iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Friday, December 21, 2012

Klu Allah nk bg hidayah, siapa boleh halang?

Assalamualaikum.. Saya nak kongsi satu cerita.. Pengalaman sewaktu menolong maksu berniaga. Saya sampai kerumah maksu di selayang, maksu saya tlh berkahwin dgn lelaki warganegana indonesia, keturunan minang. Saya terperasan dalam rumah tu ade paksu, maksu dan seorg yg x saya kenali.. Rupanya lelaki tu saudara paksu saya, juga org indonesia. X pe la.. Saya duduk je la tgk tv... siaran astro oasis. Lps tu, maksu saya ajak saya packing baju2 masuk plastik sbb esok nk g niaga.. Smbil buat kerja, maksu saya bercerita..saudara paksu saya tu dulu mengaji pesantren. Mengaji alquran pandai tu.dn pndai bhasa arab. Tp tu la.. Dia penah trsasar.. Dia buat tatu.. Tp skrg dah insaf.. Solat dh x tinggal.. Tp tatu masih ditangan.. Bila g berniaga,, org yg nmpak tatu dia tu suma ingat dia jahat, x solat.. Padahal berapa org je tau dia penah belajar di pesantren dulu.. Siapa je yg tahu dia dah bertaubat walaupun penah jd jahat dulu.. ALLAH je yg tahu.. Orang lain tau ape? Tau nak mengata, nak mengutuk je..

Kisah lain pulak,, hmm maksu saya ni dulu mungkin pernah lalai dlm menunaikan solat 5 waktu.. Tp, alhamdulillah,, lps berkahwin,, dia dah berubah.. Solat dijaga, aurat ditutup, ilmu dicari.. Mungkin ramai yg ingat dia berubah sbb dia kahwin dgn orang alim..
Saya x perkecilkan paksu saya.. Tp dia juga prnah lalai dri menunaikan tanggungjawab sbg seorg muslim..
Kerana terlalu gigih mencari harta, kadang2 trlupa nak solat.. Tp,,
Klu hidayah itu Allah nk bg,,
Sekarang mereka semua mengamalkan ajaran islam.. Solat alhamdulillah x tinggal, paksu saya siap pakai bju melayu lg setiap kali nk tunaikn solat.. Kat rumah pun,, mereka slalu dgr zikir2 n rancangan2 ilmiah..
Mereka skrg berniaga pakaian muslimah.. Dulu berniaga tudung,, skrg berniaga baju muslimah dan insyAllah akan berniaga skirt2 muslimah dan jubah .. Yg pasti.. Tu semua buatan sendiri.. Dari beli kain, jahit, lipat, packing , label dan menjual pun sendiri dibantu beberapa org pekerja...

Saya nmpk hidup mereka suami isteri sweeeeetttt sgt... x penah tinggi2 suara.. Rajin hadiri majlis2 ilmu.. Meniaga pun makin maju.. Dan sentiasa berusaha mncari keredhaan Allah..
Allah saja yg tahu perasaan saya tinggal dgn mereka.. Semoga Allah memberkati hidup dan mati mereka.. Amiin.. Byk sgt saya belajar dri mereka..

Sunday, December 16, 2012

serangan fikiran?

Sesuatu yg perlu difikirkan...
 Kenapa negara2 seperti palestin, iraq, afghanistan dan lubnan yg menghadapi peperangan?
Kenapa kita, malaysia x kena serang pun?
Nauzubillah..Bukan nak mintak diserang, tapi nak mintak kita semua fikir..

Wat i learned from a program,,
Peperangan ni ade dua..
Serangan fikiran n serangan luaran
Yahudi dah lncrkan serangan fikiran(supaya muslim lupa tujuan hidup,
 leka drpd beribadah, n nk kluar kan cara hidup islam dri setiap individu muslim.. )ni dah lama dah... Contohnya, hiburan, pakaian, makanan, pendidikan, ekonomi n sosial..

 Dan kita dah KALAH! hidup kita mmg x menggambarkan islam pun..
Seolah2 GAYA HIDUP ISLAM DAH HANCUR. Jadi, buat apa yahudi nk susah2serang kita lagi? Mereka dah berjaya nk hapuskan islam dlm minda kita. N mereka serang negara2 yg x terkesan dgn serangan fikiran mereka.. NEGARA2 ISLAM YG KUAT!



 Al ghazwul fikri (serangan fikiran)

bagi orang yahudi,, mereka gunakan seranga fikiran kerana:
*Sepihak sahaja, yg lain x mengetahui jika di serang
*Tiada pengorbanan nyawa orang yahudi
* Mmrlukan dana yg sedikit
*Hasil, nyata terlihat hasilnya yang islam hancur
*Kesannya kpd orang islam dlm dan luar.

“…Mereka tidak henti – hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah sia-sia amalannya di dunia dan akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya.” (Al-Baqarah: 217)

61:8
9:32
2:217

contoh yg menunjukkan orang yahudi berjaya control fikiran kita agar jauh dari islam..

1. screen - tengok movie, tengok video2 yg x berfaedah, buang masa mencari hiburan kononnya masa kita terisi.. sedangkan islam mengarak kita untuk menggunakan masa itu untuk perkara bermanfaat! cari ilmu, buat kebaikan adan perkara2 yg diredhai Alllah.. in tidak.. kita byk habis kan masa untuk menonton sampai boleh delay waktu2 solat, boleh habis kan masa dari pagi sampai malam, malam sampai pagi.. apa semua ni? tujuan hidup kita dah lari!  Allah cipta kan kita untuk beribadah, untuk jd khalifah! kita hidup untuk beramal agar Allah pilih kita masuk ke dlm syurgannya,.. tp,, ada kan perkara yg kita buat ni boleh drive kita ke syurga? think!

