iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Tuesday, March 12, 2013

Maaf kan aku..

Maafkan aku kerana menyakiti mu
Maafkan aku kerana selalu bermasam muka
Maafkan aku kerana tidak pedulikan lawak jenaka mu.
Maafkan aku.

Org kata,
Jadilah diri sendiri,
buat apa cuba jadi orang lain.
Org kata,
Luahkan rasa hati,
Buat apa simpan rasa pedih.
Orang kata,
Ucapkan lah,
Mengapa di pndam?

Aku cuba..
Aku cuba untuk luahkan yg ada di hati,
Aku cuba ekspresikan apa yg aku x ku suka.
Aku cuba untuk tidak pendam perasaan...

Bodohnya aku kerana mencuba!
Aku mengaku aku bodoh.

Sesakit-sakit aku memendam amarah,
Sakit lagi bila apa yang cuba Aku luahkan itu ditentang oleh orang lain!.
Aku tak mampu berbicara.
Aku tak mampu.bersuara
Aku sedar, siapa aku dan siapa kamu.
Bicara ku ini bukan untuk kau dengar.
Luahanku ini bukan untuk kau kau fahami,
Aku bodoh kerana baru sedar itu.

Maafkan aku andai hadirnya diri ini tidak lebih dari hanya menyakitimu.
Maafkan aku andai segala bicara ku hanya mengguris perasaan mu.
Maafkan aku andai penampilan ku ini tidak lebih dari hanya meningkatkan amarahmu.

Aku masih ingat,
Kita selalu luangkan masa bersama
Aku masih ingat,
Banyak sungguh bicara antara kita.
Aku masih ingat,
Indahnya saat kita bersama.

Jadi, aku terlanjur mengambil keputusan untuk luahkan perasaan dan rahsia yg telah terlalu lama aku pendamkan seorg diri.
Aku fikir, keakraban kita bersama membuktikan kau akan menerima ku seadanya.
Aku fikir, kau akan faham apa yg telah ku alani selama ini.
Kini, aku sedar, aku salah.

Baru sahaja aku keluarkan setitik air dari sebuah kolam, kau sudahpun melenting..
Belum sempat aku hirup kembali titisan air itu, air itu telah kering dek kerana api yg telah kau semburkan.
Sayangnya, hati ku juga telah hangus kerana api itu.

Terima kasih kerana membuat aku kembali kepada Allah.
Terima kasih kerana buat aku yakin bahawa sesungguhnya mmg tiada tempat yg lebih baik daripada kembali kepada Allah. Hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu dan memohon pertolongan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment