Tak sangka rupanya bahaya kita bekerja di tadika. Aku sebenarnya amat bersyukur diberi peluang berkerja disana. Aku sedar betapa beruntungnya aku diberi pengalaman sebegini diusia ini. Aku masih bujang. Di tempat kerja, ada dua orang yang dah berumahtangga dan yang lain belum. Sedar tak sedar aku ada beberapa orang anak. Percayalah, aku betul-betul rasa macam diorang tu anak aku. Bila aku tengok muka dan gelagat diorang, aku boleh menitik air mata. Bila aku rasa geram, ada jugak aku marah dan nasihat macam mereka tu anak aku sendiri. Secara tak sengaja, aku dah ada gambaran, cara didikan yang macam mana yang aku nak bagi pada anak-anak aku nanti, insyaAllah.
Aku dah pandai bancuh susu, basuh najis, mandikan, tidurkan mereka. Alhamdulillah. Bukan sahaja aku dah dapat tingkatkan ilmu cara untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak, aku juga dapat belajar cara-cara mengurus mereka. Itu aku dah agak, dan memang itu pun antara sebab aku nak kerja situ.
Tapi yang agak pelik ialah, aku sudah mula ada bayangan tentang aku nak bapa yang bagaimana untuk anak aku nanti. Sudah ada beberapa bapa students aku yang aku amat kagumi. Serius, aku takde la nak kebas atau jatuh cinta pada suami orang, tapi seikhlas hati, aku ada impian yang jelas, harapkan pasangan aku nanti boleh jadi bapa yang mungkin sebegitu. Aku dah mula sedar yang tiada manusia yang sempurna. Tetapi aku tahu yang ada perkara yang aku betul-betul mahu dalam diri seorang lelaki dan ada beberapa perkara yang aku boleh toleransi.
Aku tak tahu lah ni baik atau bahaya. Aku takut aku terlalu memilih, tapi dalam masa yang sama, aku bersyukur sebab aku diberi peluang ini untuk aku lihat dengan mata kepala aku sendiri, manusia yang bagaimana yang aku cari. Tapi ingat My, tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Hidup ni penuh dengan ujian. Tapi banyakkanlah berdoa.
But aku ni takdelah kerja nak usha bapak orang, aku usah sama mak mak students. Aku rasa banyak jugalah aku sedar, sejak jadi guru tadika ni. Since almost everyday aku akan somehow berjumpa dengan parent dan berkomunikasi dengan parents di pintu pagar, bolehlah sedikit sebanyak lihat dan nilai bagaimana layanan seorang ibu(dan bapa) melayan anaknya. Bukan apa, walau pun just 2 minit, kami guru tadika boleh nampa perbezaan layanan yang diberikan orleh each parents kepada anak mereka. Especially when ada students yang nakal dan ada students yang baik, dan ada students dan ngada-ngada. Ada jugalah pola dan trend untuk dianalyze. Tapi sangat confusing sebab kebanyakan yang nakal ni lah yang pandai. Yang baik ni kurang sikit bijak dia. Yang ngada-ngada ni selalunya sama ada sebab ada rupa atau bijak. Tapi dari segi parenting, rasanya, yang nakal ni yang mak ayah kurang masa bersama dengan anak kat rumah. Kalau mak ayah banyak masa melayan, boleh jadi pandai tapi boleh juga jadi ngada-ngada. Tapi insyaAllah klu mak ayah ada masa kat rumah, ni geng-geng yang behave lah.
No no, these are just my observation. Takdelah nak pukul semua sama rata. Cuma aku diusia yang masih terumbang-ambing ni, dah mula lah rasa termotivated nak jadi wanita yang macam mana, belah mana nak kena perbaiki dan belah mana nak kena buang. Acece..
Tak dapat tidak, dah mula lah rasa macam nak ada rumahtangga sendiri, nak ada pasangan sendiri, dan pastinya anak-anak sendiri. Ye lah dah mula lah yakin yang aku ni memang minat dan suka la dengan budak-budak :) nomeyyy je depa nihhh.
Namun, tak juga lah aku nak terburu-buru. Bak kata orang, berhati-hatilah dalam memilih pasangan. Kita nak duduk dengan dia bukan sebulan dua. Kita nak hidup dengan dia seumur hidup. Kita pun kena ada progres baiki diri. Cukupkan apa yang belum, banyakkan apa yang kurang dan kurangkan apa yang lebih. Doa jangan putus. Jodoh itu memang rahsia Allah. Mungkin di dunia, mungkin di akhirat, Yakin sahaja dengan perancangan Dia.
No comments:
Post a Comment