2. sports- kita boleh tgk bola, main bola,, berjerit2 menyokong, entah solat atau tidak.. klu main pulak tu pakai x tutup aurat.. ye,, saya  x kata semua.. tp,, kadang2 kita x rasa bersalah pun kann nak habiskan masa kita untuk tu.. padahal nak pegi masjid, majlis ilmu,, cukup lah susah.. sedarlah,,, ye Allah suka orang yg sihat.. tp,, Allah suruh kita sihat utk beribadah,.. bleh sebarkan daawah,, bleh buat aktiviti2 berfaedah..

3. snack- hmm.. makanan,,. ni lagi la.. saya pun sama ja,, sbb tu kena ingatkan diri sendiri.. kadang2 apa kita teringin,, kita makan je.. klu makan utk dpt tenaga je x pe la.. ni makan ikut nafsu... ni nak,, tu nak.. x ingat dunia.. klu x abis ,, tinggal je.. ini perangai nabi ajar ke syaitan ajar? dah tu,, klu dah kenyang pulak,, kita malas! ye la,, perut kenyang sangat,, malas la nak gerak... so,, cmna nak jadi ibadah nye tu?

4.sex.. astaghfirullahadzim.. skrang mmg dah x dapat lek nak tgk pergaulan lelaki dan perempuan bertepuk tampar, bersosial, bersembang tampa battasa, tanpa rasa malu malah terlalu ramai yang sampai berzina! saya x suka perkataan terlanjur kerana kononnye ter..padahal klu dah x jaga aurat,, x jaga pergaulan,, bukan la ter nama nya.. itu pilihan kita untuk kluar dengan siapa,, pekaian yg bagaimana, di mana, pukur berapa dan TUJUAN nya apa.. berubah la.. Allah suruh kita jauhi zina! jaga poergaulan laik dan perempuan,, jaga aurat

5. songs... klu kira balik,, bilangan lagu2 yg kita ingat n hafal serta layan,, punya la banyak.. compared dengan ayat alquran, hadis,selawat,, zikir dan doa2 yg sepatunya kita hafal. tolong la.. kita hidup didunia ni sementara je..nanti nak balik ke pada Allah! kita yg tentukan kita nk pengakhirang bagai mana,, jadi,, kita perlu set kan aim,n goal kita serta strategi kita untuk jala ni hidup kita macam mana! klu tiba2 Allah nk tarik nya wa kita kejap lagi,, agak2 kita tengah dok melayan lagu atau tengah berzikir? the choice is ours! jangan lah leka dengan semua bend2 ni yg dicipta oleh barat yg nak menyesat kan kita yg nak kita hanya tahu enjoy instead of beramal!

6. pakaian- astaghfirullah,, klu kita g mall or shopping complex,, bleh kira ngan jeri je siapa yg menutup aurat! yg betul2 tutup aurat,.. bukan membalut aurat..orang skarng dah x rasa bersalah utk x bertudung.. klu bertudung pun,, dah x rasa bersalah utuk pakai baju ketat.. atau tudungnya nampak dada, atau seluarnya ketat atau kainnya jarang... apa ni! Allah suruh kita pakai pakaian yg macammana?? klu kita pakai pakaina yg x tutup aurat,, apa bexza kita ngan org bukan islam,?? identiti kita akan cair,, maka itu tanda telah berjaya nga orang yahudi utk hilangkan imej islam dalam dir kita

7, 8 ,9, 10,11, --- akhlak,bahasa, ekonnomi, media, pendidikan, dan bayak sangat lagi,, fikirlah sendiri sama ada kita ni ikut cara ISLAM ATAU ORANG BUKAN ISLAM??? kelaskan sendiri.. kita ada akal n hati tuk fikir dang fahami ayat2 n peringatan Allah..Rasulullah pun dah ajar kita terlalu byk.. kita je nak belajar ke tidak.. nak pilih jalan ke syurga atau neraka!

THINK! KITA HIDUP UTK ALLAH.. TP KENAPA FIKIRAN DAN PERBUATAN KITA LEBIH KEPADA MENGIKUT ORANG BARAT ? ORANG YG BUKAN ISLAM?

 syaitan itu sifatnya mengindahkan perkara yang buruk.

compares dgn negara2 islam yg kuata,, palestin,, pakistan , afghanistan dan sebagainya,, mereka x ter effect pun dgn serangan fikiran ni.. dlm erti kata lain,, UMAT ISLAM DI NEGARA MEREKA MENANG MENETANG SERANGAN FIKIRAN YANG DILANCARKAN OLEH ORANG YAHUDI.. sbb tu orang yahudi terpaksa lawan luaran pulak ngan mereka.. dah x de cara lain.. sbb islam disana terlalu kuat.. kita?

 Ghazwul qitali (serangan luaran) 
*Saling mengetaui siapa lwan
*Byk mengorbankan nyawa Mmrlukan dana yg besar  Hasilnya blum tntu berhasil
*Kesannya terbatas

 Cara org barat buat serangan fikiran pd org islam: 
1.Rosakkan akhlak
2.Hancurkan fikrah
3.Mencairkan identiti
4. Murtad

 5:82 Org yg brdendm dgn islam ialah org yahudi dan org musyrik!!

Tuesday, December 11, 2012

hidup hanya sekali.

