang dalam pertempuran dengan 70 tentera Musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan. Sisanya melarikan diri. 
- Perang ini adalah suatu yang luar biasa ketika tentera Islam yang kurang jumlah, lemah dari sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadan memenangi pertempuran Perang Badar. 
-Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keridhaan Allah. 
-Orang yang berjuang demi mencapai keridhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. "Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Oleh itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya
(QS Al-Imran:123) 

# so what?? 
Melalui peristiwa peperangan Badar al-Kubra yang penuh bersejarah ini, terlalu banyak pengajaran dapat kita petik dan teladani sebagai bekalan kehidupan harian kita. Antaranya ialah:
* Pertama: Agama Islam yang kita anuti dan nikmat hari ini adalah merupakan hasil perjuangan yang menuntut pengorbanan yang tinggi dari para pengdukungnya, khususnya Nabi dan para sahabat baginda s.a.w. Oleh yang demikian, marilah kita hargai Islam ini dengan mengamalkan sepenuhnya.
* Kedua: Syura atau bermesyuarat sebelum membuat apa-apa keputusan dalam perkara yang tiada nas yang jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah, adalah merupakan asas pentadbiran dan politik Islam yang tetap, yang tidak harus diabaikan. 
* Ketiga: Keimanan yang kental, doa yang berterusan serta tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT merupakan senjata yang ampuh dan berkesan bagi menghadapi sebarang serangan musuh-musuh Allah dan Islam di sepanjang zaman. 
* Keempat: Sesuatu kebenaran itu tidak akan dapat ditegakkan jika ianya tidak disertai dengan strategi yang betul, perancangan dan penyusunan yang kemas dan rapi. 
* Kelima: Sebagai umat Islam kita mestilah yakin bahawa sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa untuk memberi pertolongan dan kemenangan kepada perjuangan Islam sekalipun jumlah pendokongnya kecil dan kekuatannya terhad. 

 3. Persiapan perang khandaq
Ramadhan-Syawal 6 hijrah
- Sebab utamanya adalah berpunca dari hasutan kaum Yahudi. Sebahagian pemuka Yahudi Banu Nadlir dan Banu Wa'il datang kepadabangsa Quraisy di Mekah. Mereka mencadangkan kaum Quraisy untuk memerangi Rasulullah saw. Sebelum itu mereka telah mencuba untuk berhadapan dengan kaum Muslimin. Namun mereka merasa tidak mampu. Utusan kaum Yahudi itu memujuk kaumQuraisy dengan berbagai cara. Kata kaum Yahudi : " Kami akan bersama-sama dengan kamu sehingga kami dapat menumpaskan Muhammad."
- Ketika Rasulullah mendengar berita akan terjadinya penyerbuan terhadap Kota Madinah dan Gabungan pasukan sekutu untuk memerangi kaum Muslimin, untuk menumpas mereka hingga ke akarnya. Lalu baginda menyuruh kaum Muslimin untuk mengadakan persiapan perang.Dan diputuskan pula untuk mengadakan pertahanan dalam Kota madinah. Jumlah tentera kaum Muslimin hanya terkumpul sebanyak tiga ribu orang sahaja. Dalam kesempatan itulah Salman Al-Farsi mengisyratkan agar membuat parit disekitar Kota Madinah. 
- Rasulullah ikut sama menggali parit itu agar kaum Muslimin ikut berlumba-lumba dalam mencari pahala. Keran itulah kaum Muslimin beramai-ramai ikut bekerja bersama beliau. Waktu itu Kota Madinah sedang mengalami musim yang sangat dingin. Sedangkan kaum Muslimin banyak yang tidak mempunyai makanan yang secukupnya. Bahkan adakalanya sehungga tidak mempunyai apa-apa makanan. 
Kata Abu Thalhah : " Kami pernah mengeluh kepada Rasulullah tentang rasa lapar yang kami deritai. Dan kami selalu mengikat perut kami dengan batu.Manakala Nabi pula mengikat perut baginda dengan dua batu. 
 Kata Anas: "Waktu itu ketika Nabi keluar beliau saksikan kaum Muhajirin dan kaum Ansar bersama-sama menggali parit disuatu pagi yang amat dingin sekali sedangkan keadaan mereka amat lapar. 
# tolong lah semangat! lihatlah betapa org2 islam zaman Rasulullah tetap semangat walaupun dlm keadaan yg sangat lapar.. ingat senang ke nak gali parit yg lebar dan panjang macam tu? dalam keadaan yg sangat lapar.. renung balik.. kita ni puasa pun ape lah sangat.. harap puasa tak halang kita utk buat baik.. puasa bukan alasan utk tidur je sepanjang hari.. 

