iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Thursday, November 29, 2012

setiap orang yg beriman itu akan diuji

Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita:
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: “aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.
Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Ahirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya:
 “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibubapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakana kepada mereka berdua tukang sihir telah menahanku.
Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, 
“Pada hari ini, aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih Engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.”
Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati (orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya).
Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: 
“Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, engkau akan diuji nanti. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentang ku.
Budak tersebut berjaya mengubati penyakit kusta dan sopak. Dan juga dapat mengubat semua penyakit yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit hingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut, dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut: “semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.”
Budak berkata kepadanya:
 “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu.” 
Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sedia kala.
Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: 
“Siapa yang mengembalikan penglihatanmu?”
 Kata pembesar tersebut: 
Tuhanku.” 
Raja sangat marah dan mengatakan:
 “Ada ke tuhan lain selain dariku?”
Lalu pembesar tersebut ditangkap dan diseksa hingga dia pun membonngkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: 
“Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini.”
Lalu budak itu menjawab:
 “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah.” 
Lalu iapun ditangkap dan terus diseksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan seksaan).
Lalu rahib pun ditangkap. Ia diserahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak.
Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.
Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata:
 “Balik semula kepada agama asalmu.” 
Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka:
 “Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah:
 “Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.”
Tiba-tiba bukit bergegar dab jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. 
Raja bertanya: “Mana dia kawan-kawanku?” 
Jawab budak: 
Allah telah menolongku menghadapi mereka.” 
Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata:
 “Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan ia ke dalam laut.”
Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. 
Raja terkejut dan bertanya: “Mana kawan-kawanku?” 
Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.”
Lalu budak tersebut berkata kepada raja: “Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta.
 Tanya raja: “Apa dia?” 
Kata budak: “Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.
Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. 
Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia. (Tiba-tiba orang ramai berkata: 
“Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada Tuhan budak ini.”
Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan: “Telah berlaku apa yang aku tidak mahu ianya berlaku.” 
Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak, akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.
Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: 
“Wahai ibu, sabarlah. Engkau berada di atas kebenaran!”
Hadis riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq), Tarmizi (No.3263 Kitab Tafseer al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadhus Solihin di bawah bab Sabar.
*di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada dalam riwayat Tarmizi
Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa:
Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Omar r.a telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan di bawah telinganya yang masih luka.


************************************************************************************************************

Mungkin sahabat-sahabat tertanya-tanya, jadi apa kaitannya hadis ni dengan kita? Hakikatnya, hadis ini nak ajak kita semua kembali menjadi ghulam atau remaja yang soleh dan musleh, yang baik dan cuba menjadikan manusia lain juga baik. Nak senang faham kaitan hadis ni dengan kita, dapatlah disimpukan:

1) ghulam – kita golongan remaja
2) ilmu sihir – macam ilmu duniawi yang kita pelajari seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain lagi
3) tukang sihir – macam pensyarah-pensyarah kita di universiti atau cikgu-cikgu di sekolah yang mengajar kita ilmu duniawi
4) ilmu yang dipelajari dari rahib – macam ilmu agama yang kita pelajari dalam usrah, atau dari guru-guru agama kita, ilmu yang benar..

5) rahib – macam ustaz atau ustazah, naqib dan naqibah


Kita tengok ghulam ni. Dia belajar ilmu medic sahaja ke? Atau dia belajar agama dalam usrah sahaja? Dia belajar dua-dua benda. Ada di kalangan kita yang hanya tahu score dalam exam sahaja, tapi tidak tahu langsung pasal agama. Bila ada yang ajak pergi usrah/ program agama, rasa malas. Ada pulak yang hebat sekali dalam ilmu agama sahaja, akademik hancur belaka. Maka jadilah macam ghulam, balance dalam aspek duniawi dan ukhrawi.
*KISAH INI ADA KAITANNYA DGN SURAH ALBURUJ..  BACALAH~:)
#PENGAJARAN LAINYA
mmg sunatullah ,, setiap mukmin akan diuji/ditindas
didunia,
 #boleh jadi mukmin itu menang utk menunjukkan kekuasaan Allah atau ingin membuktikan islam itu agama kebenaran dan hebat
#boleh jadi juga kalah,, utk memberi kesedaran kpd orang ramai ttg kesilapan atau sesuatu yg perlu diperbaiki lagi dan mungkin juga untuk mmberi hidayah kpd orang lain,,
# walau pun ditindas didunia,, ingat la,, keperitan itu hanya sementara hanya sehingga kita mati,, jika dibandingkan dgn nikmat yang abadi yg telah Allah janjikan kpd orang mukmin dia akhirat,, mmg tiada tandingannya..jadi,, BERSABARLAH! 