Hidup di dunia hanya sekali So, kita enjoy!
 @
Hidup di dunia hanya sekali, So, kena beramal!

 #time to think,
Agak2 klu kita tahu kita akan mati kejap lagi,
 apa yg kita akan pikir?
 Dah cukup enjoy ?
atau dah cukup amal?
 T_T 

Jadi, sebelum menyesal,,
beramallah walaupun dengan sekecil-kecil
amalan kebaikan

 #takda orang kata hidup x leh enjoy..
Mmg Allah jd kan dunia ni untuk di explore.
Just, macammana kita enjoy life,
mestilah selari dgn syariat islam .
 Enjoy jgn sampai lupa diri, lupa Allah.
Klu kita enjoy beribadah, that's the best!
Itu tandanya kemanisan iman dinikmati

 #for me and for you



Thursday, November 29, 2012

setiap orang yg beriman itu akan diuji

Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita:
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: “aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.
Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Ahirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya:
 “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibubapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakana kepada mereka berdua tukang sihir telah menahanku.
Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, 
“Pada hari ini, aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih Engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.”
Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati (orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya).
Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: 
“Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, engkau akan diuji nanti. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentang ku.
Budak tersebut berjaya mengubati penyakit kusta dan sopak. Dan juga dapat mengubat semua penyakit yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit hingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut, dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut: “semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.”
Budak berkata kepadanya:
 “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu.” 
Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sedia kala.
Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: 
“Siapa yang mengembalikan penglihatanmu?”
 Kata pembesar tersebut: 
Tuhanku.” 
Raja sangat marah dan mengatakan:
 “Ada ke tuhan lain selain dariku?”
Lalu pembesar tersebut ditangkap dan diseksa hingga dia pun membonngkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: 
“Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini.”
Lalu budak itu menjawab:
 “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah.” 
Lalu iapun ditangkap dan terus diseksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan seksaan).
Lalu rahib pun ditangkap. Ia diserahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak.
Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.
Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata:
 “Balik semula kepada agama asalmu.” 
Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka:
 “Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah:
 “Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.”
Tiba-tiba bukit bergegar dab jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. 
Raja bertanya: “Mana dia kawan-kawanku?” 
Jawab budak: 
Allah telah menolongku menghadapi mereka.” 
Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata:
 “Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan ia ke dalam laut.”
Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. 
Raja terkejut dan bertanya: “Mana kawan-kawanku?” 
Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.”
Lalu budak tersebut berkata kepada raja: “Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta.
 Tanya raja: “Apa dia?” 
Kata budak: “Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.
Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. 
Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia. (Tiba-tiba orang ramai berkata: 
“Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada Tuhan budak ini.”
Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan: “Telah berlaku apa yang aku tidak mahu ianya berlaku.” 
Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak, akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.
Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: 
“Wahai ibu, sabarlah. Engkau berada di atas kebenaran!”
Hadis riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq), Tarmizi (No.3263 Kitab Tafseer al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadhus Solihin di bawah bab Sabar.
*di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada dalam riwayat Tarmizi
Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa:
Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Omar r.a telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan di bawah telinganya yang masih luka.


************************************************************************************************************

Mungkin sahabat-sahabat tertanya-tanya, jadi apa kaitannya hadis ni dengan kita? Hakikatnya, hadis ini nak ajak kita semua kembali menjadi ghulam atau remaja yang soleh dan musleh, yang baik dan cuba menjadikan manusia lain juga baik. Nak senang faham kaitan hadis ni dengan kita, dapatlah disimpukan:

1) ghulam – kita golongan remaja
2) ilmu sihir – macam ilmu duniawi yang kita pelajari seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain lagi
3) tukang sihir – macam pensyarah-pensyarah kita di universiti atau cikgu-cikgu di sekolah yang mengajar kita ilmu duniawi
4) ilmu yang dipelajari dari rahib – macam ilmu agama yang kita pelajari dalam usrah, atau dari guru-guru agama kita, ilmu yang benar..

5) rahib – macam ustaz atau ustazah, naqib dan naqibah


Kita tengok ghulam ni. Dia belajar ilmu medic sahaja ke? Atau dia belajar agama dalam usrah sahaja? Dia belajar dua-dua benda. Ada di kalangan kita yang hanya tahu score dalam exam sahaja, tapi tidak tahu langsung pasal agama. Bila ada yang ajak pergi usrah/ program agama, rasa malas. Ada pulak yang hebat sekali dalam ilmu agama sahaja, akademik hancur belaka. Maka jadilah macam ghulam, balance dalam aspek duniawi dan ukhrawi.
*KISAH INI ADA KAITANNYA DGN SURAH ALBURUJ..  BACALAH~:)
#PENGAJARAN LAINYA
mmg sunatullah ,, setiap mukmin akan diuji/ditindas
didunia,
 #boleh jadi mukmin itu menang utk menunjukkan kekuasaan Allah atau ingin membuktikan islam itu agama kebenaran dan hebat
#boleh jadi juga kalah,, utk memberi kesedaran kpd orang ramai ttg kesilapan atau sesuatu yg perlu diperbaiki lagi dan mungkin juga untuk mmberi hidayah kpd orang lain,,
# walau pun ditindas didunia,, ingat la,, keperitan itu hanya sementara hanya sehingga kita mati,, jika dibandingkan dgn nikmat yang abadi yg telah Allah janjikan kpd orang mukmin dia akhirat,, mmg tiada tandingannya..jadi,, BERSABARLAH! 

Wednesday, November 28, 2012

apabila jatuh cinta?


