So semalam aku update pasal boyfriend and kahwin. Melonjak betul views. Tak tahu la sebab korang rindu atau semua seronok pasal topik ni.
Tapi aku dapat beberapa soalan tentang post tu, dan itu memaksa aku melanjutlan lagi post tentang topik yang sama, tapi kali ni pasal:
kenapa nak kawin awal?
Enjoylah dulu masa muda dan single.
Karangkang kawin awal kena jadi surirumah je, x leh keja camna?
Tak ramai orang tahu, dalam keseronokan dan kesyukuran aku belajar di luar negara, aku ada rasa menyesal, banyak atau sikit, biar aku je yang tahu.
KENAPA?
Sebab lama-lama aku aku fikir dan sedar yang, aku ni anak dara, musafir takde mahram. Bukannya dekat. Malaysia ke US tu berhari perjalanan naik flight.
Kali ni, post aku akan mencabar pendirian kebanyakan orang. Apa yang aku pikirkan ni, aku yakin ramai yang tak setuju.
Aku balik malaysia dan aku banyak sangat berfikir. Aku tertanya-tanya, apa hukumnya bermusafir tanpa mahram? Soalan ni timbul dah lama, sejak aku dapat tahu yg pegi haji pun kena ada mahram. Pelik. Pelik, pegi tanah suci pun Islam suruh ada mahram. Inikan lagi pegi tanah yang banyak maksiat dat fitnah.
Banyak jawapan yang aku dapat mengatakan yang memang apa yang aku buat ni salah. Ye, wanita musafir tanpa mahram hukumnya haram. Walaupun ada pendapat yang kata takpe, itu pendapat tak boleh lawan hadis-hadis yang wanita x boleh bermusafir tanpa mahram.
Ye, ini yang aku tengah buat dan aku sendiri tahu ianya tak baik. Aku tak boleh nak tipu diri sendiri lagi. Selama ni aku yakinkan diri aku yang aku bermusafir, dengan niat yang baik. Nak berhijrah dan menuntut ilmu. Tapi logiknya, klu niat aku baik, habis tu? Yang orang pegi nak menunaikan haji tu buruk ke niat mereka? Tu pun Allah suruh ada mahram.
Aduh, dilema la. Sebab tu lah kalau boleh aku nak kawin awal. Kawin sekarang. Islampun anjurkan untuk kawin muda. Muda tu umur berapa? Umur 20, 21. Bawah pada 20 tu remaja. Aku nak kata apa? Ni aku dengar dari ceramah ustaz. Aku siapa nak bangkang?
Mampu dah ke? InsyaAllah, Wallahualam. Aku tak berani nak ckp pasal tu tapi aku tahu apa yang aku fikirkan. Aku dah belajar diluar negara dan aku personally tahu apa rasanya. Aku tak selesa orang pandang aku lama-lama. Takde lelaki nak jaga aku. Walaupun orang lain mungkin tak rasa apa yang aku rasa, atau tak sangka dengan apa yang aku baru je umumkan, aku tak boleh nak tipu diri sendiri lagi. Walaupun aku selalu mengaku aku ni feminist, aku masih kuat percaya yang lelaki pelindung wanita. Kuatlah wanita macammana sekalipun, masih memerlukan lelaki. Begitu juga sebaliknya.
Mana tak caya aku tulis macam ni kan? Aku pun :)
Move on to the next question. ENJOY MASA MUDA DAN SINGLE?
Ayat tu seolah-olah bila dah kahwin nanti, segalanya tak menarik dah. Hmm, aku tahu perkahwinan itu bukan benda mudah dan tak selalunya indah. Tapi, hidup single pun sama kan? Aku yakin dengan apa yang disaran kan islam. Aku nak hidup sebagaimana yang islam dah gariskan. Aku nak hidup sehalal yang mungkin dan elak sebanyak mana fitnah dan maksiat.
Tak semua orang faham dengan apa yang aku melalut ni. Aku tak minta orang faham. Aku cuma nak umumkan sahaja. Ramai orang kawin awal, kebanyakan mereka mencari redha Allah. Bukan sebab diorang gatal atau bodoh tamatkan usia muda diorang cepat sangat.
Tak ramai orang sokong dan boleh terima fenomena kawin awal ni. Banyak sebab. Sebagai mana aku nak orang hormat pendapat aku, aku juga hormat pendapat mereka. Cuma pinta aku, cuba lah dengar dan faham sendiri kenapa islam sarankan untuk kahwin secepat mungkin. Kalau alasan, 'belum matang', 'belum cukup duit' dan 'belum mampu' tu yang menghalang, cuba nilai balik dan definisikan semua apa yang kau maksudlan dgn semua tu? Matang? Cukup ilmu agama, amal dan akhlak, insyaAllah dah boleh. Belum cukup duit? Selagi tak miskin, yakinlah rezeki tu Allah yang bagi. Bukan suruh goyang kaki lps kawin. Mampu? Takkan nak tunggu ada banglo sebuah, ferrari 2 biji baru nak kawin? Tu lah yang menyebabkan ramai pisau cukur zamanni. Binalah rumahtangga tu nanti sama-sama.
