iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Tuesday, February 20, 2018

peranan bapa

Oleh: Mohd Sukki Bin Othman (Ustaz Shauqi)


Dalam Islam, institusi keluarga merupakan suatu perkara yang amat diambil berat dan diutamakan. Sekiranya ditinjau ajaran Islam, kita dapati Islam telah meletakkan garis panduan yang begitu lengkap dalam menyusun sistem kekeluargaan yang mantap dan harmoni, sekaligus menjadikannya batu asas yang kukuh kepada pembentukan sebuah masyarakat yang teguh lagi utuh. Ini kerana, kebahagiaan yang wujud dalam keluarga akan memberikan kesan yang positif terhadap pembentukan masyarakat dan negara. Akan tetapi, sekiranya institusi keluarga menghadapi masalah dan berada dalam kepincangan, ia akan membawa akibat negatif dalam masyarakat seterusnya menafikan keharmonian hidup. Islam amat prihatin dalam mempastikan kerukunan rumahtangga dan keluarga. Justeru, setiap individu dalam keluarga sama ada ibu, bapa mahupun anak mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu ditunaikan demi mewujudkan keharmonian dan keutuhan dalam keluarga.

Kadang-kala terdapat tanggapan di dalam masyarakat bahawa tugas mendidik anak bukanlah tugas bapa, sebaliknya ia adalah tugas ibu. Ini menyebabkan golongan bapa 'lepas tangan' dan membiarkan sepenuhnya urusan mendidik ini kepada si ibu. Ini ialah satu tanggapan yang salah dan tidak selari dengan syariat Islam. Bapa sebagai ketua dalam rumahtangga merupakan tonggak kepada institusi keluarga. Oleh itu, bapa juga berperanan sebagai pendidik terhadap anak dan sewajarnya menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam mengemudi bahtera rumahtangga demi memastikan anak-anaknya mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Rasulullah sepatutnya dijadikan contoh oleh para bapa masa kini untuk mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah. Sebagai seorang bapa, Rasulullah telah berjaya memimpin keluarga ke arah yang dikehendaki oleh Allah. Walaupun puteri Rasulullah mempunyai iman yang kental, namun Rasulullah tetap berpesan kepada puterinya itu: “Wahai Fatimah, bebaskanlah dirimu daripada api neraka”. Bapa pada hari ini sewajarnya mencontohi Rasulullah saw dengan berusaha mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh. Apatah lagi Allah swt telah memperingatkan perkara ini di dalam Surah al-Tahrim, ayat 6 melalui firmanNya yang bermaksudnya : “Wahai orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”.

Perlu dijelaskan bahawa fungsi mendidik anak sememangnya terletak pada bahu seorang bapa, manakala ibu sebagai pendokong dan penyokong utamanya. Ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Luqman ayat 13 yang bermaksud: "Dan ketika Luqman berkata kepada anaknya, pada waktu dia memberi pengajaran kepada anaknya: Hai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah, sesungguhnya menyekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman besar." Di sini, Luqman sebagai seorang bapa, mula mendidik anaknya dengan memperkenalkannya kepada Allah, Pencipta dan Pemilik alam ini. Seterusnya Luqman (mewakili kaum bapa) mengajarkan anaknya tentang bahaya syirik dan menasihatkan anaknya mengenai beberapa tata cara akhlak mulia. Begitulah betapa besarnya tanggungjawab bapa dan ini menunjukkan bapa memang tidak boleh lepas tangan dalam pembinaan syakhsiah anak.

Punca utama bapa yang mengabaikan tanggungjawabnya ialah kerana tiadanya matlamat yang jelas dalam hidup berkeluarga. Sekiranya perkahwinan didasarkan kepada nafsu semata-mata, maka ia akan menjadikan rumah tangga hambar dan tidak berhaluan. Matlamat yang jelas akan menyebabkan seseorang bapa itu membuat perancangan yang teratur untuk masa depan anak-anak dan dapat menjalani kehidupan di dunia dan akhirat dengan lebih cemerlang. Seorang bapa yang diamanahkan oleh Allah dengan isteri dan anak-anak, mempunyai tanggungjawab yang amat penting di dalam menjamin kesinambungan wujudnya generasi yang bertanggungjawab dan berguna kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Sikap prihatin seorang bapa amat penting di dalam menentukan hala tuju hidup seorang anak kerana bapalah orang yang paling berkuasa terhadap ahli keluarga di bawah jagaannya. Justeru, seorang bapa mestilah menentukan matlamat yang jelas sejak daripada awal perkahwinan lagi agar dia dapat mengemudi bahtera rumahtangga di atas jalan yang betul dan lurus.