Wednesday, November 28, 2012

apabila jatuh cinta?


Tidak seorang pun daripada manusia yang mampu membohongi hakikat, bahawa di dalam tubuhnya itu ada hati. Dan hati tersebut pula diciptakan oleh Allah dengan satu keistimewaan, iaitu menjana al-hub yakni rasa cinta,kasih dan sayang.
Itulah yang dinamakan sebagai fitrah.
Menidakkan peranan dan hakikat fitrah seumpama cuba menukar manusia menjadi satu makhluk yang lain. Kerja yang sia-sia dan hanya mengundang derita tiada sudah.
Justeru terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama bercakap dengan diri sendiri. Bisikkan kepada diri sendiri bahawa tidak ada salahnya mengakui hakikat penciptaan seorang manusia, yang ada jiwa dan ada cinta.
Islam tidak pernah menyekat fitrah dan naluri manusia. Jika manusia melihat Islam sebagai suatu peraturan dan cara hidup yang menyekat, bermakna manusia tersebut masih belum mengenali Islam dalam ertikata yang sebenar.
TERIMA HAKIKAT, FAHAMI DAN BERTINDAK
Lihatlah jam di dinding. Perhati detikan jarum panjang dan pendeknya. Renungi dan tanamkan dalam diri anda, bahawa lambat laun fitrah dalam diri tetap akan bersuara. Kebenaran itu tidak bisu. Sampai masanya, ia tetap akan bercakap dengan anda.
Menyedari hakikat tersebut, maka jalan yang bijak bukanlah ‘memerangi’ sebaliknya bersedia untuk menerima. Jangan perangi fitrah dalam diri anda mahupun diri orang lain. Apabila seorang saudara anda mengeluh jatuh hati atau jatuh cinta, jangan dikecam orang tersebut. Begitu juga apabila hati anda bersuara dengan jelas kepada anda tentang fitrahnya, maka jangan dikecam jiwa anda sendiri.
Jika dari awal, anda menyediakan otak untuk ‘menerima’ dan bukannya ‘memerangi’ , maka saya kira anda boleh bertindak dengan lebih rasional, matang dan bijak. Bertindak atas dasar kefahaman dan bukannya emosi semata-mata.

PANDU KE JALAN SELAMAT
Anda perlu faham bahawa jatuh cinta itu bukan suatu kesalahan. Jika ditakdirkan tiba-tiba anda terjatuh hati, atau terpikat, atau tersuka kepada seseorang yang mana sebelumnya perasaan tersebut langsung tidak ada, maka terima dan raikannya perasaan ataupun ‘suara jiwa’ anda terlebih dahulu.
Ini kerana ada golongan yang kelihatannya langsung tidak mahu bertolak ansur dengan suara jiwa mereka sendiri. Kata mereka itu suara Syaitan. Suara nafsu. Bukan suara Iman. Lantas mereka bersifat keras terhadap suara jiwa mereka sendiri, dan lebih malang apabila orang sekeliling mereka turut dipaksa untuk mengambil pendirian yang sama.
Meraikan suara jiwa anda bukan bermakna membiarkan diri anda hanyut. Itu kena jelas.
Sebab itu saya bercakap soal panduan. Setiap masalah, ada penyelesaian. Setiap perkara, ada tempat duduknya. Soal hati dan perasaan juga begitu. Ada tempat duduknya sendiri. Justeru menafikan tempat duduknya adalah suatu bentuk kezaliman.
Raikan perasaan suka. Raikan perasaan minat. Raikan perasaan terpikat. Jangan kecam dan jangan salahkan diri sendiri. Ini step yang sangat penting ketika anda jatuh cinta.
Kemudian, setelah anda mampu meletakkan diri anda dalam konteks yang betul, stabil dan meraikan bahasa jiwa, maka barulah anda boleh ‘memandu’ fitrah tersebut ke jalan yang sepatutnya.

