Aku tak tahu kenapa, tapi kita makin tak mampu berkomunikasi.
Aku hairan, kita bercakap dalam bahasa yang sama, tapi susah nak faham.
Kenapa?
Aku hairan lihat riak muka engkau yang bercanggah dengan perkataan yang aku dengar dari bibir engkau.
Aku tak suka rumitkan keadaan,
Aku bukan tak nak cuba faham,
Tapi aku hampir putus asa cuba memahami,
Apa yang engkau nak sebenarnya?
Kita seperti tak sekufu lagi,
Aku cuba bercakap yang lembut tapi kau diamkan.
Aku menanti jawapan tapi sepatah pun tak kedengaran.
Kau seolah lari daripada aku.
Aku tahu aku salah tapi kenapa engkau tak nak bagitahu apa salah aku?
Susahlah begini kalau kau betul nak teruskan.
Kadang aku rasa, mungkin kau memang dah tak perlukan aku.
Aku tak nak kau rasa kau perlukan aku pun, tapi entah,
Entah mengapa, aku cuma rindu engkau.
Kenapa, setiap kali kita cuba bincang sesuatu ynag serius, kita mula bertegang urat
Aku cuma tak nak sampai tahap
Sampai tahap yang kita hanya mampu bersembang benda tak berfaedah sahaja.
Aku tak mahu kita hanya mampu bergelak sahaja.
Aku percaya hidup bukan untuk itu,
Sebab itu, aku pilih untuk bercakap yang penting dengan engkau, tapi kau tak nak tunjuk kerjasama
Aku mungkin silap.
Aku mungking terlalu cepat menghukum,
Adakah aku salah.
Kalau aku salah, terus terang lah. Aku menanti.
Aku jujur rasa kita perlu berbincang.
Bincang kenapa kita jadi macam ni?
Kita oerlu buat luahan hati ke hati macam dulu.
Tapi kau seolah tak berminat berkongsi
Kita kena saling faham
Apa masalah kita.
Tapi kau tak mahu kongsi, sedang aku disini
Kau mungkin ada masalah. Mungkin masalah peribadi atau masalah hati
Kita kena cuba ubati
Sekurangnya cuba, sebab aku tak sanggup lagi
Belum sanggup lagi,
Untuk hilang kawan macam engkau yang dahulu.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteI feel like this is written for me. but not from you. but from mastura. I actually did all the things that you wrote in this post. I wonder if she feels the same way like you. I really wonder.