Apabila seseorang bapa menimang cahayamata, dia hendaklah berusaha mendidik anaknya sejak kecil lagi dengan didikan yang baik dan sempurna. Apatah lagi, pepatah Melayu sendiri ada menyatakan : « melentur buluh biarlah daripada rebungnya ». Seorang bapa perlu prihatin dengan sunnah nabi apabila menyambut kelahiran anaknya, dengan mengazankan di telinga kanan dan mengiqamatkan di telinga kiri anaknya. Amat malang sekali apabila si bapa tidak berada di sisi si ibu ketika anaknya dilahirkan, dan seterusnya kalimah-kalimah suci tidak diperdengarkan di telinga anaknya itu. Seterusnya, bapa bertanggungjawab untuk memberikan nama yang baik kepada anaknya sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Dailami, Rasulullah saw bersabda maksudnya: “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Quran”. Apabila anak tersebut mencecah umur seminggu, rambutnya hendaklah dicukur, ditahnikkannya (diberi manisan/belah mulut) dan sunat diaqiqahkan bagi mereka yang berkemampuan untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Seterusnya, seseorang bapa amat perlu berganding bahu dengan ibu berpadu tenaga untuk mendidik anak berasaskan akidah Islam yang mantap. Keutuhan akidah akan melahirkan anak yang soleh dan seterusnya menjamin kemuliaan akhlak remaja Islam. Dalam hal ini, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak Di dalam Islam) mengenengahkan beberapa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ibubapa terhadap anak-anak mereka, Antaranya ialah:

1. Tanggungjawab pendidikan keimanan
2. Tanggungjawab pendidikan akhlak.
3. Tanggungjawab pendidikan jasmani.
4. Tanggungjawab pendidikan mental.
5. Tanggungjawab pendidikan rohani.

