iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Wednesday, October 24, 2012

salamun 'ala ibrahim! :)


khamis, hari arafah,, mari berpuasa!! insyaAllah :)

jumaat, hari raya aidil adha,, mari beraya!!

mari hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Allah menceritakan kisah ini di dalam AlQuran. Surah Al-Soffat, ayat 102 -109, Allah berfirman,

“Maka ketika anaknya itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya,

(Ibrahim) berkata,  ‘Wahai anak ku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!’

Dia (Ismail) menjawab:  ‘Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah)kepadamu; insya ALLAH, engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.’

Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya, (untuk melaksanakan perintah Allah).

Lalu Kami panggil dia, ‘Wahai Ibrahim! Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Dan Kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, “Selamat sejahtera bagi Ibrahim.”.. ’

Berdasarkan peristiwa itu tadi, kita faham bahawa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya, Ismail. Tetapi kemudiannya terus membatalkannya dan menebusnya dengan seekor kibasy? Pernahkah kita terfikir kenapa Allah berbuat demikian?

Kerana UJIAN? Ya! kerana Allah ingin menguji keimanan, ketaatan dan ketabahan keluarga Nabi Ibrahim ini dalam menjalankan perintah Allah. Tetapi ini bukan bermakna ujian ini bukan untuk kita. Kisah ini dapat dijadikan teladan buat kita umat akhir zaman ini yang mahu berfikir. Antara pengajaran yang dapat diperolehi dari kisah ini ialah, Ketaatan kepada perintah Allah haruslah melebihi segala apa yang kita ada.

Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana nilai nyawa manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah SWT terhadap manusia.

No comments:

Post a Comment