الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاَقُوا رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“(iaitu) orang-orang yang meyakini akan pertemuan dengan Tuhannya, dan menyedari bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”
[ 2 : 46 ]
Ibnu Mas’ud radhiyallahu’anhu mengatakan; suatu ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku; “Bacakanlah al-Qur’an kepadaku.”
Maka ku katakan kepada beliau, “Wahai Rasulullah, apakah saya bacakan al-Qur’an kepada anda sementara al-Qur’an itu diturunkan kepada anda?”
Maka beliau menjawab, “Sesungguhnya aku senang mendengarnya dibaca oleh selain diriku.”
Maka akupun mula membacakan kepadanya surah an-Nisaa’. Sampai akhirnya ketika aku telah sampai ayat ini (yang ertinya), “Lalu bagaimanakah ketika Kami datangkan saksi bagi setiap umat dan Kami jadikan engkau sebagai saksi atas mereka.” (QS. an-Nisaa’ : 40).
Maka beliau berkata, “Cukup, sampai di sini saja.”
Lalu aku pun menoleh kepada beliau dan ternyata kedua mata beliau mengalirkan air mata.
(HR. Bukhari dan Muslim).
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Ada dua buah mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka; mata yang menangis kerana takut kepada Allah, dan mata yang berjaga-jaga pada malam hari kerana menjaga pertahanan kaum muslimin dalam [jihad] di jalan Allah.” (HR. Tirmidzi [1639], disahihkan Syaikh al-Albani dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi [1338]).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehinggalah susu [yang telah diperah] boleh masuk semula ke tempat keluarnya.”
(HR. Tirmidzi [1633])
(HR. Tirmidzi [1633])
~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~
Kepada semua sahabat yang sudi membaca artikel ringkas ini, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar diri kita sentiasa diberi kekuatan & petunjuk untuk mengamalkan apa-apa yang kita sampaikan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk tindakan iman.. ^^ Andai ada yang hendak ditegur, tegurlah.. jangan tangguh-tangguh, agar diri ini dapat dikoreksi. Andai ada yang ingin ditambah, silakan memberi pandangan. Tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat semua amat diperlukan oleh diri yang lebih banyak mengatakan 'tidak tahu' ini. ^^
No comments:
Post a Comment