iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Wednesday, June 24, 2015

DAH ADA BOYFRIEND?

Sejak balik malaysia, takde pun post apa2. Banya sebenrnya dah tulis, tapi rasanya tak payah lah share. Ini, lain.

Tak tau la soalan ni berapa banyak kali aku dapat sejak balik Malaysia ni lepas 2 tahun.

Bila aku cakap tak, orang tak nak percaya. Aku tak tau la nak respond macam mana lagi.

Ayat femes lain, KAT IPT LA NAK CARI JODOH.  Nak gelak pula bila orang kaitkan jodoh tu dengan boyfriend. Aku dengan prinsip aku, tak nak bercinta sebelum nikah.  Tp orang lain suruh aku couple. Kenapa?

Aku takde masalah pun klu orang lain nak couple, tp aku personally tak prefer. Aku just rasa, klu jumpa someone, kahwin je la terus, tp respond yang banyak aku terima, INGAT SENANG?

Tak kata senang pun. Cuma aku tak minat nak ada boyfriend. Orang tanya aku balik, SERIOUSLY TAKDE PERASAAN NAK BERCINTA? Tak, tak kata tak de perasaan nak bercinta pun. Cuma tak nak ada boyfriend.

Dah tu? Aku percaya pada jodoh. InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki, adalah someone sudi amik aku jadi isteri, bukan mintak aku jadi girlfriend. 

TAKKAN TAK DE ORANG MINAT? Aku sebagai manusia, memang la ada minat tp, malas la nak layan perasaan tu. ORANG MINAT KAT YOU? Tak! Haha, mana lah tau, biaq kat depa la. 

TAK DE ORANG CONFESS? Seeeebok!! Memang ada, tp bia je la, diorang nak jujur. Tak tahu pun nak buat reaction apa atau nak respond macam mana. Maaf la ye, klu ada yang penah confess tp i tak layan. Memang tak nak layan. Ya saya appreciate your feelings but what can i do? Klu pun saya minat kat awak, selagi kita takde ikatan yang serius, aku/saya/i malas nak fikir. Malas nak hanyut.

LA, DAH TU, MACAMMANA NAK TEMU JODOH? Tu kan kerja Allah. Ceyyy ayat~~~ takde la, aku ni bukannya jual mahal ke apa, aku ni pemalu orangnya. InsyaAllah aku takkan approach lelaki, bukan stakat ajak kawin, nak approach tanya khabar pun jenuh.

Ye, memang ramai lelaki cakap aku sombong, dan aku tak kisah. TIPU! mesti la kisah jugak. Tapi tak jadi hal besar la untuk aku. Aku memang tak pandai senyum depan lelaki. Aku tak selesa dan aku tak nak undang benda lain. Aku tak minat nak dibuai rasa cintan cintun yang tak bawa ke mana.

PATUTLA SINGLE! RAMAI LAKI TAKUT RUPANYA. Ha'ah tepat sekali, ramai lelaki takut. Bagus jugak. Aku bukannya hidup untuk puaskan hati sesiapa pun. Aku ni manusia berprinsip dan banyak prinsip. Pendapat aku, kalau seseorang tu tak boleh respect pendirian aku, aku tak berminat ubah prinsip aku semata-mata untuk buat orang suka kat aku. Aku akan ubah sikap buruk dalam diri aku dari masa ke semasa, tapi bukan prinsip selagi ianya tak salah. KALAU SERIUS SUKA, merisiklah. Bagitahu hasrat tu elok-elok. Nak kenal aku, tanyalah family dan kawan-kawan. Jangan tertipu dengan mata sendiri. Mana lah tahu, aku ni belakon? Nak mintak biodata pun aku boleh bagi.

TAK TAKUT KE KAWIN LAMBAT? Biar lambat asal selamat! :) lambat pun lambat la, janji kawin :P tak la, aku mestila teringin nak kawin awal, apa yang lebih penting ialah perkahwinan yang diberkati.  Apa yang aku pernah lalui dalam hidup aku buat aku lebih matang dan insyaAllah jelas dengan apa yang aku mahukan dalam perhubungan.

Aku dah belajar banyak sangat perkara, takde la nak kata aku ni pandai, tapi insyaAllah berilmu lah sikit tentang semua ni. Aku memang memilih orangnya. Aku ada beberapa character yang aku mahu bakal suami aku ada. Tapi taklah yang luarbiasa. Sebab aku ni pun bukan baik sangat. 

SO, DAH SEDIA NAK KAWIN? Aku, macam orang lain jugak, sedang mempersiapkan diri. Banyak segi. Banyak sangat. Bukan lah siap kan diri untuk kawin je. Untuk mati sekali. Yelah. Hidup ni bukan untuk kawin je. Hidup untuk mati. Kawin tu tak pasti, tapi mati tu sangatlah pasti. Aku tak kisah la, kahwin waktu belajar ke, waktu kerja , atau di syurga. Harapan, semoga membawa menuju Allah.

Aku tulis post ni bukan suka-suka. Aku fikir panjang sebelum post kat blog. Aku tahu, ini memang post peribadi. Tapi sebab ramai jugaklah yang tanya, aku malas dan nak pusing-pusing ayat. Atleast, bila tulis, aku tahu apa yang aku fikirkan sebenarnya. Aku post sebab, ada lah sebabnya. InsyaAllah tak memudaratkan. 

Aku tahu raaaaamai  orang berhadapan dengan situasi yang sama dengan aku. Jadi, saja tulis ni, memang untuk orang yang tak paham perasaan macam kami ni, cuba paham. InsyaAllah.

ye, aku nak kawin awal sebab takut terjebak dengan maksiat dan kealpaan. Apapun, Allah knows best!
 







No comments:

Post a Comment