Perkara pertama dan utama dalam mendidik anak-anak ialah menyemaikan asas-asas keimanan dalam jiwa mereka. Mereka perlu diajar untuk meyakini perkara-perkara ghaib yang telah diterangkan di dalam al-Quran dan hadis seperti beriman kepada Allah, Malaikat, para rasul, alam barzakh, syurga, neraka dan sebagainya. Dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin karangan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali, diceritakan kepada kita bagaimana salafussoleh mendidik anak-anak mereka. Antaranya ialah kisah berikut: “Sahal bin Abdullah menceritakan bahawa: "Ketika aku berumur tiga tahun, aku sudah mulai bangun malam dan memerhatikan bapa saudaraku solat. Tiba-tiba pada suatu hari dia bertanya kepada aku, adakah engkau mengingati Allah yang menjadikan engkau? Lalu aku bertanya, bagaimana cara mengingati-Nya?, kemudian beliau berkata kepada ku, sebutkan dalam hatimu tiga kali ketika hendak tidur tanpa menggerakkan lidah mu (Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah menyaksikanku). Setelah beberapa kali aku melakukan, lalu disuruhkan pula aku menyebutnya tujuh kali pada setiap malam. Selepas itu disuruhnya pula sebelas kali sehingga aku merasakan kemanisan bacaan itu dalam hatiku. Setelah berlalu masa setahun, maka dia berkata kepadaku, "Wahai Sahal! jagalah baik-baik apa yang aku ajarkan engkau itu dan bacalah ia hingga engkau masuk ke dalam kubur." Katanya lagi, "Wahai Sahal! Siapa yang mengetahui dan menyedari yang Allah sentiasa bersamanya, menyaksikannya, apakah boleh dia berbuat maksiat lagi? Jauhkanlah dirimu daripada perbuatan maksiat." Melalui proses latihan yang disebutkan di atas serta pendidikan keimanan yang murni muncullah Sahal menjadi seorang ulama' yang terkenal.
Bapa juga perlu memberi perhatian kepada ibadat-ibadat fardhu yang perlu dilaksanakan seumpama solat, puasa dan sebagainya. Sebagai contohnya, nabi Muhammad saw telah bersabda, maksudnya : « Perintahkan anak-anakmu mengerjakan solat ketika dia berumur 7 tahun dan pukullah dia bilamana tidak mahu mengerjakan solat semasa berusia 10 tahun … ». Nabi Muhammad saw menyuruh kita memukul anak berumur 10 tahun yang tidak mahu mengerjakan solat. Tetapi adakah kita menjalankan hukuman tersebut kepada anak yang tidak mahu bersolat? Kita mungkin pukul kalau anak tidak buat kerja sekolah atau tidak lulus periksa. Jarang kedengaran bapa memukul anak kerana tidak mendirikan solat. Macam mana nak pukul anak yang tidak menunaikan solat sedangkan terdapat ibubapa sendiri yang tidak bersolat.
Seterusnya, bapa perlu memberikan perhatian kepada pendidikan akhlak anak. Akhlak mulia anak perlu dibentuk sejak mereka kecil seperti amanah, bercakap benar, menghormati orang tua, berbuat baik kepada jiran dan sebagainya. Nabi sendiri pernah menegaskan bahawa baginda diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak, ini sekaligus menunjukkan betapa pendidikan akhlak terhadap anak-anak itu sangat penting. Bekas pemimpin India yang masyhur iaitu Gandhi juga telah mengakui hakikat ini dengan kata-kata beliau: “Agama dan akhlak merupakan perkara yang satu, tidak boleh dipisahkan di antara kedua-duanya”. Bagi memastikan anak mempunyai akhlak yang mulia, seorang bapa mestilah mengawasi segala tingkah laku anaknya. Jangan biarkan anaknya membeli bahan-bahan bacaan yang melalaikan seperti majalah hiburan. Begitu juga jangan membiarkan anak berpeleseran dan bercampur gaul dengan rakan-rakan yang rosak akhlak. Di samping itu, pastikan anak-anak diajar untuk menutup aurat sejak mereka kecil dan jangan biarkan mereka mengamalkan pergaulan bebas yang boleh merosakkan diri mereka sendiri.
Tanggungjawab pendidikan jasmani pula ialah bukan sekadar membiasakan anak dengan sukan dan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan badan, tetapi bapa juga perlu mengambil berat tentang soal pemakanan yang membentuk jasmani anak Bukan diperhatikan tentang khasiat vitamin makanan itu saja tetapi pastikan kehalalannya. Adakah ia dari sumber yang halal atau haram. Ini penting kerana mengikut Nabi 'daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka neraka lebih utama untuknya'.
Tanggungjawab pendidikan mental pula ialah menyediakan kepada anak ilmu-ilmu manfaat yang perlu dipelajari oleh mereka bagi melahirkan akal dan mental yang sihat. Justeru, pembelajaran fardhu ‘ain perlu diutamakan di samping fardhu kifayah. Akan tetapi, amat malang sekali pada hari ini apabila kita dapati ada bapa yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk anaknya mendalami ilmu fardhu kifayah dengan menghantar anaknya ke kelas tuisyen pada setiap hari, tetapi dalam masa yang sama dia tidak mengambil berat soal fardhu ‘ain anak sehingga ada yang sudah besar panjang tetapi masih tidak tahu membaca Fatihah dengan betul.
Tanggungjawab pendidikan rohani juga tidak kurang pentingnya bagi membentuk sikap dan peribadi anak. Oleh itu, bapa seharusnya melatih anak untuk berqiamullail, berpuasa sunat serta menanamkan dalam jiwa mereka sifat-sifat mahmudah (yang terpuji) dan menjauhkan mereka daripada sebarang sifat yang mazmumah (yang tercela).
Justeru, Walau bagaimana sibuk pun seorang bapa bekerja mencari rezeki, dia berkewajipan untuk meluangkan masa untuk mendidik anak-anak. Mengenai keperluan anak-anak, terdapat sesetengah daripada bapa yang menyangka bahawa kewajipan mereka hanyalah menyediakan keperluan fizikal atau material sahaja seperti makan-minum, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya. Selain dari itu tiada lagi tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Ini adalah satu pandangan yang silap dan berbahaya. Akibatnya mereka membiarkan anak-anak mengatur langkah mereka sendiri dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka tanpa bimbingan dan pemerhatian. Natijahnya, anak-anak mereka mungkin berjaya dari sudut pelajaran kerana mereka disediakan kemudahan ke arah itu, akan tetapi dalam masa yang sama, anak-anak mereka terdiri daripada remaja yang rosak akhlaknya.
Oleh itu, setiap bapa wajar merenung hadis Rasulullah saw ini sedalam-dalamnya iaitu sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibubapalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa perlakuan anak-anak atau corak kehidupan mereka pada masa hadapan adalah bergantung kepada sikap dan tahap keprihatinan ibu bapa terhadap mereka.

