iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Wednesday, May 22, 2013

perjalanan mencari keredhaan Allah.

Mereka lihat aku bertudung labuh, jadi mereka sangka aku baik.. sangkaan mereka itu terpulanglah kepada mereka.. tetapi apa yang menjadi masalah kepada aku ialah apabila sesekali sangkaan mereka itu sedikit sebanyak memberi perasaan kurang elok atau perlu ku lebih jelaskan perasaan ujub dalamm diri aku.. aku manusia biasa. aku juga punya masalah hati.. tidak dinafikan kadang kala aku ada perasaan dimana aku merasakan diri ini lebih baik daripada orang lain.

astaghfirullah,,. menitis air mataku ini mengenangkan dosa syirik kecil yang telah ku laku kan. kadang kala, alhamdulillah aku sedar,, aku mungkin dapat berselindung disebalik pakaian ku dimata manusia.. tetapi,, sesungguhnya Allah maha mengetahui segala yang tersirat di hati. entri kali ini sememang nya khas untuk diri ini yang sering kali lupa bahawa,

aku baru sedar bahawa aku adalah manusia yaang suka kan perasaan sedih. dengan kesedihan itu, aku mudah mengalirkan air mata dihadapan Allah. aku tahu bodoh nya diri ini kerana mudah mencari Allah tika susah tetapi pada masa senang agak kurang.. kini barulah aku sedar, segala ujian yang Allah beri kepadaku adalah kerana Dia merindui tangisan hambaNya ini kepadaNya. apabila nilai balik,, sungguh besar rahmat Allah kepada ku.. ya, aku cuba untuk sentiasa mengingati Allah.

Jujur, aku adalah seorang manusia yang baharu sahaja cuba mendekati Allah. dan jujur, aku bersyukur, dengan segala kesilapan yang telah ku lakukan pada masa lampau sentiasa menasihati ku agar tidak lagi untuk toleh ke belakang dan lakukan KESILAPAN YANG SAMA!.

dalam mengharungi langkah-langkah ke arah kemuliaan, dan keredhan Allah,
adakalanya aku tergelincir, alhamdulillah aku punya manusia2 yang berhati murni yang Allah hantarkan untuk menarik aku bangun semula.. mereka mungkin sedar, mereka mungkin juga tidak sedar.. segala keperluanku dalam jalan ini, amat mudah sekali ku dapat kan.

sebut saja, semuanya aku dapat dengan mudah dan dengan bantuan .. Alhamdulillah,, segala puji bagiMu ya Allah.. aku ingin hadiri majlis ilmu, tanpa sempat aku mecari teman, ada sahaja yang telah pun bertanya dan mengajakku untuk ke mengenai majlis ilmu yg hebat sekali.. andaikata perjalan untuk ke progarm itu agak sulit, sesungguhnya Allah telah permudahhkan.. Dia menghantar insan-insan yang berhati tulus untuk membantu perjaalanan kami.  Apabila aku perlukan tarbiah, Alhamdulillah, satu harti aku terima pesanan ringkas bertanyakan mengenai penyertaan untuk berusrah! Alhamdulillah,, sehingga kini, aku masih berusrah...

juga,, bacaan alquran ku pada mulanya tidak begitu fasih.. ini mungkin kerana masalah dyslexia yang ku alami sejak kecil, bukan sahaja bahasa arab, bahasa inggeris dan melayu pun, aku tidak fasih untuk berkata-kata dan membaca. makin hari, aku malu dengan bacaan alquran yang tidak lancar. bukan kerana aku tidak rajin membaca, tetapi mungkin itu lah ujian yang Allah beri padamu untuk lihat adakah aku masih punya keinginan untuk belajar dan terus belajar. aku hampir berputus asa.. tetapi, Alhamdulullah, allah beri kesedaran dan kekuatan dalam diri untuk terus belajar.. satu hari, aku ingin sekali tahu maksud sebaris ayat yang telah tu baca.. pada saat itu lah aku punya perasaan malu pada diriku sendiri..  Apakah yang aku baca? aku baca kerana apa? aku baaca tanpa mengetahui maksudnya dan tanpa perasaan ingin tahu pun!!! aku mula yakin, mungkin Allah ingin aku belajar bahasa Al-quran.. aku mula mencari cara bagaimana ingin ku belajar bahasa syurga itu?

Betapa hebatnya rahmat Allah,, dalam keadaan aku rasa aku telahpun menemui kebuntuhan, mata ku terbaca pada satu ayat di salah sebuag jaringan sosial di laman sesawang,, ayat itu bertanya mengenai sesiapa yang mahu membeli Al-quran Tafsir Perkata, teringat juga pada sahabat aku yanng pernah memberi cadangan untuk membeli alquran tafsir perkata untuk mudah belajar bahasa arab. jadi, aku mengambil keputusan untuk membeli tidak kita berapa pun harganya.. tetapi, betapa besar pertolongan Allah, aku rupanya membeli alquran itu kurang daripada separuh harga asal. dan kini, Alhamdulillah, aku masih bertatih memahami maksud setiap ayat. Alhamdulillah.. semoga Allah permudahkan lagi..

jangan harapkan kesenangan dalam perjuangan penuh pengorbanan.. sesekali,, aku juga tergelincir lagi..
perasaan malas sering sahaja memburu.. aku pernah jugak kebodohan aku menyebabkan aku tunduk pada perasaan malas itu.. tetapi, Allah masih menyayangi ku,, aku sentiasa punya teman-teman untuk ingatkan diri ini tentang tujuan hidup yang sebenar yakni mencapai keredhaan Allah! alhamdulillah.. Allah tidak biar hambanya ini terus rosak.. jadi,, aku ingin sekali menyatakan disini, hasrat ju dan janji ku pada diri sendiri!!

Aku belum mau bersenang-senang sebelum aku tahu:-

 1. Apakah aku akan mengucap kalimah tauhid di akhir hayatku?

 2. Apakah aku akan selamat dari siksa kubur?

 3. Apakah timbangan amalku akan lebih berat dari dosaku?

 4. Apakah aku akan selamat dari jambatan shirathal mustaqim?

hidayah itu milik allah,, aku tahu, jika Allah mahu, dia boleh sahaja sesatkan aku kembali sebagaimana aku dahulu... tetapi itu lah yang aku takutkan! aku takut, aku satuhari aku bermaksiat, dan saat itu juga Allah tarik nyawaku.. naudzhubillah...!! pada saat itu, siapakah yang boleh menolong aku lagi! tiada..
sesungguhnya Allah sahaja yang mampu melakukan apa sahajja yang dikehendakinya..

dalam kesempatan ini, juga, ingin sekali, aku nyatakan kepada insan-insan yang sering sahaja membantuku dan mendorongku kearah kebaikan. ketahuilah, walau siapapun kalian, sesungguhnya kalian tetap dalam doa ku agar setiada disayangi, dirahmati, diberkati, diampuni, diberi petunjuk dan dimasukkan ke dalam syurga! amin!!  jazakumullahukhoir

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    sis, i would like to tell you that i am so proud with you...
    with what you have gone through..May Allah bles all of your effort,,,
    i;m happy yet so jealous of you..make mw wanna do do better..
    *inspiring(;

    ReplyDelete