Tidak seorang pun daripada manusia yang mampu membohongi hakikat, bahawa di dalam tubuhnya itu ada hati. Dan hati tersebut pula diciptakan oleh Allah dengan satu keistimewaan, iaitu menjana al-hub yakni rasa cinta,kasih dan sayang.
Itulah yang dinamakan sebagai fitrah.
Menidakkan peranan dan hakikat fitrah seumpama cuba menukar manusia menjadi satu makhluk yang lain. Kerja yang sia-sia dan hanya mengundang derita tiada sudah.
Justeru terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama bercakap dengan diri sendiri. Bisikkan kepada diri sendiri bahawa tidak ada salahnya mengakui hakikat penciptaan seorang manusia, yang ada jiwa dan ada cinta.
Islam tidak pernah menyekat fitrah dan naluri manusia. Jika manusia melihat Islam sebagai suatu peraturan dan cara hidup yang menyekat, bermakna manusia tersebut masih belum mengenali Islam dalam ertikata yang sebenar.
TERIMA HAKIKAT, FAHAMI DAN BERTINDAK
Lihatlah jam di dinding. Perhati detikan jarum panjang dan pendeknya. Renungi dan tanamkan dalam diri anda, bahawa lambat laun fitrah dalam diri tetap akan bersuara. Kebenaran itu tidak bisu. Sampai masanya, ia tetap akan bercakap dengan anda.
Menyedari hakikat tersebut, maka jalan yang bijak bukanlah ‘memerangi’ sebaliknya bersedia untuk menerima. Jangan perangi fitrah dalam diri anda mahupun diri orang lain. Apabila seorang saudara anda mengeluh jatuh hati atau jatuh cinta, jangan dikecam orang tersebut. Begitu juga apabila hati anda bersuara dengan jelas kepada anda tentang fitrahnya, maka jangan dikecam jiwa anda sendiri.
Jika dari awal, anda menyediakan otak untuk ‘menerima’ dan bukannya ‘memerangi’ , maka saya kira anda boleh bertindak dengan lebih rasional, matang dan bijak. Bertindak atas dasar kefahaman dan bukannya emosi semata-mata.

PANDU KE JALAN SELAMAT
Anda perlu faham bahawa jatuh cinta itu bukan suatu kesalahan. Jika ditakdirkan tiba-tiba anda terjatuh hati, atau terpikat, atau tersuka kepada seseorang yang mana sebelumnya perasaan tersebut langsung tidak ada, maka terima dan raikannya perasaan ataupun ‘suara jiwa’ anda terlebih dahulu.
Ini kerana ada golongan yang kelihatannya langsung tidak mahu bertolak ansur dengan suara jiwa mereka sendiri. Kata mereka itu suara Syaitan. Suara nafsu. Bukan suara Iman. Lantas mereka bersifat keras terhadap suara jiwa mereka sendiri, dan lebih malang apabila orang sekeliling mereka turut dipaksa untuk mengambil pendirian yang sama.
Meraikan suara jiwa anda bukan bermakna membiarkan diri anda hanyut. Itu kena jelas.
Sebab itu saya bercakap soal panduan. Setiap masalah, ada penyelesaian. Setiap perkara, ada tempat duduknya. Soal hati dan perasaan juga begitu. Ada tempat duduknya sendiri. Justeru menafikan tempat duduknya adalah suatu bentuk kezaliman.
Raikan perasaan suka. Raikan perasaan minat. Raikan perasaan terpikat. Jangan kecam dan jangan salahkan diri sendiri. Ini step yang sangat penting ketika anda jatuh cinta.
Kemudian, setelah anda mampu meletakkan diri anda dalam konteks yang betul, stabil dan meraikan bahasa jiwa, maka barulah anda boleh ‘memandu’ fitrah tersebut ke jalan yang sepatutnya.

PANDUAN PERTAMA : HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Ini paling penting. Saat jatuh hati dan terpikat itu, bagaimana sebenarnya hubungan anda dengan Allah? Solatnya bagaimana, zikirnya bagaimana, bacaan Al-Quran dan amalan sunat yang lain di tahap mana?
Ini kerana, suara hati yang selamat adalah suara hati yang paling teguh dan kukuh hubungannya dengan Allah. Di dalam hadith Nabi s.a.w menyebut bagaimana hati boleh menjadi hitam, gelap dan keras akibat daripada amalan dosa tanpa taubat.
Justeru hati yang seperti itu – semoga Allah jauhkan – bicaranya sangat bahaya. Bicaranya lebih condong ke arah kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan. Maka berhati-hati. Tatkala mahu mendengar suara hati tersebut, perbaiki dahulu perhubungan dengan Allah ta’ala.

PANDUAN KEDUA : IMAN ATAU NAFSU
Tanya kembali pada hati, apa yang membuatkan anda terpikat? Anda mungkin sukar untuk jujur dengan orang lain. Tapi anda secara hakikatnya boleh jujur dengan diri sendiri. Kalau faktor rupa paras atau bentuk tubuhnya sangat dominan di pertimbangan anda, besar kemungkinan anda akan berdepan dengan jatuh hati pada banyak lagi keadaan yang lain. Maknanya, hari ini terpikat dengan Timah, esok dengan Yati pula. Lusa nampaknya Ina lebih baik, dan sebagainya.
Tetapi jika faktor budi bahasanya, atau kecantikan akhlaknya yang mendominasi, anda lebih dekat dengan zon selamat. Tinggal lagi untuk mengawal dan mengemudi hati ke landasan yang sepatutnya.