Sunday, February 11, 2018

If it's meant to be, it will be

So I was in the office. And during my work time, they turn on the radio... Since I'm there now, the turn the channel from Chinese to the English channel. But that is beside the point. I just wanna say that almost everyday, I will listen to the hits English songs. One of them stuck in my mind. Kinda interesting that I made the title of the song as my blog post title today.

I am in the midst of adjusting my self in a new life. As a working person and as someone in a relationship. There are so many things I am thinking about and worrying most of the time. Days I am currently going through aren't how I used to imagine it to be. Not trying to put things sound negative or positive but I when I say different, it just mean different. Not better or worse.

Back to the topic. Anyone at my age will spend enough time thinking about their future, right.  Worrying too much will harm you. but I must mention what Allah had planned for me is beautiful enough. I can sit alone thinking back at it with my tears rolling out of gratefulness. True, I have no idea about the future. Whether or not, I will be still doing the same job next year, and most importantly, whether or not I will build a family with this same person. Because that is what I am really hoping for.

Worrying is good for you to make the effort and begging God to help you in this. But worrying too much will make you miss out the happiness and joy right in front of your eyes.  Constantly thinking and worrying things you can't control won't help at all. Instead, try to be present. Cherish every moment in your life and don't miss out the fun. Truthfully, there are many things happening each day that make me smile and laugh. But if I am thinking too much then I will miss them out,

Not that I am saying you should put no effort into this. You must. 

Trust in Allah, but tie your camel, right?

And remember, if it is meant to be, it will be. God had written things for us. But if you really really want something, Doa, prayers you make every day may change the destiny. Make enough of that. InsyaAllah.

But in case it is not happening, wipe your tears, trust God that He has a better plan for us. Just never let it slip into your mind that God isn't listening to your prayers. He is All-Knowing of your effort as well. Don't think He overlooked you. Every effort counts. Have trust in that. 

My point here, do your best and let Allah do the rest. If it meant to be, it will be. Don't forget to smile, just enjoy where we are at. 


Sunday, February 4, 2018

Tentang Kisah Ashabul Kahfi

☘☘☘☘☘☘☘

Mengisahkan tujuh pemuda yang cuba menyelamatkan agama.. 

Zaman selepas Nabi Isa diangkat ke langit.. Jadi ramailah yang semakin hilang arah dan tujuan kerana tak tahu pada siapa tempat rujukan.. Dan zaman tu juga zaman pemerintahan raja yang zalim.. Suruh menganut agama nenek moyang mereka.. Tetapi tidak masuk akal bagi 7 pemuda yang beriman ini kerana mengapa pula alam yang terbentang luas ini yang pastinya telah diciptakan oleh yang maha berkuasa tetapi mereka perlu menyembah berhala yang bisu dan tiada kuasa..

Maka mereka selalu mengasingkan diri untuk beribadah kepada Allah. Seperti mana dalam surah alkahfi: 15-16

Dan salah seorang dari 7 pemuda ni ditangkap semasa beribadah kepada Allah.. Dan dihadapkan kepada raja. Walaupun hukuman penjara dan bunuh terpaksa mereka terima, tujuh pemuda masih tetap pendiriannya..  Walaupun dicerca dan dihina, tetapi iman tetap utuh didada.

