iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Saturday, February 23, 2013

tenang dan bijaksananya Rasulullah

Satu hari, ketika Rasulullah salallahualaihi wasalam berjalan bersama para sahabat, datang seorang arab badwi dari belakang sambil menaril selendang di leher Rasulullah. oleh kerana selndang itu diperbuat daripada kain yang agak kasar, maka tarikan itu menyebabkan rasulullah menjadi luka.
lalu, Rasulullah pun bertanya, 
"ya?"

 maka orang arab badwi itupun berkata dengan kasar, 
"berikan aku harta milik kamu yang bukan daripada ayah dan bondamu". 

para sahabat yang ada ketika itu berasa marah dan ingin menghalau dan melukai arab badwi itu. tetapi dihalang oleh rasulullah. rasulullah malah memberikan kepada arab badwi itu segala harta yg baginda ada pada ketika itu.dan bertanya kepada org badwi tu, 
"adakah aku telah berbuat baik kpd mu?"

jawab badwi itu, 
"tidak kau tidak membuat baik kepadaku. kau hanya memberikan memberian yg sangat sedikit" 

lalu rasulullah  berjalan pulang ke rumah baginda dan mengambil lagi harta yang ada di rumah baghinda dan diberikan kepada arab badwi itu.
rasulullah bertanya ssekali lagi.
"adakah aku telah berbuat baik kpd mu?"

jawab arab badwi itu, 
"ya. kau telah membuat baik kepada ku"

rasulullah berkata,
 " aku telah berbuat baik kepada mu. aku ingin kau mmbuat sesuatu untukku, tindakkan kau tadi telah menyebabkan sahabat aku tidak puasa hati. maka, berkatalah yang baik dengan mereka".

dan arab badwi itu pun pergi ke para sahabat, dan berkata :

 sebelum ini, tiada orang yang aku benci selain orang ini (rasulullah). dan tiada tempat yang lebih aku benci selain tempat ini (madinah). tetapti, setelah apa yg berlaku, tiada orang yg lebih aku cintai selain rasulullah dan tiada tempat yg lebih aku cintai selain disini(madinah).

lihat saja bagaimana bijak dan berhemah nya Rasulullah adalam menyelesaikan masalah dan cuba untuk mengelakkan pergaduhan, pertelingkahan, rasa tidak puas hati demi mengekalkan ketenteraman dan keamanan.

contohi Rasulullah, Bagindalah yang sebaik-baik qudwah hasanah!

No comments:

Post a Comment