PANDUAN KETIGA : MASUK SECARA TERHORMAT
Dalam Islam, bab hubungan manusia sesama manusia adalah bab yang diperakui. Tidak ada mana-mana bahagian pun dalam Islam yang mencacatkan atau menidakkan soal hubungan manusia sesama manusia, sebaliknya sangat dititkberatkan dan disertakan pula dengan pelbagai panduan dan peraturan.
Maka untuk menyambut suara hati dan memandunya ke jalan selamat, cara terbaik adalah dengan ‘masuk’ secara terhormat. Masuklah ke dalam hidupnya dengan cara yang paling baik. Bukan melalui pintu belakang.
Rumah buruk macam mana sekalipun, kalau kita masuk ikut tingkap atau pintu dapur, tuan rumahnya tetap pasti merasa marah.

PANDUAN KEEMPAT : KETUK PINTU DENGAN ADAB
Sebelum masuk ke rumah orang, terlebih dahulu ketuklah pintu dan berilah salam. Kita sebagai tetamu, kalau datang dengan cara baik, insyaAllah tuan rumah juga akan layan kita dengan cara yang baik.
Apa yang penting adalah kita lakukan dengan adab sebagai seorang muslim. Cara untuk ‘mengetuk pintu’ itu pelbagai. Samada sendiri atau menggunakan perantaraan seperti orang tengah dan sebagainya.

PANDUAN KELIMA : MENGENAL BESAR DAN LEBIH BESAR
Ketika perasaan tersebut menyesak jiwa dan mengganggu hati kita, biasanya kita terdorong untuk menganggap bahawa itulah persoalan paling besar yang perlu diatasi. Dengan apa cara sekalipun, perasaan tersebut mesti tertunai dan si dia mesti dimiliki.
Sebab itu ada yang mengistilahkan ia sebagai soal ‘hidup dan mati’. Seolahnya, kalau tak dapat akan menderita hingga mati.
Islam ternyata lebih awal menyediakan solusi untuk kita. Islam mendidik kita supaya membezakan antara perkara besar dengan yang lebih besar. Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda tentang takdir : Telah diangkat kalam dan telah keringlah dakwat.
Bermakna, semua perkara telah ada ketetapannya, termasuklah apa yang sedang kita usahakan. Justeru, melipatgandakan usaha dan ikhtiar itu tidak salah, cuma perlu dikawal supaya tidak ‘mencabar’ perkara yang lebih besar iaitu TAKDIR.
Paling cantik, mantapkan dahulu iman dan keyakinan dalam diri sebelum ‘mencabar’ diri untuk tampil ‘mengetuk pintu’.

PANDUAN KEENAM : BAHAGIA DAN TERSENYUM
Dalam melaksanakan beberapa panduan di atas, kita akan berdepan dengan beberapa natijah :
a) Dia yang kita suka pada awalnya, tetapi apabila diperhalusi rupanya kesukaan tersebut lebih diserabuti duniawi semata-mata, lalu kita kembali memperkasa cinta hakiki sebelum akhirnya menemui sejenis ketenangan padanya. Lalu kita tersenyum dan bahagia.
b ) Dia yang kita suka, rupanya juga menyukai kita, dan jalan ke arah pernikahan begitu mudah pula. Akhirnya bersatu di alam rumahtangga. Lalu kita tersenyum dan bahagia.
c ) Dia yang kita suka atau terpikat, rupanya sudah mempunyai seseorang di hatinya. Lalu kita bersabar dan merujuk kembali kepada perkara lebih besar iaitu soal takdir. Akhirnya kita temui ketenangan sebelum mampu tersenyum dan bahagia.
d ) Dia yang kita suka rupanya tidak ditakdirkan untuk kita, tetapi dalam waktu yang sama Allah bukakan jalan baru untuk kita dan dengan mudahnya keperluan kita terlaksana dengan seseorang yang kita sendiri tidak jangka. Akhirnya kita tersenyum dan bahagia.
Dalam apa keadaan sekalipun, kata kunci untuk tersenyum dan bahagia adalah REDHA. Justeru sangatlah penting untuk memegang panduan pertama yakni soal hubungan hati dengan Allah dalam menelusuri panduan-panduan seterusnya.
Yang penting, kita yakin bahawa setiap orang ada takdirnya masing-masing. Justeru mengapa tidak kita dan mereka berbahagia dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas setiap daripada kita?
from : http://www.myilham.com/blog/2011/10/panduan-ketika-jatuh-cinta/
sebarang pendapat atau teguran, harap sudi dikongsikan dirunagan komen.. terima kasih 

Sunday, November 25, 2012

instead of helping gaza, help ourselves as well

everyone is aware with our brothers and sisters in Gaza. Alhamdulillah, everyone is keep on praying for them keep it up! pray even more and! they are our brothers and sisters! we must help them.. do all the best to help them prayers, donation, boycott and many other ways.. 

 somehow, we need to reflect and think,, that there are always reasons why they are there and we are here.. one of them, perhaps, our imaan can't compete their's! they need to go through hardships every day and night. but they keep on standing without thinking of giving up! they do everything the sake of Allah, they face everything with faith. they fight with the spirit of Jihaad

 knowing that, are we just going to keep doing nothing?? come on,,make a change! let's improve our imaan repent from what's wrong and find the ways to do what's right! besides helping them, don't forget to help ourselves as well.. aim for jannah.. work hard to be there with the syuhada' 

 we are muslims! behave like one!

