iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Saturday, March 14, 2015

Mati


Ya mati, satu benda yang aku masih belum boleh buang dari fikiran aku.

Biar lah aku sedih atau gembira, aku selalu risau tentang mati. 
Apalah keadaan saat aku mati nanti?

Aku bukan lah seorang insan yang baik. Allah tahu. Kadang-kadang aku risau sangat kalau Allah tarik nyawa aku saat aku tak sedia. Aku takut.

Mati adalah motivasi yang terbaik. Sungguh, makin ramai yang nampak aku sebagai seorang yang tegas, ye aku tegas dalam pendirian ku. Ye, aku cuba.

Tapi sayang. Hidup ni tak mudah macam aku bayangkan. Kononnya, aku dah azam dengan diri aku, supaya hidup sebagaimana aku mahu mati. Buatlah apa yang aku fikir baik untuk aku dan agamaku. 

Aku silap kerana aku fikir itu mudah. Betullah kata orang, bila kita mula azam untuk guna hidup kita untuk Allah, hidup sebenarnya akan makin mencabar. 

Niat murni bukan senang nak jaga. Aku boleh cuba kuatkan azam untuk berbakti, tapi melaksakannya bukan mudah. Tak semua orang faham perjuangan kita. Tak semua orang boleh terima cara kita. Kadang-kadang, perjuangan perlukan pengorbanan yang amat besar sampai kita sanggup fikir balik untuk berkorban.

Aku cuba buat baik sebaik mungkin, tapi cara aku agak lain. Orang keliling belum faham, tapi aku tak mampu nak jelaskan. Aku rasa, tak perlulah aku jelaskan hanya untuk perhatian. Biar Allah sahaja yang tahu. Keputusan ini datang dengan harga, sakit yang dirasa kadang-kadang rasa tak tertanggung,bukan sahaja orang tak hargai pengorbanan kita, bahkan orang pandang negatif apa yang kita lakukan.

Tak pe, Allah faham. Sekali lagi, matilah yang mengingatkan aku agar lepaskan apa yang dikata orang. Biar mereka kata sebab satu hari nanti, aku akan mati juga. Mulut mereka akan tutup juga. Biarlah hidup ni susah, biarlah urusan aku tak diterima ramai, aku punya arah. Harap Allah terima.

Hidup aku mungkin dilihat bosan, tapi bagi aku tidak. Bagi aku, bosan itu maksudnya, melakukan sesuatu yang tak penting. Aku tak nak rasa rugi tak tonton itu, aku tak nak rasa rugi tak buat itu, aku cuma mahu aku buat apa yang perlu.

Sekali lagi, tak mudah. Orang tak faham. Mata bengkak pun, biarlah Allah je yang tahu.
Allah tahu sayang, Allah tahu. Dan kalau Allah mahu, satu hari, merek juga akan tahu. 
Yang penting sekarang ini, jangan harapkan dapat dilihat hasil itu. Buatlah bahagian aku, yang lain, biar Allah yang tentukan.

Sebab tu hidup kena kuat. Hidup kena yakin. Apa pun kita buat, jangan harapkan pujian, sebab yang banyak menunggu itu mungkin cacian. Aku sengaja ingatkan diri agar tetap kuat. Ye, iman itu sifatnya naik turun, bila turun naikkan lah, Supaya aku tak mati disaat iman tengah turun. 

Amiin.

No comments:

Post a Comment