hari ini aku mengurung diri didalam bilik untuk jauhkan diri daripada manusia.. untuk nilai balik diri ini...
antara perkara yang aku buat harini ialah melayari internet.. youtube.. aku decide untuk tonton satu cerita bertajuk AKU BUKAN JULAIBIB. Alhamdulillah,, banyak perkara yang aku pelajari dan banyak sangat peringatan yang aku dapat menerusi telefilem itu.
"Lihatlah orang dibawah kamu.. jangan lihat orang yang di atas kerana dengan melihat ke bawah, lebih cepat buat kamu untuk tidak meremehkan nikmat yang allah kurniakan kepada mu."
(hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
aku suka hadis itu.. amat mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur.. dalam kehidupan didunia, manusia selalunya hanya tahu untuk merungut lebih dari bersyukur..
Alhamdulillah telefilem itu menyentuh perasaan dan iman aku dalam banyak perkara.
kepada yang belum tonton, disini aku ceritakan sedikit sebanyak mengenai jalan ceritanya..
cerita bermula dengan babak dimana seorang mualaf bernama adam sampai di masjid untuk menunaikan solat asar sedang mengambil wuduk.. perbuatan dia mengambil wuduk disaksikan oleh seorang pakcik yg berada di masjid berkenaan. Pakcik tersebut perasan ada sesuatu yang tak kena dan tak sempurna mengenai perbuatan dan cara adam mengambil wuduk. lalu, pakcik itu buat2 pening dan ditegur adam dan pakcik itu meminta tolong adam temankan pakcik itu untuk mengambil wuduk. tujuan pakcik itu tidak lain hanya untuk berikan pencerahan kepada adam mengenai cara mengambil wuduk dgn sempurna.. seusai menunaikan solat, adam berbual dgn pakcik itu dan sedar akan niat pakcik itu yg mahu menegurnya secara tak langsung.. dia mengucapkan terima kasih kpd pakcik berkenaan. Adam menyampaikan hasratnya untuk belajar lebih lagi mengenai islam dari pakcik itu.. sejak itu, hubungan mereka lebih rapat. di masjid itu juga,, adam ada perasan yang ada seorang budak dlm lingkingan 12 tahu selalu berkeliaran masjid itu tapi tidak masuk kedalam rumah Allah berkenaan.
antara yang aku pelajari ialah.. kita kena sentiasa beringat bahawa seteruk mana puin kita,, sentiasa ada insan yang lebih teruk lagi nasibnya... kita hidup didunia ini bukan bersendirian.. kita hidup bernasyarakat. jangan terlalu pentingkan diri sendiri..kisah tetefilem itu meceritakan mengenai
seorang kanak2 (Rizal) berusia lingkungan 12 tahun, terpaksah hidup merempat dan meminta2 makanan daripada orang ramai kerana terlalu lapar.. keadaan ini menimpanya setelah dibuang keluarga apabila bapa kandungnya dipenjarakan atas kes rasuah sedang iba kandungnya telahpun meninggal dunia tiga tahun lepas. sebelum dipenjarakan, bapanya telah berkahwin dengan seorang wanita dan mereka bertiga hidup mewah... dan setelah dipernjarakan,, rizal terpaksa tinggal dgn ibutirinya.. dan tidak lama kemudian ibu tiri nya berkahwin dengan lelaki lain.. suami baru ibu tirinya itu tidak mahu rizal tinggal bersamanya kerana bagi lelaki itu, dia malu punya anak tiri yang bapanya adalah banduan dan tiada perlalian darah langsung dgn isterinya itu.. tiada sebab mengapa mereka perlu menjaga rizal.. maka,, budak itu terpaksa merempat sedangkan sebelum ini, hidupnya sangat mewah..
lihat saja... hidup ini umpama putaran roda.. kadang2 kita diatas, dan kadang2 dibawah.. kita tiada kuasa untuk pastikan yang kehidupan esok adah sama sahaja seperti hari ini.. boleh jadi nikmat akan ditarik balaik dan boleh jadi nyawan aku meninggalkan jasad.
kadang kala, budak itu terpaksa mencuri makanan apabila masyarakat menghina dan tidak sedikitpun simpati kepadanya apabila dia meminta dengan cara yang baik..
