Macam tak sangka aku akan tulis benda ni tapi, hakikatnya, aku kena tulis juga.
Straight to the point, i met this one guy, and you know where this story will take us too..
Yes, aku kenal dengan seorang lelaki. Lelaki yang bagi aku lain dari yang lain, mungkin bagi orang lain biasa sahaja orang nya. Tiada apa yang istimewa sangat. Kerana dia bukan anak orang kaya. Dia bukan bekerja gaji puluhan ribu. Dia bukan berpangkat besar.
Tapi dia istimewa. Aku tak mahu bercakap pasal jodoh, kerana jodoh itu rahsia Allah. Bukan aku tak yakin, malah aku mendoakan yang terbaik.
Tapi apa yang lebih aku nak fokuskan adalah hadirnya dia mengubah pandanganku terhadap kehidupan.
Aku rasa aku banyak berubah, tanpa dia sendiri sedar atau mahukan. Banyak perkara kecil dan besar yang aku belajar dari dia secara tak langsung. Aku kenal dia baru beberapa bulan, tak lebih setahun lagi. Tapi aku rasa macam dah lama sangat.. Banyak benda aku kagum dengan dia.
Ok lah, bukan nak puji sangat, tapi ada beberapa perkara yang aku sendiri baru sedar:
1) Bila drive, tak perlu selalu tekan minyak sebab nak cepat sampai. Drive dengan tenang pun boleh sampai, kan?
2) Education is important tapi jangan sempitkan pemikiran dengan pendidikan itu hanya ada yang formal
So maksud aku ttg yg pertama tu, we just don't really have to rush everything.
Aku sedar yang hidup aku terlalu laju, maksud aku, seolah-olah semua benda nak cepat, semua benda nak kalut. Aku tak tahu kehidupan orang lain macam mana.. Dan masyarakat kita sekarang pun banyak nak contohi orang jepun sebab diorang jalan laju, kan. Dan berjalan laju tu maksudnya maju. Benda ni dah menular dan au tak kata benda ni salah. Just aku mula sedar, bila kita sibuk nak semua benda cepat, kita jadi tak reti sabar. Bila kita tak reti sabar, kita jadi kalut, jadi panik, dan jadi stress.
Tak.. Aku tak kata kita ni kena buat semua benda slow motion atau lembab. Aku faham kita kena efisyen bila buat keja.. Dan aku setuju sangat-sangat. Cuma ada sesetengah perkara, kita tak perlu nak kalut. Percaya tak, aku belajar benda ni masa aku nak balik dari KL ke Kedah masa cuti raya cina. First time aku balik dengan lelaki itu. Selalu aku yg drive sendiri ataupun salah seorang dari family aku yg drive. Dan pernah juga naik dengna kawan aku, tapi rata-rata semua nak cepat sampai.. Tekan minyak selalu.. Dan bila jem sikit, bising sangat.. Biasalah kita rakyat malaysia kan.
Cara dia bawa kereta lain, tak la aku nak kata dia bawak slow sangat.. Tapi bagi aku dia bawak kereta steady, tak perlu nak duduk di lorong kanan sentiasa. Dan tak lah macam siput sangat pun. Dan aku sedar, cara tu lebih tenang dan tak penat sangat. Memanglah kami sampai lambat juga, dah jalan pun jem. Tapi klu bawa laju pun, bagi aku lbih kurang je sampai.. Boring kan aku cakap pasal ni.. Tapi benda ni satu benda besar aku belajar dari dia. Setiap kali aku rasa kecewa sebab nak benda laju atau cepat, aku belajar untuk fikir yang everything and everyone ada their own pace. Oh but not...i still don't tolerate tardiness. Yg sengaja lambat and tak punctual still salah klu tak da sebab munasabah. And pasal drive pun aku dah cuba ubah cara drive aku, cuba tiru dia.. From kl to kedah, bila penat, berhenti, no need to rush. Tak perlu pun nak macam racing sebab nak cepat sampai. Yes, aku sampai lambat sikit, but atleast aku sempat rehat sikit along the way, so bila sampai tak la penat sangat dah. Ni experiment aku masa balik raya puasa aritu, almaklumlah jem dia macam manakan.. Tapi not bad la. Alhamdulillah my journey alone was nice enough.