PANDUAN PERTAMA : HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Ini paling penting. Saat jatuh hati dan terpikat itu, bagaimana sebenarnya hubungan anda dengan Allah? Solatnya bagaimana, zikirnya bagaimana, bacaan Al-Quran dan amalan sunat yang lain di tahap mana?
Ini kerana, suara hati yang selamat adalah suara hati yang paling teguh dan kukuh hubungannya dengan Allah. Di dalam hadith Nabi s.a.w menyebut bagaimana hati boleh menjadi hitam, gelap dan keras akibat daripada amalan dosa tanpa taubat.
Justeru hati yang seperti itu – semoga Allah jauhkan – bicaranya sangat bahaya. Bicaranya lebih condong ke arah kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan. Maka berhati-hati. Tatkala mahu mendengar suara hati tersebut, perbaiki dahulu perhubungan dengan Allah ta’ala.

PANDUAN KEDUA : IMAN ATAU NAFSU
Tanya kembali pada hati, apa yang membuatkan anda terpikat? Anda mungkin sukar untuk jujur dengan orang lain. Tapi anda secara hakikatnya boleh jujur dengan diri sendiri. Kalau faktor rupa paras atau bentuk tubuhnya sangat dominan di pertimbangan anda, besar kemungkinan anda akan berdepan dengan jatuh hati pada banyak lagi keadaan yang lain. Maknanya, hari ini terpikat dengan Timah, esok dengan Yati pula. Lusa nampaknya Ina lebih baik, dan sebagainya.
Tetapi jika faktor budi bahasanya, atau kecantikan akhlaknya yang mendominasi, anda lebih dekat dengan zon selamat. Tinggal lagi untuk mengawal dan mengemudi hati ke landasan yang sepatutnya.

PANDUAN KETIGA : MASUK SECARA TERHORMAT
Dalam Islam, bab hubungan manusia sesama manusia adalah bab yang diperakui. Tidak ada mana-mana bahagian pun dalam Islam yang mencacatkan atau menidakkan soal hubungan manusia sesama manusia, sebaliknya sangat dititkberatkan dan disertakan pula dengan pelbagai panduan dan peraturan.
Maka untuk menyambut suara hati dan memandunya ke jalan selamat, cara terbaik adalah dengan ‘masuk’ secara terhormat. Masuklah ke dalam hidupnya dengan cara yang paling baik. Bukan melalui pintu belakang.
Rumah buruk macam mana sekalipun, kalau kita masuk ikut tingkap atau pintu dapur, tuan rumahnya tetap pasti merasa marah.

PANDUAN KEEMPAT : KETUK PINTU DENGAN ADAB
Sebelum masuk ke rumah orang, terlebih dahulu ketuklah pintu dan berilah salam. Kita sebagai tetamu, kalau datang dengan cara baik, insyaAllah tuan rumah juga akan layan kita dengan cara yang baik.
Apa yang penting adalah kita lakukan dengan adab sebagai seorang muslim. Cara untuk ‘mengetuk pintu’ itu pelbagai. Samada sendiri atau menggunakan perantaraan seperti orang tengah dan sebagainya.

PANDUAN KELIMA : MENGENAL BESAR DAN LEBIH BESAR
Ketika perasaan tersebut menyesak jiwa dan mengganggu hati kita, biasanya kita terdorong untuk menganggap bahawa itulah persoalan paling besar yang perlu diatasi. Dengan apa cara sekalipun, perasaan tersebut mesti tertunai dan si dia mesti dimiliki.
Sebab itu ada yang mengistilahkan ia sebagai soal ‘hidup dan mati’. Seolahnya, kalau tak dapat akan menderita hingga mati.
Islam ternyata lebih awal menyediakan solusi untuk kita. Islam mendidik kita supaya membezakan antara perkara besar dengan yang lebih besar. Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda tentang takdir : Telah diangkat kalam dan telah keringlah dakwat.
Bermakna, semua perkara telah ada ketetapannya, termasuklah apa yang sedang kita usahakan. Justeru, melipatgandakan usaha dan ikhtiar itu tidak salah, cuma perlu dikawal supaya tidak ‘mencabar’ perkara yang lebih besar iaitu TAKDIR.
Paling cantik, mantapkan dahulu iman dan keyakinan dalam diri sebelum ‘mencabar’ diri untuk tampil ‘mengetuk pintu’.