paling menyentuh hati,, apabila adam yang banyak kali ternampak budak itu berkeliaran, bersungguh2 ingin mendapatkan budak itu untuk memberikan bantuan.. adam yang mualaf sangat sensitif dengan keaadan budak itu dan yakin,, budak itu sangat bermasalah dan perlukan bantuannya.. Adam tetap mencari budak itu dan mencari... rasa tanggung jawab itu rupanya adalah tempias daripada penyesalan atas dosa yang sama yang pernah dia laku kan sebelum memeluk islam...diia pernah mencuri dompet seorang pakcik yang sedang ingin menghulurkan sedekah.. sewaktu membawa lari dompet itu, dengan izin allah,, dia berjaya dikejar dan di tanggap orang beberapa orang penuda disekeliling itu.. adam dibelasah atas keasalahanya mencuri.. pakcik, tuan kepada dompet itu smpai ditempat adam di belasah lalu menyurunh pemuda2 itu berhenti memukul adam.. dengan rasa simpati, pakcik itu membawa pulang adam yg berdarah-darah itu walaupun adam telaupun sebenarnya melakukan kesalaahan terhadap sirinya.. dengan hati yang mulia,, pakcik itu berkata,,
"tak semua orang yang bersalah itu perlu dihukum supaya dia berubah ... kadangkala,, apa yang orang itu perlukan ialah peluang."
"semua orang pernah buat dosa. cuma bezanya,m adakah kita mahu berubah atau pun tidak."
"tak semua orng buat dosa kerana dia jahat.. kadang kala adalah kerana mereka terpaksa dalam kesempitan atau mungkin mereka tidak tahu"
"pintu taubat sentiasa terbuka."
'adam' yang waktu itu belum mengenali islam merasa keliru dengan apa yang dikata kan oleh pakcik itu.. tetapi sedikit sebanyak tersentuh.. dengan kemuliaan pakcik itu.. mereka berdua menjadi rapat dan AKHIRNYA ADAM MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMELUK ISLAM.
aku mula pelajari,,,
disaat kita rasa semua orang sisihkan kita dan benci kita, sedarlah bahawa, kita sebenarnya salah... sesungguhnya, sentiasa ada insan yang berhati mulia yang berniat untuk bantu kita.
ingatlah,, hati yang mulia tidak pernah sia-sia. kita mungkin tidak tahu siapa yg tersentuh dengan kemurnian dan ketulusan hati kita.. tapi yakinlah,, sememangnya ada,... maka,, jangan lah berhenti buat baik.. walaupun, yang kita nampak,, hanya lah yang membenci dan menentang.. sebab kita tak tahu siapa yang terkesan dgn kesucian hati kita.
lagi babak yang menyentuh jiwa,
pakcik yg tadi membuat keputusan untuk mengahwinkan adam dengan anaknya yg solehah.. Adam yang merasakan dirinya terlalu jahat dan tidak layak untuk mengahwini insan sebaik itu bertanya, bagaimana pakcik itu boleh buat keputusan yang begitu.. lalu pakcik itu pun menceritakan kisah JULAIBIB
zaman rasululllah.. ada seorang pemuda julaibib.. pemuda ni sangat buruk rupanya.. sampaikan tiada langsung gadis yg ingin jadikan dia sebagai suami.. tp rasulullah sgt kagum dengan Julaibib.. maka, Rasulullah carikan seorang yg wanita yang solehah.. wanita yg rasulullah pinangkan itu tidak kenal dengan julaibi tapi sangat yakin bahawa apabila rasulullah yg meminangnya,pasti lelaki pilihan rasulullah itu seorang yang hebat, lalu, wanita itu pun bersetuju..
begitu jua lah kisah adam dan anak pakcik itu,, pakcik itu dapat lihat betapa sucinya hati adam setelah memeluk agama suci islam dan bertaubat sepenuhnya.. jangan nilai seseorang itu dari zaman silam. lalu, adam pun bersetuju.. mereka menjalani bahtera perkahwinandengan sangat indah.. isterinya amat baik dan sentiasa memberikan semanganta kepada Adam untuk mengerjakan kebaikan...
dengan ini aku yakin, hati yang mulia adalah harta yang paling bernilai dan akan sentiasa membawak kebaikan didunia dan diakhirat kelak.. insyaAllah.