 4. Pembebasan kota mekah dan penghancuran berhala
20 Ramadhan 8 hijrah 
-Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). 
-Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah SAW tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. 
-Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah SAW mengutuskan Khalid bin al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan suwa', dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat. 
-kepentingan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan Islam?
 1*Abu Sufian dan Abbas memeluk Islam Orang Arab Quraisy ikut memeluk Islam Nabi Muhammad s.a.w. menekankan pentingnya perpaduan Sifat baik sangka dapat mewujudkan perpaduan 
2*Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan penduduk Makkah. Sifat pemaaf ini menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah. 
3* Amalan menyembah berhala terhapus.Masyarakat Makkah mengamalkan ajaran Islam Masyarakat Islam mula mendalami ilmu Islam 
4*Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia Negara Islam Madinah begitu kukuh 
5* Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam Membuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.
6* Dakwah Islamiyah telah tersebar secara aman · Makkah dijadikan sebuah wilayah Islam Wilayah Islam semakin luas 

 5. Perjalanan perang tabuk perang Qadisiyah, parsi
rejab-Ramadhan 9 Hijrah 
-Perjuangan Islam terpaksa menghadapi pelbagai cubaan, cabaran, halangan, dugaan, tentangan dan rintangan. Begitulah yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w sebelum keluar ke Tabuk di mana baginda terpaksa menempuh perjalanan dari Madinah yang jaraknya sejauh 80 km yang memakan masa 15 hari perjalanan dan berhadapan dengan beberapa golongan iaitu 
*golongan yang menangis kerana tiada kelengkapan terutama tunggangan untuk turut sama ke sana. Mereka terdiri daripada tujuh orang daripada golongan Ansar dan Bani Amru bin Auf. 
*Manakala golongan kedua ialah golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah daripada turut serta dalam peperangan dengan alasan yang tidak diterima oleh Allah kerana mereka cukup dengan kelengkapan tetapi takut dan malas untuk berbuat demikian demi kepentingan peribadi. Mereka terdiri daripada 82 orang dari Bani Ghafar. 
*Golongan yang ketiga yang menjadi musuh dalam selimut ialah golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai.
-walaupun dgn cabaran itu,, Allah juga berikan pertolongan.Bantuan tentera Allah melalui pengutusan Malaikat.
- Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk, Mereka telah digentarkan oleh Malaikat (dianggarkan sebanyak 100,000 malaikat) yang menyamar sebagai panglima-panglima tentera Islam yang berpakaian serba putih, berbadan besar, sasa dan tegap disamping mempunyai sut serta alatan tempur yang lengkap seperti angkatan berkuda dan memanah. 
-Hal tersebut segera mematahkan perasan tentera Rom untuk memerangi Islam. Ini membuatkan pihak Islam menang besar tanpa menerima pertumpahan darah sedikit pun. 
# harap kisah perjuangan ini jadi sumber inspirasi kepada kita.. hidup mmg byk cabaran.. tp,, selagi kita berusaha dan berjuhad untuk buat baik, insyaAllah Allah akan beri bantuan dengan cara yang tak disangka-sangka.. jadi, tunggu apa lagi? buatlah baik dengan ikhlas! :)

 6. Pembebesan andalus
28 ramadhan 92 Hijrah 
-Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bagian semenanjung Liberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu mulai tahun 711 sampai 1492 M. Pada 28 Ramadan tahun ke-92 H, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dikirim pemerintahan Bani Umayyah untuk menawan Andalus. . 
-Negeri ini pernah dikuasai oleh bangsa Vandal semenjak abad 1 Masehi. Mereka datang dari utara skandinavia dan diperkirakan berasal dari Jerman. Dahulu negeri ini desebut dengan Vandalusia yang berarti tanah bangsa Vandal. Bangsa Vandal sangat terkenal dengan kebrutalan, kekejaman dan kejahatannya, sehingga dalam bahasa inggris kata Vandalisme identik dengan segala bentuk kekejaman, kejahatan, ekstrimis dan tindakan barbarian. Kemudian sekitar Abad 5 Masehi datang bangsa Gothic Kristen menguasai negeri ini dan dikenal dengan kerajaan Visighotic Barat. 
- Tariq memimpin armada Islam seramai 7000 orangmenyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropa. Setelah pasukan Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam agar mereka tidak berpikir untuk mundur. Akhirnya pasukan Tariq berhasil menguasai Andalus dan menyelamatkan rakyat Andalus yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selamalapan abad. 

