iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Wednesday, July 18, 2012

Bagaimana untuk merubah diri jadi baik dalam perhubungan sesama manusia

salam cik shueq, cik shueq saya mmg nak berubah. dah tanam dlm diri utk jadi lebih baik. tapi bile kita try to be nice to people, dorg harapkan yg lebih, terutama org terdekat. kkdg nak closekan relationship tu jadi lebih renggang. macam getah. makin kita nak baik, nak rapat jd makin jauh. kkdg makin nak jd baik, makin jahat kita jadi please bro kkdg rase nak give up! rase cam dah x de sape…” Untuk kita nak berubah jadi lebih baik dalam perhubungan sesama manusia, kita perlu ada contoh ikutan. Sebagai orang Melayu beragama Islam, contoh ikutan paling baik adalah Nabi Muhammad s.a.w. Kaji sikap Baginda, ikuti lalu praktikkan menjadi sikap sendiri. Saya cadangkan, baca buku motivasi bertajuk “Menjadi Seperti Muhammad” terbitan PTS, ditulis oleh Aa Gym. Kita sudah mencuba untuk jadi baik pada setiap orang di sekeliling kita, tapi sikap baik kita tu bertahan sekejap saja kerana kita jadikannya sekejap, bukan bertahun-tahun lamanya. Sikap yang baru ambik masa untuk diterima orang sekeliling, mungkin berminggu, mungkin berbulan-bulan. Ia juga mengambil masa untuk diterima oleh diri kita sendiri. Untuk menjadi baik dalam masa yang lama, jangan pernah cuba berhenti berbuat baik, berkata yang baik-baik, berfikir yang baik-baik, bersangka yang baik-baik. Terus meneruslah baik. Nampakkan yang Anda tekad mahu berubah jadi semakin baik lalu terus menerus bertambah baik. Masalahnya..kiita dah berbuat baik, tapi fikiran kita dan hati kita penuh dengan sangkaan-sangkaan buruk berisi rasa sangsi. Kesannya, kebikan kita tu dibalas dengam keburukan-keburukan yang kita tak sangka. Apa yang kita buat mesti mau selari dengan apa yang kita fikir dan apa yang kita rasa. Biar kita buat baik lalu perbuatan kita tu membuat kita rasa bahagia, membuat kita merasa gembira. Andai kata kita berbuat baik kemudian kita merasa tertekan setiap kali melakukan kebaikan, itu petanda besar kita langsung tak dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik. Hati kita masih kotor. Kita perlu lebih banyak mencuci hati supaya jadi lebih bersih. Orang sekeliling amik sedikit masa untuk menerima perubahan Anda kerana mereka tertanya-tanya apa sebabnya dan untuk apa tujuannya. Perubahan yang dibuat tu biarlah berterusan, elak untuk jadi sekejap-sekejap saja. Barulah orang sekeliling boleh terima kemduian barulah diorang boleh jadi rapat ngan Anda. Orang baik susah dicari. Apabila Anda berkelakuan baik, bersikap baik dan memilih untuk bercakap yang baik-baik sahaja, Anda ibarat sebutir emas di dalam lautan lumpur. Ramai orang akan dekat ngan Anda, baik sebaik-baiknya pada Anda.

No comments:

Post a Comment