Dakwah itu jalan yang rasulullah telah gariskan. Dakwah itu jalan yang perlu dilalui oleh muslim mencontohi cara Rasulullah sampaikan dan tidak terkeluar dari jalan itu supaya tak sesat.
Tujuan dakwah itu adalah untuk menyeru kearah Allah walaupun topiknya pelbagai seperti topik ekonomi, hati, politik, hubungan sesama manusia, selagi ia meninggikan kalimah Allah, itu dipanggil dakwah, yang penting niat dan fokusnya kerana Allah. Tak kiralah caranya santai atau serius, berirama atau tegas, ianya tetap dakwah namanya,
Dalam dakwah perlu ada leader, program dan strategy. Lebih baik jika secara majmuk. Dakwah itu bukan sekadar di podium tapi bagaimana cara kita mengubah jahiliah kepada makrifah.
Ajaklh manusia kepada Allah walaubagaimana cara sekalipun.
Allah ngayatuna
Dan subhanaAllah.
Permasalahan dakwah:
- dalam keluarga:
Termasuk tanda2 bahawa seseorng itu akan berjaya di akhir ialah kembali kepada Allah diawal langkah.
( ibnu attoilah)
- niat kena benar dan juga kena selalu bertawakkal.
Mendidik ank itu sejak awal.
Akhir surah al-hijr,
Invite. Act of love and kindness
Tugas kita hanya untuk menyampaikan.
Kita tak de hak untuk memaksa untuk mengubah
Satu hari orang berubah kerana dakwah kita pun, bukan hak kita untuk tahu.
Buat sahaja takat yang kita mampu dan dengan cara yang betul.
Zaman nabipun para sahabat, ada yang diakhir hidup mereka baru terima islam,
Even umar accepted islam 5 tahun sahaja sebelum meninggal
Nabi nuh alaihisslam dakwah selama 900 tahu , dengan kesabaran
Bersabarlah dalam berdakwah
Dalam berdakwah, kena bijak,
Walaupun menyampaikan perkara yang benar, kena ada hikmah.
Tunjukkan keindahan islam. Jangan mula2 dah cakp pasal halal dan haram.
Cari titik persamaan dulu, yg boleh attract orang masuk islam.
Fahami culture dan psychology kumpulan yg nak diajak itu.
Buat research supaya boleh guna cara yang terbaik untuk mengajak dan memperkenal.
Hayati dan dalami surah al-asr. Jadikan surah ini sebagai motivasi dlam berdakwah.
Semua manusia itu kerugian melainkan yang ingat mengingati.
Kena beriman. Tp sebelum itu kena ada ilmu.
Dan keimanan takkan ada tanpa amal.
Dalam hidup ada perkara yang kita perlu jaga:
Nyawa, akal, harta, kehormatan
Dan ada yang perlu kita promosikan:
Agama, kehidupan
Islam ini syumul. Even dalam peperangan pun ada peraturan.
Jangan bunuh wanita, kanak2, jangan musnahkan Tmpat ibadat, jangan musnahkan tanaman, jangan juga bunuh penduduk dan orang ramai.
Ini peperangan atau apa? Itulah keindahan islam
Rasionalize!
Dalam dakwah, ada masanya perlu kita rasionalize kan semua perintah. Kena ada sebab.
Tell them why. Jangan kita paksa mereka dan beritahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh, tetapi, bagitahu kenapa, supaya mereka faham dan seolah kita membimbing mereka membuat pilihan
Lead by example.
Kita boleh bicara dan bercakap sebanyak dan sekerap mana yang kita mahu tapi sedar bahawa kita action speaks louder than words. Jangan cakap saja tapi buatnya tidak
Masalah manusia:
Spiritually and intelligently weak.
Baca surah luqman. Banyak nasihat yang ada dalam surah itu untuk kita pelajari dari surah tu sehingga Allah rakamkan dalam al-quran
Dengan budak kecil, jangan lecture. Diorng x suka kita membebel.
Tapi berceritalah. Even 70% dalam quran itu kisah-kisah. Share dengan anak2 sejak kecil. Jangan buat macam formal. Buat santai2. Tengah masak, tengah drive, mereka suka. Silap2 mereka akan ceritakan kisah itu kepada kawan2 mereka.
No comments:
Post a Comment