☘☘☘☘☘☘☘
Mengisahkan tujuh pemuda yang cuba menyelamatkan agama..
Zaman selepas Nabi Isa diangkat ke langit.. Jadi ramailah yang semakin hilang arah dan tujuan kerana tak tahu pada siapa tempat rujukan.. Dan zaman tu juga zaman pemerintahan raja yang zalim.. Suruh menganut agama nenek moyang mereka.. Tetapi tidak masuk akal bagi 7 pemuda yang beriman ini kerana mengapa pula alam yang terbentang luas ini yang pastinya telah diciptakan oleh yang maha berkuasa tetapi mereka perlu menyembah berhala yang bisu dan tiada kuasa..
Maka mereka selalu mengasingkan diri untuk beribadah kepada Allah. Seperti mana dalam surah alkahfi: 15-16
Dan salah seorang dari 7 pemuda ni ditangkap semasa beribadah kepada Allah.. Dan dihadapkan kepada raja. Walaupun hukuman penjara dan bunuh terpaksa mereka terima, tujuh pemuda masih tetap pendiriannya.. Walaupun dicerca dan dihina, tetapi iman tetap utuh didada.
Berkata salah seorang daripada mereka:
*" sekalipun harta, pangkat dan segala-galanya diambil daripada tangan hamba, menyerahkan iman, berpaling daripada mentauhidkan Allah yang Maha Esa, sekali-kali hamba tidak terima. Laksanakan apa jua hukuman, akan kami terima"*
Perkataan itu telah menyebabkan si raja sangat marah.. Dan menghumban kereka ke dalam penjara. Pada masa yang sama puteri kepada raja itu mendengar lalu digerakkan hatinya oleh Allah untuk merancang membantu tujuh pemuda itu.
Dalam penjara pemuda-pemuda itu menyerahkan nasib mereka kepada takdir yang diputuskan Allah. Tidak putus-putus berdoa penuh pengharapan kepada Allah dan mengharapkan jalan keluar.
Pengawal penjara itu dengar doa mereka dan tersentuh, si puteri pun sampai dipenjara dan sama2 membebaskan pemuda-pemuda itu. Mereka bersepakat berlari dan menyembunyikan diri kedalam gua.
Surah alkahfi:10
*"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".*
Dan masa itu seekor anjing megekori mereka, walaupun dihalau namun masih juga mahu bersama, dianggap anjing itu mempunyai niat yang sama.. Dan anggap anjing itu boleh mengawal keselamatan mereka. Mereka beristirehat disangka sehari rupanya 309 tahun. Sebangkitnya, lapar dan dahaga menyebabkan mahu membeli makanan namun mata wang dah berbeza. Dan raja pun dah bertukar. Rupanya ketika itu zaman pemerintahan seorang raja yang tawaduk dan mulia.
*"Benarlah janji-janjiMu, ya Allah. Sesungguhnya Engkau berserta hamba-hambaMu yang taat dan menjunjung segala perintahMu, ya Allah. Dengan kekuasaanMu kami terselamat daripada bahaya yang paling kami takuti selama ini."*
Firman Allah dalam surah yasin: 82,
*"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia mengkehendaki adanya seseuatu, hanya Dia berfirman kepada hakikat benda itu, "Jadilah engkau, Maka ia terus menjadi"*
☘☘☘☘☘☘☘
No comments:
Post a Comment