Cakap macam pandai kan aku ni? Tak. Aku tak de lah pandai pun. Ni hasil bacaan dan ceramah-ceramah yang aku dapat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Kalau nak harapkan aku, memang ilmu aku ni cetek je. Kalau lah ada ibu bapa yang baca ni, mungkin ramai yang ada banyak argument dgn points yang aku ketengahkan ni. Tak pe :)
Next question? SURIRUMAH? Kalau boleh, memang aku nak jadi surirumah pun. Oi! Blaja tinggi-tinggi, sampai US, nak jadi suri rumah JE? Zaman sekarang, ramai orang, melayulah specifically, akan tak setuju klu seorang wanita yg blaja oversea nk jd surirumah.
Gila kau nak jadi surirumah? Klu kawin nanti nak terperuk je kat rumah? Mampu ke laki je keja zaman sekarang ni? Kalau nanti suami mati ke cerai ke, siapa nak tanggung.
Ni jawapan yang agak membakar: ingat rezeki tu boss yang bagi ke Allah yang bagi? Tak yakin dengan rezeki Allah? lelaki tu dicipta untuk jadi pelindung wanita. Wanita dicipta untuk menenangkan lelaki. Tugas tu patut dipikul dengan sebaik mungkin. Cerai? Memang itu ke yang kita nak? Bila fikir logik, Apa faktor ramai orang cerai? Sebab suami bila balik rumah, isteri pun penat jugak, baru balik keja. X de siapa nak uruskan urusan kat rumah. Kalau ada pun, isteri penat tahap maksimum. Pompuan ni, bila penat, bad mood dia lain macam. Tu la yang semua benda nak nak ungkit, bahasa pun dah tak sopan. Laki pun cari lain. Perempuan, klu tak ramai yang keja, ada ke laki nak sangkut kat tempat kerja.
Amboi, aku ni tulis mengalahkan org dah ada cucu. Bukan apa. Aku ada pengalaman peribadi. Aku yakin dgn apa yang aku tulis ni. Aku tak kata semua tp ni yang apa yang aku nampak.disclaimer, ni pun bukan bersumberkan kepala aku je. Ni hasil research aku jugak.
Habis tu buat apa blaja tinggi? Come on. Jujurla, seriously blajar tinggi utk kerja je? Klu kita ni pandai tapi kita tak guna ilmu yang kita ada untuk didik anak-anak kita, apa lah guna nya? Manalah berkatnya?
Pendapat ramai orang alim, kalau suami tu mampu, isteri duduklah dirumah. Biar laki pegi keja, isteri jaga laki dan anak2. Banyak betulnya pendapat ni. Banyak sangat. Untuk yang memang bekerja tu, aku bukan nak suruh berhenti. Aku ni pun entah cakap je lebih. Tak Tahu lah teguh mana.
Ye aku memang mengimpikan hidup aku sebagai seorang yg boleh luangkan masa dengan family. Dah, taknak komen lebih-lebih hal tu. Ramai orang akan argue.
Kenapa aku tulis ni and willing nak jawab publicly, sebab aku tahu stand aku ni tak ramai yang boleh faham dan setuju. Aku cuma nak suntikkan cadangan untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja. Aku rasa point-point yang aku tulis ni memang susah nak dilaksanakan, tp kalau dapat, alhamdulillah.
Aku pun taktahu lah masa depan macam mana. Kawin awal ke lambat ke, tu semua aku tak tahu. Kerja ke surirumah ke, wallahuAlam. Aku cuma tulis apa yang aku nak dan harap. Tapi aku tak de kuasa nak jamin apa-apa. Doa yang baik baik je lah.
Apa pun, semoga diberkati!
Wallahu'alam.
Yup,u're right my... Aku sokong bla ckp pasal kawen muda bla kita duk jauh..duk masa aku belum fly,aku xnampak relevannya,but now, I realised it,,,btw,bout surirumah,aku pon teringin sgt nak jadi suri rumah sbb yela,bla piki zaman sekarang ni,anak2 mcm dh xselamat bla hantar kat luar,,kita belaja jejauh,blh je kita buat home tutor yg jrg dilaksanakan di Malaysia ni,,lagi satu,bru2 ni aku g umrah,aku sangat terkesan bla aku xda mahram,. I really need someone to protect me spanjng umrah tu,,, I feel u,mate
ReplyDelete