Berkata salah seorang daripada mereka:

*" sekalipun harta, pangkat dan segala-galanya diambil daripada tangan hamba, menyerahkan iman, berpaling daripada mentauhidkan Allah yang Maha Esa, sekali-kali hamba tidak terima. Laksanakan apa jua hukuman, akan kami terima"*

Perkataan itu telah menyebabkan si raja sangat marah.. Dan menghumban kereka ke dalam penjara. Pada masa yang sama puteri kepada raja itu mendengar lalu digerakkan hatinya oleh Allah untuk merancang membantu tujuh pemuda itu.

Dalam penjara pemuda-pemuda itu menyerahkan nasib mereka kepada takdir yang diputuskan Allah. Tidak putus-putus berdoa penuh pengharapan kepada Allah dan mengharapkan jalan keluar.

Pengawal penjara itu dengar doa mereka dan tersentuh, si puteri pun sampai dipenjara dan sama2 membebaskan pemuda-pemuda itu.  Mereka bersepakat berlari dan menyembunyikan diri kedalam gua.

Surah alkahfi:10

*"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".*

Dan masa itu seekor anjing megekori mereka, walaupun dihalau namun masih juga mahu bersama, dianggap anjing itu mempunyai niat yang sama.. Dan anggap anjing itu boleh mengawal keselamatan mereka. Mereka beristirehat disangka sehari rupanya 309 tahun. Sebangkitnya, lapar dan dahaga menyebabkan mahu membeli makanan namun mata wang dah berbeza. Dan raja pun dah bertukar. Rupanya ketika itu zaman pemerintahan seorang raja yang tawaduk dan mulia.

*"Benarlah janji-janjiMu, ya Allah. Sesungguhnya Engkau berserta hamba-hambaMu yang taat dan menjunjung segala perintahMu, ya Allah. Dengan kekuasaanMu kami terselamat daripada bahaya yang paling kami takuti selama ini."*

Firman Allah dalam surah yasin: 82,

*"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia mengkehendaki adanya seseuatu, hanya Dia berfirman kepada hakikat benda itu, "Jadilah engkau, Maka ia terus menjadi"*

☘☘☘☘☘☘☘

Tajuk : *AIR*

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Buku : *Ensiklopedia SOLAT*

*Air anugerah Allah kepada manusia*
_Air adalah alat atau medium pembersihan dan penyucian utama dalam islam.._
_Maka dengan air akan tercapai kesempurnaan bersuci melalui_ *Wuduk* dan *Mandi Wajib*..

*Firman Allah SWT:*

_Dan diaLah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air(sperma), lalu dijadikannya mempunyai pertalian nasab dan hubungan kekeluargaan dan sememangnya Tuhanmu berkuasa_ (mencipta apa jua yang d kehendakiNya..)
( *Surah al Furqan 25:54*) 

*Fungsi air dalam Islam...*
1. _Sumber kehidupan..._
2. _Sebagai nikmat di Syurga..._
3. _Sebagai Alat bersuci.._
4. _Sebagai minuman Manusia, Haiwan dan Tumbuhan.._

*Pembahagian Air*
1. *_Air Mutlak.._*
2. *_Air Mustakmal.._*
3. *_Air Mutanajis.._*
4. *_Air Musyammas.._*

a. *Air Mutlak( _Air bersih_ )*
Dua sumber air Mutlak...
1. *_Air yg turun dari langit_*
2. *_Air yg terbit dari tanah.._*

Contoh air yg turun dari langit...
a. *Air Hujan*
b. *Air Salji*

Contoh air yg terbit dari tanah..
a. *Air Sungai*
b. *Air Laut*
c. *Air perigi*
d  *Air mata air*
e. *Air Kolam*
f. *Air paip*
g. *Air tapisan/mineral*

b. *Air Mutakmal(Air yg suci tp tidak menyucikan*
Tiga sifat air...
1. *Bau*
2. *Rasa*
3. *Warna*