Saturday, November 17, 2012

help gaza by what??

tears drop while seeing what's happening in Gaza...

we hate Israel ! Save Palestine! 


that's what came out from the lips, right? we really want to free Palestine and don't want the world to have any war again! especially to the innocents! Muslims!


indeed ,,
Allah has promised that Palestine will win!

they are fighting for the sake of Allah,, for sure Allah will never let those energy and hardship to be useless...
We, muslims believe in the promises of Allah!
one day,, Palestine will free.

but, are we heartless to just sit and watch all those Muslims, our brothers and sisters in Palestine been killed everyday? their blood are too precious to be dropped just like that! we must do something.

dont you dare to say,

 " poor them, but i can't do anything! i am just nothing.. who am I to fight with those Zionist  "



we can! yes, we can and we must do something! help our brothers and sisters there!!

Praise be to Allaah.

1. You have to make du’aa’, and recite du’a’ al-qunoot in your salaah (prayer).
    #don't forget to take care of our good deeds and halal foods, coz that's very very important to make sure our doa will be accepted by Allah!!

2. Collect charity and send it through trustworthy channels.

3. Support the weak and oppressed in all ways, including the media and the internet.

4. Get scholars, daa’iyahs, khateebs and writers to explain the oppression that is happening and the negligence on the part of the ummah, and to mobilize the ummah to defend the holy places.

5. Check on one’s own intentions with regard to fighting for the sake of Allaah, and see whether he is applying the hadeeth of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him):

“Whoever dies without having fought for the sake of Allah or having had the intention of doing so, has died following one of the branches of hypocrisy.” 

(Saheeh Muslim, no. 3533)

 6. Pursuing all the means of building up material and moral strength, in preparation for meeting the enemy (in battle).

7. Reminding oneself and others of the virtues of martyrdom for the sake of Allaah and studying the rulings on jihad, and not having an attachment to this world.

8. Doing as much damage as possible to the enemies who are in a state of war with us, by boycotting their products, attacking them verbally and in writing to humiliate and annoy them, and to point out their kufr and shirk, and their insults to Allaah, His Messenger and the believers, publishing as much as possible in the audio-visual and print media about this serious topic whilst also connecting that to Islamic belief and the words of Allaah and His Messenger,

We ask Allaah the Exalted and All-Powerful to support His religion and cause His word to prevail.


besides, helping them, we ought to learn! learn something! learn to be a better slave of Allah!! 

learn from how the Palestinians fight with the spirit of JIHAD! yes, they are weak.. but their faith to ALLAH are very strong..

imagine. if we are at their places! dont be so confident that we can do better! there are always reasons why we are here and they are there! because they faith are stronger! 

THEIR IMAAN ARE BETTER! 

wake up dear brothers and sisters, we should learn something from them! be a better muslims! be a mu'min! show to the world that the deen of Allah is the best and greatest! 

http://www.muslimaid.org/index.php/what-we-do/current-campaigns/370

source : http://www.kalamullah.com/gaza.html

Monday, November 5, 2012

thoughts and reality

orang kata, 

~jual mahal sangat,, nanti kawin lambat baru tau,,

~solat jemaah lama sangat, exam dah x lama,,nanti masa nak studi x byk

~tolong orang buang tenaga, byk lagi benda boleh buat untuk diri sendiri..

~sedekah itu mengurangkan duit, boleh beli byk lagi benda lain dgn duit tu..

fikir macam tu? cuba fikir sekali lagi.. apa yang kita nak capai sebenar nya?? 
siapa yang tetapkan semua tu?

klu kita jaga diri, jaga maruah, orang kata jual mahal dan nanti kawan lambat,,.,.
x pe la.. tu orang yang kata.. siapa mereka nak tentukan semua tu??
selagi kita ikut perintah Allah,, kita akan bahagia..

klu orang kata solat jemaah itu leceh dan hadiri majlis ilmu itu akann kurang kan masa untuk study, x pe la.. kita bukan nya nak masa yang banyak untuk studi..
kita nak masa yang berkualiti untuk studi.. dan yang paling penting,, 
cemerlang atau gagal dalam exam tu,, Allah yang tentukan..
selagi kita lakukan sesuatu kerana Allah,, yakinlah Allah akan tolong dan berikan yang terbaik untuk kita..

klu tolong orang tu dikatakan buang masa dan tenaga, dan sepatutnya kita gunakan masa untuk diri,, ingat lah,, kita hidup untuk siapa??Allah x jadikan kita melainkan untuk jd khalifah dan untuk beribadah.. tolong orang bukan khalifah? tolong orang kerana Allah itu bukan ibadah? tolong orang tu ke arah kebaikan itu perintah Allah

sedekaah itu mengurangkan duit? anda yakin? duit itu rezeki bukan? rezeki itu Allah yang tentukan betul? sekali lagi,, apa tujuan hidup kita ?? kerana Allah! rezeki yang di kurniakan tu,, guna kan lah ke jalan Allah.. bukan nya semua pun duit nak suruh sedekah.. sikit je.. untuk tolong orang yang lebih memerlukan.. ingat,, bila duit kita bersih, insyaAllah Alllah akan tambah kan rezeki.. 

HIDUP LAH KERANA ALLAH.. UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH.. 
IKUT LAH PERINTAH ALLAH, BUKAN IKUT APA ORANG KATA..
YAKIN DENGAN KUASA DAN JANJI2 ALLAH..
INGAT PASTIKAN PILIHAN KITA TINGGAL DUA SAHAJA..
HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID..:)

* peringatan untuk diri dan bersama..
teguran atau pendapat amat dialu2 kan..:)

Tuesday, October 30, 2012

Siapa orang-orang yang khusyuk hatinya?

