Post kali ni, aku tulis bahasa melayu lah, malu je kat orang.
A ah, memang memalukan. Hidup di negara membangun yang di kategorikan negara islam ni, banyak juga cabaran nya. Orang luar nampak negara kita sebagai negara ideal bagi negara-negara islam, tapi hakikatnya, masalah dalaman negara kita banyak yang orang tak tahu. Tak, aku tak sampai lah nak kata negara kita ni teruk, tak juga nak kata yang negrara kita ni indah khabar dari rupa. Kalau diikutkan, hampir semua negara macam tu, apa yang kita dengar tentang kemajuan jepun, kita lupa tentang kadar bunuh dirinya yang tinggi. Apa yang kita dengar tentang australia, kita lupa tentang kadar toleransi nya yang rendah. Apa yang kita dengar tentang US, kita lupa tentang kadar jenayahnya yang tinggi.
Biasalah, sebagai manusia kita takkan terlepas dari kesilapan menilai dan menghukum. Apa yang kita ada, kita rasa tak cukup, kita rasa orang lain punya lebih baik. Senang cerita, kita ni manusia tak reti nak bersyukur. Tapi beza pula kesnya dengan orang yang suka cari kesalahan orang. Dia rasa apa yang dia ada tu dia seorang sahajalah yang bagus. Apa yang dia buat sahaja yang betul. Orang lain buat pula semuanya tak kena.
Itu kira macamana pula? Syukur terlebih? Itu sombong dan bongkak namanya.
Tapi ituLah yang aku mahu sentuh dalam post kali ini. Maaf lah, muqadimah agak panjang. Jadi, apa yang aku nak cerita ni ialah tentang sesuatu yang tak asing lagi bagi masyarakat kita diMalaysia. Sebagai warganegara yang prihatin, aku nak lah juga bagi semua orang sedar tentang realiti ini.
Biasa tak kita berdepan dengan situasi dimana seorang yang banyak bercakap tentang hal agama, buruk pula akhlaknya, pung pang pung pang pasal sunah lah itu lah ini lah, tapi kebersihan, haishhh. Orang yang bercakap seluar kena senteng lah, janggut kena panjanglah tapi ke surau masjid pun tak pergi. Cakap kena dakwah, kena tarbiah tapi terperap je dalam bilik tolong mak ayah pun tak.
Sedih lah tulis macam ni. Ni keluhan-keluhan yang aku ni dengar bukan daripada orang lain, dari ahli keluarga aku jugak. Gaya cakap macam pandang serong sangat dah kat orang yang nampak alim ni. Tak kisah lah orang usrah ke, orang tabligh ke, perangai kalau tak boleh nak elok, memang sangat membahayakan.
Aku ni dah sampai tahap tak mampu nak berhujah dah dengan orang-orang yang suka judge islam dengan lihat muslim. Aku dah sampai tahap terpaksa bersetuju je dengan pandangan-pandangan yang sebegitu. Kata mereka, kalau semua orang ikut macam diorang, macam mana lah dunia nak maju. Tapi yang menariknya, itulah misi geng-geng agama ni. Nak dakwah. Panggil orang untuk ikut.
Memanglah dari segi maknawinya, bukanlah seorang pendakwah itu berfungsi untuk dakwah ke arah mereka. Bukan nak ajak orang ikut mereka. Katanya nak ajak orang ikut ajaran Allah. Tapi betul lah juga kata mereka. Kalau dah kita ni ikot dakwah diorang, jadi 'alim' sikit, makna nya akan jadi macam geng-geng agama tu lah.
Point aku kat sini bukan apa, sesiapa yang memang ada misi untuk berdakwah, sepatutnya sedar yang dakwah itu perlu berhikmah, bijaksana dan meLalui tindak tanduk kita. Kau ingat kenapa Allah suruh kita Berakhlak mulia?
Hujah " kadang-kadang orang yang suka bercerita pasal agama ni lagi teruk daripada orang yang tak sembahyang" sepatutnya tak timbul. Masalah besarlah bila perkara ini jadi mindset kebanyakan rakyat Malaysia, tak kira lah muslim atau yang bukan Muslim. Lihat lah balik diri kita. Banyak ni salah kita. Sampai boleh jadi fitnah kepada agama. Apa yang kita ni dah buat sampai mindset orang, takpayah bertakwapun hati boleh baik.
Secara generalnya, ini masalah bukan masalah orang islam sahaja. Ini masalah agama hampir semua agama. Aku belajar diluar negara. Orang-orang yang kira 'alim' dan 'beriman' ikut kebanyakan agama didunia, banyak melalui masalah sebegini. Yang pope ke nun ke sami ke, ada masalah di pandang serong oleh masyarakat. Masalah ni berpunca dari pihak-pihak yang tak bertanggungjawab yang cuba menzahirkan identiti agama mereka namun lupa menjaga akhlak.
Lihat je la orang-orang yang pakai kopiah tapi mulut bukan main lancang bila memandu, Ada juga orang yang pakai rantai salib punya besar tapi tak amanah dalam bertransaksi. Begitu jugalah bagi yang lain nya. Sayang nya, individu-individu seperti ini memang terkenal dalam masyarakat. Sebab orang menyampah. Tapi, sedar mahupun tidak, ramai lagi insan-insan yang tak bersalah yang niat mereka ikhlas beragama, mencari keberkatan hidup bertuhan juga digolongkan dalam kumpulan yang sama.
Jangan hanya kerana satu atau dua peristiwa buruk kita dengan pihak yang tersilap dalam menzahirkan ajaran agama, kita menghukum semuanya sama. Sebab inilah yang menyebabkan masyarakat di negar-negara maju makin tidak berminat untuk hidup bertuhan. Bagi mereka, hidup beragama ini mundur kan kolot, semestinya mereka tak berminat untuk mimpi pun untuk mencontohi orang-orang 'alim' ni.
Pointnya disini, aku benar-benar ingin memohon kepada semua orang yang rasa dia ada mempamerkan sedikit sebanyak identitinya sebagai muslim atau kristen atau hindu atau buddha atau apa sahaja, tunjukkan lah akhlak yang baik. Tujuan kita berpakaian sopan dan mengikut kriteria agama adalah supaya kita dikenali, tapi jangan pula kita mengenalkan apa ynag buruk yang tak ada langsung kaitannya dengan agama. Perindahkanlah akhlak mu. Biarlah selari dengan ajaran agama. Ye, walaupun tudung singkat, selagi kitA berjaya buat orang tahu kita ni muslim, jagalah tingkah laku, apatah lagi yang bertudung labuh.
Dan buat yang suka menghukum orang beragama ni, jangan lupa lihat diri sendiri juga. Benar, mungkin mereka tersilap, terlepas pandang yang janggut mereka sebenarnya membuat kita punyai satu harapan yang dia perlu berpewatakan sebegini. Janganlah kau cetek dan senang mengutuk sesuatu agama hanya dengan melihat seorang penganutnya. Mungkin kau rasa akhlak kau lebih baik walau kau sekular, tapi jangan hanya cari salah orang. Fikir balik, sampai bila kau nak nafikan status kau sebagai seorang yang dicipta dan mempunyai pencipta.
Sedarlah, kita semua ada kekurangan dan kesilapan, siapa yang lebih besar silapnya, biarlah yang berhak saja yang menilainya.
Ayuh, masih belum terlambat untuk kita sama-sama amalkan agama, percantikkan akhlak dan mencipta kejayaan didunia dan diakhirat.
WallahuAlam
No comments:
Post a Comment