*Contoh air mustakmal*

1. _Air yg d gunakan sesudah mandi junub.._
2. _Air yg d gunakan selepas mandi mayat.._
3. _Air yg d gunakan selepas memandikan orang gila yg baru sembuh.._
4. _Air yg d gunakan selepas memandikan orang kafir yg memeluk islam.._

c. *Air Mutanajis*
_Air Mutanajis adalah air yg terjatuh atau d masukkan kedalamnya najis, dan air itu pula sedikit dan bertakung.. Air ini menjadi najis walaupun tidak mengubahkan rasa, bau dan warnanya.._

c. *Air Musyammas*
_Air Musyammas adalah air yg d tempatkan di dalam bekas logam yg bley berkarat dan terdedah pada cahaya matahari. Air ini makruh digunakan ketika dalam keadaan panas tetapi sah penggunaannya untuk mengangkat hadas.._
hukumnya adalah *Makruh*

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Saturday, February 3, 2018

Kematian


🌹🌹

1. *Saat kematian..*

❤ *_Waktu@masa tanpa kita sedari bila ajal menjelma.. Kita merasakan hidup ni terlalu lama bg kita akan tetapi kita tidak menyedari iaitu tempoh hidup kita hanya sementara saja d muka bumi Allah ini.._*❤

2. *Cara kematian...*

❤ *_Kematian berlaku dalam pelbagai cara.. yg tidak mampu d capai melalui akal fikiran.. mcm tahu mcmmana kematian berlaku sekarang ni, melalui perbagai bentuk cara dari Allah untuk hambaNya.. Byk juga bentuk yg terjadi mengenai apa yg khatib cuba sampaikan.. contohnya, kemalangan dan selepas tidur.. Tidur dengan sempurna akan tetapi bila diri kita menyedari alam dunia sudah tidak bersama kita lagi.. sebagai hambanya kita patut bersyukur.._*❤

*3. Siapa yg tolong..*

❤ *_Saat kita meninggal siapa yg bersama kita.. Mgkin ramai orang yg akan menziarahi dan menolong hingga ke proses pengkembumian akan tetapi semasa kita d soal siapa yg bersama kita, yg lain tidak bukan melainkan hanya AMALAN.._*❤

*4. Apa yg di bawa..*

❤ *_Apa yg  maksudkan d atas sama juga cammana tajuk ke 4 yg di maksudkan iaitu amalan... amal kita d dunia.. Harta benda serta apa yg kita ada d dunia xsedikitpun membantu untuk kita d sana nnti.._*❤

*5. Apa yg kita buat sebelum mati..*

❤ *_Perkara yg perlu kita lakukan sebelum mati iaitu mencari bekal sebanyak mana yg bley iaitu amalan kita kepada Allah.. ada kita d kalangan kita lupa untuk apa kita hidup d dunia dan apa yg kita fikirkan selepas mati.. sekiranya hati ikhlas menerima atau memikirkan akan mati In Sya Allah segala apa yg kita lakukan sgt d redhai oleh Allah.. In Sya Allah.._*❤

Tajuk: *Kepimpinan

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Maksud *kepimpinan@pemimpin* adalah sebagai ketua untuk menentukan atau memimpin segalanya bagi orang bawahan.. terdapat 3 pembahagian pemimpin yg khatib sebutkan td.. *Negara,negeri dan Keluarga.*

*Tanggungjwb.*
Menentukan segala~galanya.. baik negara, negeri, kg dan family.. tiap2 seseorang adalah memiliki tugas tertentu.. termasuk juga dengan diri kita sendiri... sekiranya elok tanggungjwb yg kita jalankan malah akan elok la masa depan yg kita inginkan..
Pemimpin juga tugasnya adalah untuk membantu rakyat baik d negara, negeri dan kg... Pemimpin yg baik adalah dengan menentukan segalanya termasuk keselesaan tuk rakyatnya.. faktor utama yg harus d tekankan adalah agama.. d manakah agama yg kita letakkan dari pimpin bila terus jd pemimpin.. In Sya Allah, my pun dapat memikirkan juga kan pasal ni kan.
Sama juga untuk ketua keluarga.. agama n didikan betul harus d utamakn untuk melahirkan generasi yg bijak pandai d dalam sesebuah keluarga.. bijak pandai yg d maksudkan adalah apa yg kita lakukan tuk bertemu Allah d kemudian hari.. 