Mereka adalah orang-orang yang merindui pertemuan dengan Tuhannya.


الَّذِينَ ÙŠَظُÙ†ُّونَ Ø£َÙ†َّÙ‡ُÙ… Ù…ُّلاَÙ‚ُوا رَبِّÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَØ£َÙ†َّÙ‡ُÙ…ْ Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ

“(iaitu) orang-orang yang meyakini akan pertemuan dengan Tuhannya, dan menyedari bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” 
[ 2 : 46 ]

Ibnu Mas’ud radhiyallahu’anhu mengatakan; suatu ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku; “Bacakanlah al-Qur’an kepadaku.”

Maka ku katakan kepada beliau, “Wahai Rasulullah, apakah saya bacakan al-Qur’an kepada anda sementara al-Qur’an itu diturunkan kepada anda?”

Maka beliau menjawab, “Sesungguhnya aku senang mendengarnya dibaca oleh selain diriku.”

Maka akupun mula membacakan kepadanya surah an-Nisaa’. Sampai akhirnya ketika aku telah sampai ayat ini (yang ertinya), “Lalu bagaimanakah ketika Kami datangkan saksi bagi setiap umat dan Kami jadikan engkau sebagai saksi atas mereka.” (QS. an-Nisaa’ : 40).

Maka beliau berkata, “Cukup, sampai di sini saja.”

Lalu aku pun menoleh kepada beliau dan ternyata kedua mata beliau mengalirkan air mata.
(HR. Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Ada dua buah mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka; mata yang menangis kerana takut kepada Allah, dan mata yang berjaga-jaga pada malam hari kerana menjaga pertahanan kaum muslimin dalam [jihad] di jalan Allah.” (HR. Tirmidzi [1639], disahihkan Syaikh al-Albani dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi [1338]).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehinggalah susu [yang telah diperah] boleh masuk semula ke tempat keluarnya.”
(HR. Tirmidzi [1633])

~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~ 

Kepada semua sahabat yang sudi membaca artikel ringkas ini, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar diri kita sentiasa diberi kekuatan & petunjuk untuk mengamalkan apa-apa yang kita sampaikan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk tindakan iman.. ^^ Andai ada yang hendak ditegur, tegurlah.. jangan tangguh-tangguh, agar diri ini dapat dikoreksi. Andai ada yang ingin ditambah, silakan memberi pandangan. Tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat semua amat diperlukan oleh diri yang lebih banyak mengatakan 'tidak tahu' ini. ^^

Wednesday, October 24, 2012

salamun 'ala ibrahim! :)


khamis, hari arafah,, mari berpuasa!! insyaAllah :)

jumaat, hari raya aidil adha,, mari beraya!!

mari hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Allah menceritakan kisah ini di dalam AlQuran. Surah Al-Soffat, ayat 102 -109, Allah berfirman,

“Maka ketika anaknya itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya,

(Ibrahim) berkata,  ‘Wahai anak ku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!’

Dia (Ismail) menjawab:  ‘Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah)kepadamu; insya ALLAH, engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.’

Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya, (untuk melaksanakan perintah Allah).

Lalu Kami panggil dia, ‘Wahai Ibrahim! Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Dan Kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, “Selamat sejahtera bagi Ibrahim.”.. ’

Berdasarkan peristiwa itu tadi, kita faham bahawa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya, Ismail. Tetapi kemudiannya terus membatalkannya dan menebusnya dengan seekor kibasy? Pernahkah kita terfikir kenapa Allah berbuat demikian?

Kerana UJIAN? Ya! kerana Allah ingin menguji keimanan, ketaatan dan ketabahan keluarga Nabi Ibrahim ini dalam menjalankan perintah Allah. Tetapi ini bukan bermakna ujian ini bukan untuk kita. Kisah ini dapat dijadikan teladan buat kita umat akhir zaman ini yang mahu berfikir. Antara pengajaran yang dapat diperolehi dari kisah ini ialah, Ketaatan kepada perintah Allah haruslah melebihi segala apa yang kita ada.

Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana nilai nyawa manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah SWT terhadap manusia.

Saturday, October 20, 2012

something to be learn from the story of prophet musa alaihissalam

Alhamdulillah,,

sometimes, i don't really feel like doing something good or beneficial, but suddenly i was involved in that. Most people experience the same thing as well..
for example, sometimes i don't really plan to hear n listen to a talk that reminds me to Allah, but accidentally, i am in a circle of people who do talk bout that .Alhamdulillah .

something i want to share that i got from a talk few days ago,  

 its about prophet Musa alaihisalam.

in his life, he once a murder. he killed someone 

"and he(musa) went into the city at a time of unvigilance on the part its people, so he found therein two men fighting, one being of his party and the other of his foes, and he who was of his party cried out to him for help against him who was his enemies, so, Musa struck him with his fist and killed him. He said: This is on account of the shaitan's doing; surely he is an enemy, openly leading astray"  ( al qasas 28 : 15)

since he had done a crime,he was afraid,, he regretted and seek forgiveness from Allah.
so, he leave Egypt and went to Palestine. After some while the lived there and built a family,
one day he n his family went back to Egypt.

on his way, 

"..... and he journeyed with his family, he perceived on this side of the mountain a fire. He said to his family, : wait, i have seen a fire, maybe i will bring to you from it some news or a brand of fire, so that you may warm yourselves.

and when he came to it, a voice uttered from the right side of the valley in the blesses spot of the bush, saying : O Musa! surely I am Allah, the lord of the worlds."  ( al-qasas 28 : 29-30) 

"Allah said : Enter your hand into the opening of your bosom, it will come forth white without evil, and draw your hand to yourself toward fear; so these two shall be 2 arguments from your lord to Firaun and his chiefs, surely they are a transgressing people

Musa said, : My lord, surely i killed one of the, so i fear lest they should slay me. and my brother, Haroun, he is more eloquent tongue than i am. there for, send him with me as an aider, verifying me: surely i fear that they would reject me.