PANDUAN KEENAM : BAHAGIA DAN TERSENYUM
Dalam melaksanakan beberapa panduan di atas, kita akan berdepan dengan beberapa natijah :
a) Dia yang kita suka pada awalnya, tetapi apabila diperhalusi rupanya kesukaan tersebut lebih diserabuti duniawi semata-mata, lalu kita kembali memperkasa cinta hakiki sebelum akhirnya menemui sejenis ketenangan padanya. Lalu kita tersenyum dan bahagia.
b ) Dia yang kita suka, rupanya juga menyukai kita, dan jalan ke arah pernikahan begitu mudah pula. Akhirnya bersatu di alam rumahtangga. Lalu kita tersenyum dan bahagia.
c ) Dia yang kita suka atau terpikat, rupanya sudah mempunyai seseorang di hatinya. Lalu kita bersabar dan merujuk kembali kepada perkara lebih besar iaitu soal takdir. Akhirnya kita temui ketenangan sebelum mampu tersenyum dan bahagia.
d ) Dia yang kita suka rupanya tidak ditakdirkan untuk kita, tetapi dalam waktu yang sama Allah bukakan jalan baru untuk kita dan dengan mudahnya keperluan kita terlaksana dengan seseorang yang kita sendiri tidak jangka. Akhirnya kita tersenyum dan bahagia.
Dalam apa keadaan sekalipun, kata kunci untuk tersenyum dan bahagia adalah REDHA. Justeru sangatlah penting untuk memegang panduan pertama yakni soal hubungan hati dengan Allah dalam menelusuri panduan-panduan seterusnya.
Yang penting, kita yakin bahawa setiap orang ada takdirnya masing-masing. Justeru mengapa tidak kita dan mereka berbahagia dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas setiap daripada kita?
from : http://www.myilham.com/blog/2011/10/panduan-ketika-jatuh-cinta/
sebarang pendapat atau teguran, harap sudi dikongsikan dirunagan komen.. terima kasih 

Sunday, November 25, 2012

instead of helping gaza, help ourselves as well

everyone is aware with our brothers and sisters in Gaza. Alhamdulillah, everyone is keep on praying for them keep it up! pray even more and! they are our brothers and sisters! we must help them.. do all the best to help them prayers, donation, boycott and many other ways.. 

 somehow, we need to reflect and think,, that there are always reasons why they are there and we are here.. one of them, perhaps, our imaan can't compete their's! they need to go through hardships every day and night. but they keep on standing without thinking of giving up! they do everything the sake of Allah, they face everything with faith. they fight with the spirit of Jihaad

 knowing that, are we just going to keep doing nothing?? come on,,make a change! let's improve our imaan repent from what's wrong and find the ways to do what's right! besides helping them, don't forget to help ourselves as well.. aim for jannah.. work hard to be there with the syuhada' 

 we are muslims! behave like one!

Saturday, November 17, 2012

help gaza by what??

tears drop while seeing what's happening in Gaza...

we hate Israel ! Save Palestine! 


that's what came out from the lips, right? we really want to free Palestine and don't want the world to have any war again! especially to the innocents! Muslims!


indeed ,,
Allah has promised that Palestine will win!

they are fighting for the sake of Allah,, for sure Allah will never let those energy and hardship to be useless...
We, muslims believe in the promises of Allah!
one day,, Palestine will free.

but, are we heartless to just sit and watch all those Muslims, our brothers and sisters in Palestine been killed everyday? their blood are too precious to be dropped just like that! we must do something.

dont you dare to say,

 " poor them, but i can't do anything! i am just nothing.. who am I to fight with those Zionist  "



we can! yes, we can and we must do something! help our brothers and sisters there!!

Praise be to Allaah.

1. You have to make du’aa’, and recite du’a’ al-qunoot in your salaah (prayer).
    #don't forget to take care of our good deeds and halal foods, coz that's very very important to make sure our doa will be accepted by Allah!!

2. Collect charity and send it through trustworthy channels.

3. Support the weak and oppressed in all ways, including the media and the internet.

4. Get scholars, daa’iyahs, khateebs and writers to explain the oppression that is happening and the negligence on the part of the ummah, and to mobilize the ummah to defend the holy places.