diakhir cerita,, adam berjaya mendapatkan budak itu (rizal).. dia cuba menyelami kehidupan sempit rizal dan akhirnya membuat keputusan untuk membantumenghantar rizal ke tempat lebih selesa iaitu di rumah anak yati, walaupun sebenarnya dia tak sampai hati untuk berbuat demikian.,.. rizal dihantar kerumah anak yatim. tak lama kemudian, adam menbawak Rizal berjumpa dengan bapa Rizal di penjara kerana Rizal terlampau rindukan keluarganya.. Rizal menyatakan kerinduannya dan dalam masa yang sama, Rizal amat kesal dengan perbuatan ayahnya itu sehingga rizal terpqaksa hidup melarat dan mengemis!. suasana menjadi pilu.. Adam meminta kebenaran Rizal untuk bercakap dengan Ayah Rizal.. adam pinta izin ayah rizal untuk membawa pulang rizal kerumahnya dan ingin menjaga rizal!,
maka,, dengan ini aku berazam..
1) AKAN SENTIASA BUAT BAIK KERANA AKAN ADA YANG TERSENTUH DENGAN KEBAIKAN KITA
2) TIDAK AKAN JUGDE ORANG SESUKA HATI KERANA SELALUNYA KESALAHAN BESAR YANG MEREKA LAKUKAN LAH YANG AKAN MEMJADIKAN MEREKA LEBIH MULIA SATU HARI NANTI
3) TAK MAHU PENTINGKAN DIRI SENDIRI... HIDUP INI BERMASYARAKAT DAN RAMAI ANG PERLUKAN BANTUANA AKU! JANGAN KEDEKUT!
4) SENTIASA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG ALLAH BAGI... GUNA KAN KE JALAN UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH DAN KEBERKATAN HIDUP!
5) DEKATKAN DIRI DENGAN ORANG YANG BAIK... INSYAALLAH KITA AKAN MENJADI BAIK
6) KALAU RASA SEMUA ORANG BENCI DIRI INTI,, SEBENARNYA SALAH! SENTIASA ADA JE ORANG YANG SAYANG KITA DAN NAK BANTU KITA!
7) MENCARI PASANGAN,, CARILAH HATI YG BAIK.. BUKAN MUKA YANG CANTIK
8) MANUSIA SENTIASA BUAT SALAH,, TP YG MENJADIA MASALAH IALAH APABILA KITA TAKNAK BERUBAH! MAKA, BERUBAH LA..
9) HIDUP TAK KEKAL.. JANGAN SOMBONG.. NIKMAT ITU aLLAH BOLEH TARIK BALIK BILA2 MASA SAHAJA..
10) CARILAH REZEKI YANG HALAL! REZEKI YANG BERKAT ITU LEBIH UTAMA DARIPADA REZEKI YANG BANYAK.
11) AKU NAK BANTU ORANG YANG MEMERLUKAN... SIA-SIANYA HIDUP TANPA BERBAKTI KEPADA MANUSIA DAN MAKHLUK ALLAH
semoga usahaku dipermudah oleh Allah.. biasalah .. aku ini imannya belum stabil.. terlalu teruk berbolak baliknya.. aku mungkin insaf hari ini.. esok belum tahu.. semoga.. hari esok lebih baik dan hari2 mendatang lebih baik daripada hari2 sebelumnya.. insyaAllah..
aku mungkin hidup di negara yang tak butuh aku berperang seperti di syria,palestin, burma, afghanistan, myanmar dan banyak lagi tempat..
tapi aku harap ini tak buat aku leka dengan kesenangan hidup..
aku punya misi dan tujuan hidup yang sangat besar,,
aku mahu berbakti kepada makhluk Allah sehabis mampu..
Malaysia mungkin nampak aman dan kaya.. tapi,, golongan yang memerlukan itu masih ramai.. aku berfikir untuk ambil dan menjaga anak yatim apa bila aku dewasa kelak.. insyaAllah.. Buat masa terdekat juga ,, aku ingin sekali menjejakkan kaki ke Baitullah! ingin aku sucikan hati ini dan jadi manusia baru secepat mungkin! Aku ingin jadi tetamu jemputan allah.. insyaAllah.
tujuan aku zahirkan disini agar masa hadapan,, apabila aku dah lupa azam aku,, aku akan buka kembali coretan aku ini dan kembali ingat akan misi2 yang perlu aku capai..! insyaAllah!
*HIDUP MULIA ATAU MATI SHAHID!!!!
No comments:
Post a Comment