 7. Perang salib: pembebasan palestine
ramadhan 584 hijrah 
- Tentera Perang Salib menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota mereka, dan mendirikan Kerajaan Katolik yang terbentang luas dari Palestin hingga Antakiyah. Namun pemerintahan mereka hanya sekejap, kerana Salahuddin mengumpulkan seluruh kerajaan Islam di bawah benderanya dalam suatu perang suci dan mengalahkan tentera Perang Salib dalam pertempuran Hattin pada tahun 1187. 
-Setelah pertempuran ini, dua pemimpin tentara Perang Salib, Reynald dari Chatillon dan Raja Guy, dibawa ke hadapan Salahuddin. Beliau menghukum mati Reynald dari Chatillon, yang telah begitu keji kerana kekejamannya yang hebat yang dia lakukan kepada orang-orang Islam, namun membiarkan Kingdom Guy pergi, kerana dia tidak melakukan kekejaman yang sama. 
-Palestin sekali lagi menyaksikan erti keadilan yang sebenarnya. Salahuddin memasuki Baitulmuqaddis dan membebaskannya dari 88 tahun pendudukan tentera Perang Salib. Sebaliknya dengan "pembebasan" tentera Perang Salib, Salahuddin tidak menyentuh seorang Nasrani pun di bandar tersebut, sehingga menyingkirkan rasa takut mereka bahawa mereka semua akan dibunuh.
- Dia hanya memerintahkan semua umat Nasrani Latin (Katolik) untuk meninggalkan Jerusalem. Umat ​​Nasrani Ortodoks, yang bukan tentera Perang Salib, dibiarkan tinggal dan beribadah menurut pilihan mereka. 

 8. Tentera Islam Mengalahkan tentera Monggol 
Ramadhan 658 Hijrah 
-Pada tahun 126 sampai 1405 M, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir semua benua Asia. Menurut sejarah, kekaisaran penaklukan mereka seluas 33 juta kilometer persegi. Jenderal tentera Mongol dikenal sebagai Genghis Khan. 
-Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh lebih sejuta rakyat negara yang dikalahkan. Penaklukan mereka menjangkau sampai ke Moscow dan Kiev. 
- Pada tahun 1258, tentera pimpinan jenderal Hulagu Khan menyerbu kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. 
-Dalam serangan itu, banyak umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Eufrat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam karena tinta. 
-Pada 15 Ramadan 658 H bersamaan 1260 M, tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari dinasti Mamluk, Mesir menyerbu ke Palestina setelah Mongol menguasainya. 
-Kedua pihak bertemu di Ain jalut. Terjadilah Perang Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berhasil menawan Kitbuqa Noyen, penasihat Hulagu Khan yang menasihatinya untuk menyerang Baghdad. 
-Kitbuqa akhirnya dieksekusi. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa ketika Mongol yang terkenal dengan kekerasan itu akhirnya kalah pada tentera Islam.

9. Perang arab-israel : pembebasan sinai.
10 Ramadhan 1390 Hijrah
-Dalam sejarah modern, terjadi Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam (Mesir dan Syria) dengan tentera Israel pada 10 Ramadan 1390 H bertepatan dengan 6 0ktober sampai 22 atau 24 Oktober 1973 M. 
-Perang Yom Kippur, juga dikenal sebagai perang Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadan. Ia adalah sebahagian dari konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. 
-Pada bulan Jun 1967, terjadi perang enam hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Yordania. 
-Dalam pertempuran itu, Israel berhasil menduduki bukit Golan, Syria, di utara dan semenanjung Sinai, Mesir, di selatan hingga ke Terusan Suez. Setelah itu, Israel membangun barisan pertahanan di Sinai dan bukit Golan.
- Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan USD 500 juta untuk membina benteng dan kerja tanah raksasa yang dinamakan Garis Bar Lev, sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.Tentera Islam berhasil merebut benteng itu sekaligus mengalahkan Israel.

No comments:

Post a Comment