*Kesan* yg amat dasyat bg generasi sekarang sekiranya berlakunya keruntuhan akhlak yg x sepatutnya berlaku.. seperti dadah, ketum dan judi.. sekiranya masing2 tidak menjalankan tanggungjwb dengan sebaik mgkin akan terjadilah seperti apa yg kita melihat sekarang ni.. baik@buruknya...

Khatib juga berpesan supaya *Jgn cepat menilai kepimpinan atasan  malah tgk dulu akan  diri sendiri dan tanggungjwb diri kita sendiri* contohnya apa yg berlaku sekarang ini lebih2 lg yg melibat keruntuhan akhlak seseorang d kalangan kita.. ramai yg menunding jari ke arah pentadbiran negara yg ada la ni.. tp dalam masa yg sama kita sudah lupa perkara utama yg berlaku adalah d sebabkan dari ibu bapa sendiri.. didikan yg kurang sempurna..

Khatib juga berpesan supaya kita sama2 bersatu menegak kebenaran demi melahirkan negara yg harmoni d kalangan masyarat yg sejati..

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tajuk: Diri(Segera Mencari Amalan)

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Khutbah Jumaat: *02 Feb 2018*

1. Byk perkara yg mampu melalaikan kita tuk beramal soleh namun hanya 1 perkara saja yg terjadi d saat ini yg mampu melalaikan kita tuk mbataskan tuk kita berfikir akan akhirat... *Kita sibuk mengejar kekayaan sedangkan kita lupa akan akhirat.*

2. Kita semua sudah lupa iaitu dunia ibarat ladang iaitu tempat tuk beramal soleh.. tapi apa yg kita lakukan d sebaliknya...

3. Masa amat mencemburui kita.. ramai yg telah meninggalkan kita dan menanti waktu untuk d hisabkan segala amalan yg pernah kita lakukan.. Mgkin kita lupa akan nasib kita jua yg akan pergi pergi nnti buat selama2nya..

3. Dua perkara yg merugikan kita dan sering kali kita lupa..

a. *Masa muda menuju tua..*
b. *Masa untuk beramal...*

4. Kita kejar dunia dan sudah pasti Allah akan bagi kesenangan d dunia tp kalau kita kejar dunia akhirat Allah akan mencukupkan segalanya..

4. Manusia sering alpa dan lupa tujuan kita hidup d dunia n akhirat... sebagai hambaNya kita kena la pesan berpesan antara satu sama lain..

5. Dunia hampir menuju penghujungnya.. sama2 la kita beramal dan mencari bekalan lebih lg..

6. Jgn terlalu lalai dengan kekayaan dunia kerana ia mampu menghilangkan amal kita untuk akhirat..

Pesaan khatib:
*Segala amalan yg kita kejar dan kita lakukan sama2 akan d beri kejayaan d akhirat nnti... kerana itu janji Allah... In Sya Allah..*

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Tajuk: *ANAK*

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
 *30.01.2018*( *Masjid Al Zuhri Semeling* )
Penceramah : *Pu Yob.....*
Wakil Dari *Aman Palestin...*

Yang kita tahu anak asalnya lahirnya dari sesebuah family...

Selain daripada itu anak sgt istimewa juga sebagai pendinding dari pancaran api neraka...

Ibu bapa yg sabar semasa kematian anaknya yg masih kecil ianya akan menjadi pendinding dari api neraka..


Selain daripada itu nama anak juga memainkan peranan penting tuk d namakan... dan sedih juga d galakkan dalam islam bila ada kematian tp yg Nabi melarang adalah dengan meratapi kematian... contohnya menyalahkan Allah dlm setiap kematian..


Perkara tidak d galakkan dalam islam adalah seperti merancang untuk tidak meramaikan anak...... 
Sebab yg selalunya terjadi adalah kebanyakkan berkaitan dengan kerjaya dan personaliti diri seseorang...