5. Check on one’s own intentions with regard to fighting for the sake of Allaah, and see whether he is applying the hadeeth of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him):

“Whoever dies without having fought for the sake of Allah or having had the intention of doing so, has died following one of the branches of hypocrisy.” 

(Saheeh Muslim, no. 3533)

 6. Pursuing all the means of building up material and moral strength, in preparation for meeting the enemy (in battle).

7. Reminding oneself and others of the virtues of martyrdom for the sake of Allaah and studying the rulings on jihad, and not having an attachment to this world.

8. Doing as much damage as possible to the enemies who are in a state of war with us, by boycotting their products, attacking them verbally and in writing to humiliate and annoy them, and to point out their kufr and shirk, and their insults to Allaah, His Messenger and the believers, publishing as much as possible in the audio-visual and print media about this serious topic whilst also connecting that to Islamic belief and the words of Allaah and His Messenger,

We ask Allaah the Exalted and All-Powerful to support His religion and cause His word to prevail.


besides, helping them, we ought to learn! learn something! learn to be a better slave of Allah!! 

learn from how the Palestinians fight with the spirit of JIHAD! yes, they are weak.. but their faith to ALLAH are very strong..

imagine. if we are at their places! dont be so confident that we can do better! there are always reasons why we are here and they are there! because they faith are stronger! 

THEIR IMAAN ARE BETTER! 

wake up dear brothers and sisters, we should learn something from them! be a better muslims! be a mu'min! show to the world that the deen of Allah is the best and greatest! 

http://www.muslimaid.org/index.php/what-we-do/current-campaigns/370

source : http://www.kalamullah.com/gaza.html

Monday, November 5, 2012

thoughts and reality

orang kata, 

~jual mahal sangat,, nanti kawin lambat baru tau,,

~solat jemaah lama sangat, exam dah x lama,,nanti masa nak studi x byk

~tolong orang buang tenaga, byk lagi benda boleh buat untuk diri sendiri..

~sedekah itu mengurangkan duit, boleh beli byk lagi benda lain dgn duit tu..

fikir macam tu? cuba fikir sekali lagi.. apa yang kita nak capai sebenar nya?? 
siapa yang tetapkan semua tu?

klu kita jaga diri, jaga maruah, orang kata jual mahal dan nanti kawan lambat,,.,.
x pe la.. tu orang yang kata.. siapa mereka nak tentukan semua tu??
selagi kita ikut perintah Allah,, kita akan bahagia..

klu orang kata solat jemaah itu leceh dan hadiri majlis ilmu itu akann kurang kan masa untuk study, x pe la.. kita bukan nya nak masa yang banyak untuk studi..
kita nak masa yang berkualiti untuk studi.. dan yang paling penting,, 
cemerlang atau gagal dalam exam tu,, Allah yang tentukan..
selagi kita lakukan sesuatu kerana Allah,, yakinlah Allah akan tolong dan berikan yang terbaik untuk kita..

klu tolong orang tu dikatakan buang masa dan tenaga, dan sepatutnya kita gunakan masa untuk diri,, ingat lah,, kita hidup untuk siapa??Allah x jadikan kita melainkan untuk jd khalifah dan untuk beribadah.. tolong orang bukan khalifah? tolong orang kerana Allah itu bukan ibadah? tolong orang tu ke arah kebaikan itu perintah Allah

sedekaah itu mengurangkan duit? anda yakin? duit itu rezeki bukan? rezeki itu Allah yang tentukan betul? sekali lagi,, apa tujuan hidup kita ?? kerana Allah! rezeki yang di kurniakan tu,, guna kan lah ke jalan Allah.. bukan nya semua pun duit nak suruh sedekah.. sikit je.. untuk tolong orang yang lebih memerlukan.. ingat,, bila duit kita bersih, insyaAllah Alllah akan tambah kan rezeki.. 

HIDUP LAH KERANA ALLAH.. UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH.. 
IKUT LAH PERINTAH ALLAH, BUKAN IKUT APA ORANG KATA..
YAKIN DENGAN KUASA DAN JANJI2 ALLAH..
INGAT PASTIKAN PILIHAN KITA TINGGAL DUA SAHAJA..
HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID..:)

* peringatan untuk diri dan bersama..
teguran atau pendapat amat dialu2 kan..:)