Allah said : We will strengthen your arm with your brother, We will give you both an authority, so that they shall not reach you. (go) with our sign; you two and those who follow you shall be uppermost."

( al qasas 28 : 32-35)

this story is also written in (surah Taha 20 :9-36 )
READ IT TO GET THINGS CLEARER~

so,, what can we learn from this?
 prophet musa is also not person without sin.
 He once killed someone. and he ran away from his place because fear of the people, but once he get back, Allah ask him to hold a very tough responsibility to go to Firon as Firon has exceeded all limits! 

plus, Musa has a problem with his verbal. he has weaknesses in speech. but that is not an excuse to run away from doing da'wah. So prophet Musa asked Allah to give him an aider (so they may understand his words) from his family ( Harun)  to help him to strengthen his back as Harun is good in communication n speech. And, Allah do granted  Musa petition.

so, reflect ourselves (myself is included!). what is our excuse to not spreading the words of Allah?

da'wah is a responsibility for every Muslim.

if we say, we are not good enough to advise others, that excuse is rejected as prophet Musa did sin as well
if we say we do not have the ability to da'wah, that excuse is rejected as well as we must know, when we want to do something for Allah, Allah will never let us to suffer alone.. He will always give us what we need to ease our way.

there are so many ways to spread the words of Allah..
it can be by our actions, words, writings, or something else
it can be formal or informal way..

but make sure b4 spreading our knowledge, we MUST make sure the thing that we want to spread is really valid( sahih) and true .













Friday, October 19, 2012

apa guna nya ilmu klu x da kesannya??

menyimpan ilmu hanya dlm diri sendiri hanya akan mengundang kemurkaan Allah..
the purpose of knowledge is its implication
kenapa kita perlu sembunyikan ilmu itu?
sedangkan ramai orang diluar sana berusaha untuk cari tahu tentang sesuatu yg mungkin kita tahu itu..
mungkin mereka mencari penyelesaian kepada masalah yg sedang mereka hadapi..
tetapi kita s
impan dan sembunyikan pengetahuan kita itu hanya dlm diri kita
jadi, apa maknanya ilmu itu?

siapa tahu jika kita cerita kan kepada seseorang tentang ilmu yg kita tahu itu dapat menyelesaikan masalahnya
siapa tahu perbuatan baik yang kita amalkan itu dapat menarik seseorang untuk melakukan perkara yang sama..
siapa tahu nasihat kita dapat meringankan beban seseorang
siapa kita halang orang tu buat jahat, orang tu mmg x kan buat.

Hanya Allah sahaja yang tahu..

Allah x beri sesuatu itu dgn sia2..
Allah bg ilmu itu untuk kita AMALkan, DALAM MASA YANG SAMA
untuk kita SEBARkan dan AJARkan kepada orang yang tak tau
INGATkan kepada orang yang yang dah tahu..

ingat, setiap apa yg Allah beri kpd kita itu adalah amanah
guna kan ke jalan kebaikan..
ini termasuklah segala kebolehan, bakat dan skill, dan keistimewaan yang ada pada kita..
gunakan kerana Allah, untuk memberikan kesan positif kepada semua makhluk,dan semua benda. :)

# dear friends,
let's share n remind each other about something beneficial kayh,,:)

jealous dgn orang yg buat salah??

kadang-kadang, kita dok heran, pasai apa yang orang yang dah lama buat benda salah masih boleh teruskan buat salah tanpa dicekup tau didenda oleh sesiapa..
sedangkan ada orang yang baru pertama kali buat salah, dah kena tangkap dan dihukum.
tambah2 klu orang yg baru mula buat jahat tu adalah kita,, lagi la kita rasa x puas hati..

daripada kita dok pikiaq dan dok layan rasa tak puas hati kita tu,,
kan lagi baik kita panjatkan kesyukuran sbb sudah terang lagi bersuluh, bahawa Allah sangat sayang kat kita.. Allah x nak kita mula buat jahat,, Allah nak tarik kita kembali ke pangkal jalan..
buat apa nak cemburu kat orang yg buat salah x kena hukum kat dunia?? padahal Allah x nak kita terus sesat.. ingat senang ka nak dpt hidayah Alah utk kembalik ke jalan yg lurus? kita ni insan terpilih kena lah bersyukur. bersyukur itu bukan stakat sebut Alhamdulilah,, bersyukur itu termasuklah menggunakan hidayah Allah itu utk neneruskan hidup di jalan yg yg lurus , dlm masa yg sama, menarik orang lain utK mencari redha Allah.

yg pasal orang yg masih dok buat salah x dihukum2 lg tu,, kita doakan lah supaya dibrikan hidayah dan kembali ke pangkal jalan dgn segera... insyaAllah..
klu kita lah org yg steady dok buat salah tu,, BERHENTI, TINGGALKAN KESALAHAN ITU, NIAT UNTUK X ULANGI KEMBALI N BERTAUBATLAH! :)