Dalam pada masa itu kajian juga menyatakan yg janggut lelaki dapat melahirkan diri seorang yg subur dan dalam masa itu juga ia dpt menyuburkan tuk pasangan kita bermula dengan hormon...
Salah satu sebab utama kenapa Rasulullah menyimpan janggut.. Dan ia juga melambngkan kejatian sebagai seorang lelaki...

Keadaan ari ni juga kita dapat menyaksikan bertapa ramainya anak dari family yg sederhana dan yg sedikit dari family yg hidup dlm kemewahan...

Islam juga tidak menggalakkan kita merancang....

*"Takut la kamu akan api neraka walaupun dari sebuah tamar.."* Maksudnya jgn takut untuk memberi walaupun ianya hanya sebesar buah tamar....😇

Pasangan yg tidak ada anak hanya dengan adanya sifat sabar saja yg akan menjadi pendinding dari api neraka..

Anak adalah anugerah dan amanah dari Allah.. Selalunya kita akan mendalami bila berlakunya kederhakaan dari anak terhadap ibu bapa akan tetapi ada juga sifat derhaka tu dari ayah terhadap anak2.. Contohnya.....
1. *Tidak mencari ibu yg baik tuk anak iaitu agamanya...*

2. *Tidak memberi nama yg baik kepada anak dan mengajar anaknya akan Al Quran.... maksud ajar tu kalau xbley akan d galakkan tuk mewakilkan...*

Dan yang terakhir berkenaan kisah anak anak d palestin...

Seterusnya ciri yg Nabi galakkan tuk memilih pasangan... *Cantik* maksudnya bila sejuk mata memandang dan baik agamanya...

Sempat juga td menceritakan berkenaan kes penceraian yg berlaku... kontranya *sikap suami yg kejam bila selalu memukul isteri.. Di tanya kenapa kena pukul d sebabkan suami tidak dapat sabar dengan mulut isteri yg jahat..* dari situ kita dapat memikir d mana silapnya... Kes yg benar terjadi...
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Iman..* Mengenali makna dan kepentingan iman.....

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
*Kuliah Maghrib Isnin(29.01.18)*

*Antara tanda yg merosakkan iman adalah dari....*

1. *Dosa kecik*
2. *Dosa besar*
3. *Nafsu*
4. *Perbuatan*

*Jenis2 yg meruntuhkan iman..*

1. *Kwn*
2. *Family*
3. *Media@Teknologi..*
 tambah satu lg. *Kepimpinan*

*Orang yg baik d sisi Allah*
Dapat melawan nafsu yg tinggi dan mampu menambahkan lg keimanan yg tinggi bila meningati Allah..

*Orang yg xbaik d sisi Allah*
Bahaya bg orang yg imanya makin nipis kerana sentiasa d bayangi oleh *Syaitan* kerana ia mampu membuatkn suatu yg dpt menipiskn iman..

Fahami :
1. *Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah..*

Mengenali makna In Sya Allah diri kita tidak akan sesekali berada di dalam kesesatan....
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Tajuk: *Gerhana Bulan*

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Kuliah Maghrib: *Ust Abdul Halim*


*Khutbah Ringkas*

1. *Tanda2 kebesaran Allah iaitu terjadinya gerhana bulan...*

2. *Terus bertaqwa kepada Allah SWT dan mengikut segala ajaran yg d bawa oleh Rasulullah SAW..*

3. *Kebesaran d tuntut untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat dan d ikuti dengan adanya khutbah ringkas..*

4. *Gerhana bulan juga menunjukkan bertapa patutnya bulan pada perintah Allah*

5. *Dengan patuhan peredaran juga menunjukkan bulan sentiasa patut pada perintahnya melainkan tiba masanya bulan hilang dari pandangan dengan perintah dari Allah..*

6. *Hanya dengan Islam saja akan selamat kita d dunia mahupun d akhirat*

7. *Ikuti segala perintah Allah dan jauhi segala laranganNya..*

8. *Perubahan bentuk bulan juga menunjukkan bertapa hebatnya apa yg Allah ciptakan..*

Pesanan akhir dari khatib.....

*Perbanyakkan lagi segala amalan kita untuk Allah kerana pada hari bila d bangkitkan akan d catit segala amalan apa yg kita lakukan ketika di dunia...*

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