Secondly, education. This thing i've been thinking lama juga. Well, aku bukan nak buat kempen tak payah sambung belajar or what not.. To me, education still penting. But no need kot kita nak pandang orang yg tak da degree or diploma macam tak da masa depan.
Sorry,, aku tak kata ni masa lah ramai, maybe it was just me and people around me. Must admit, aku kira dari keluarga yang highly educated juga, and masuk pula boarding school. And like my officemate label aku, budak mrsm ni tak kenal huruf lain. Diorang kenal A je. Haha lawak.. Tapi sedih juga lah aku dengar benda tu.. I dont know why,but aku tak lah proud sangat yang aku dapat straight A SPM. To me, seriously, i doesn't really meant anything. Perhaps maybe, easier untuk cari kerja, but still aku mengaku, good result alone tak equals to good performance at work.
Sama juga orang yang sambung belajar amik diploma or degree. Bila keluar, nilai diorang lebih tinggi berbanding orang yg just ada SPM. Walaupun, diorang pun. Tak tau apa diorg belajar masa kat universiti. Again, post aku ni tak merangkumi semua k. Tak dinafikan, ramai yang bersungguh-sungguh sangat dekat university. Banyak benda yang diorang belajar, dan aktiviti luar luar kelas pun banyak yang bagi pengalaman mahal untuk diorang.
Tapi bagi aku, and aku sendiri pun sedar, apa aku buat kat uni dulu. Nak kata banyak main, tak juga.. Nak kata banyak belajar pun tak juga. Sedarhana. Just hasil dari apa yang aku belajar dekat uni, selain hutang piutang yang aku perlu bayar, aku rasa aku tak lah hebat sangat pun. Maksud aku, ye lah, orang dengar budak grad US, pointer tinggi pulak tu, mesti hebat. But i feel macam bila balik sini, aku biasa je. Yes, pengalaman berharga yang lain tu mesti la banyak mengajar juga. Tapi point aku sekarang, tak kurang nya juga orang-orang yang lepas spm, terus kerja. Cari rezeki, cari pengalaman. Umur 22 aku grad, tapi takda pengalaman kerja, dan sorang lagi umur 22, tak da degree tp dah ada pengalaman kerja 5 tahun.
Aku just rasa aku tak patut langsung pandang rendah kat yg tak da degree tu. Malah aku perlu lebih respect dia kot. Dah ada income, and no debt interms of education. Tapi, sapa yang suruh aku pandang rendah pun kan.. Entah. Maybe stigma masyarakat buat aku rasa macam tu, macam bila masuk uni, tehn keluar, immediately, higher value. But klu nak kata ttg apa yang dia belajar, tak la beza byk mana pun. Tambah2 yang byk sibuk spen most of theor time main game, tgk drama and habis duit kat kafe2 hipster.
Tak lah.. Again, tak semua orang sama kan..
Maybe it's just me. Aku mula rasa tak selesa orang pandang rendah kat budak2 yang belajar stakat spm tak sambung belajar. Pandang diorang macam tak da masa depan just sbb someone ada phD, master, degree or SPM alone, without considering their discipline, effort and hardwork into the equation.
Yes, i think apa yang mengganggu fikiran aku adalah bila orang boleh pandang orang lain macam diorang tak da masa depan. As if, road to succes ni ada one door.
Wait what does success mean anyway?
Dah la..membebel benda ni sampai esok tak habis. Just that is basically what i want to write about.
Some lessons i learnt recently.
1. Take things slowly, no need to rush every time
2. Education level is just one thing. Look beyond that in a person
3. Just do not judge
Cukup lah dulu kot. Banyak-banyak pun nanti lupa..
No comments:
Post a Comment