Allah sahaja yang tahu kenapa dia letak aku disini dan kamu di sana. Tapi aku atau engkau tak mampu untuk cakap kehidupan aku atau kamu yang lebih baik atau lebih sukar. Nikmat itu bermacam jenis. Harta, kesihatan, keluarga, kepintaran, rakan-rakan, kerjaya dan sebagainya. Musibah pun macam tu juga.
Selepas melalui satu fasa sukar dalam hidup aku, aku telah mengambil keputusan untuk TERIMA. Terima sahaja apa yang datang dan terima sahaja apa yang hilang. Masalah aku besar. Tapi, masalah kamu pun besar. Masalah mereka pun besar. Tapi besar mana? Siapa yang lebih besar masalahnya? Siapa yang lebih berhak dapatkan belas dan kasihan? Bukan kita punya untuk tentukan.
Aku ni degil, kan? Aku susah nak percaya cakap orang sehingga aku lalui dan alami sendiri apa yang aku patut yakin. Waktu aku susah, aku tak tahu nak buat apa. Aku rasa doa itu sudah cukup. Tapi orang yang prihatin dengan perubahan sikap aku selalu nasihat kan aku supaya aku kongsi kalau ada masalah. Tapi masalah aku ni, aku tak percaya orang. Aku bukan tak nak cerita, tapi aku sentiasa yakin yang semua orang ada masalah dan buat apa aku nak tambah masalah orang lain. Tapi yang peliknya, aku suka dengar masalah orang. Bagi aku, bila dengar masalah orang, aku tak payah fikir pasal masalah aku.
Kalau kau bukan orang macam aku. Ini pemberitahuan yang ada manusia yang suka lari dari masalah macam aku ni. Bertahun, hobi aku korek masalah orang dan cuba selesaikan sama-sama. Aku seronok buat kerja tu. Aku dapat kawan. Aku dapat buka minda, aku dapat lihat keajaiban tuhan. Tapi aku tak pernah terfikir nak luahkan masalah aku kat orang. Mungkin aku dikaburi dan tertipu dengan semua pujian mereka.
Orang berterima kasih pada aku sebab aku sanggup luangkan masa dengar dan faham masalah mereka. Bagi aku, tak ada apa yang perlu diterima kasihkan pun. Sepatutnya aku yang perlu balas jasa baik mereka sebab percaya dan beri peluang pada aku dengar semua tu. Aku bersyukur sebab cara itu berkesan untuk beberapa tahun.
Tapi itulah, tak ada benda yang kekal. Masalah mereka selesai, aku punya pulak yang makin membuak. Tak pe. Aku sibukkan diri aku dengan aktiviti. Aku aktif berorganisasi, menimba ilmu dan beriadah. Orang pandang aku rajin. Aku tak pernah mintak segala pujian itu. Malah aku benci semua tu sebab mereka sedikit sebanyak mencemarkkan niat aku.
Satu kelebihan yang aku ada, aku pandai menipu, walaupun riak di wajah aku, memang aku tak mampu kawal. Makin ramai yang tegur, kenapa aku muka aku serius sangat? Kenapa kadang-kadang muka macam nak nangis. Kenapa susah sangat nak senyum? Itu aku tak mampu kawal. Tapi aku pandai olah ayat supaya aku dapat yakinkan mereka yang aku ok.
Aku seronok begitu. Tapi mestilah, mestilah ada yang tak percaya. Insan-insan yang memahami mungkin takkan percaya kata-kata aku tapi cuma iyekan. Terima kasih. Sekali lagi, bukan aku seorang je yang ada masalah. Ramai lagi ada masalah yang lebih besar. Tapi betul juga. Kalau masalah aku tak besar, kenapa aku tak selesaikan? Kenapa aku kena lari?
Disebalik kata-kata mereka yang kata aku ni kuat, tabah, rajin, matang, berani dan sebagainya, mungkin sebenarnya aku ni pengecut. Aku tak berani terima kenyataan yang aku ni lemah. Aku tipu diri aku sendiri kata aku tak de masalah dan kalau ada pun, jangan dilayankan sangat, nanti selesailah tu. Bodohkan? Kalau lari daripada masalah, macammana nak selesai?
Sekarang aku faham kenapa banyak wedding planner tak kahwin-kahwin. Mereka uruskan majlis kahwin orang tapi mereka sendiri belum kahwin. Sebab mereka sendiri lari daripada perkahwinan sendiri. Mereka puas lihat orang lain diijabkabulkan walaupun bukan mereka. Atas beberapa sebab, mereka takut untuk kahwin, mungkin kerana mereka mahu yang terbaik tapi mereka sendiri pun tak tahu apa yang dimaksudkan dengan terbaik. Mungkin kerana expectation orang lain yang mahu mereka buktikan yang terbaik dan mereka takut untuk kalah.
Mungkin mereka ada pengalaman yang membuat mereka berfikir berulangkali sebelum kahwin, cukuplah mereka bantu sahaja mereka yang ingin membina masjid. Mungkin saja bukan masanya, belum jodoh.
Aku pun tak pasti kenapa.
Tapi dalam kes aku. Aku betul-betul rasa aku seorang yang pengecut aku takut untuk terima diri aku seadanya. Aku takut nak mengaku yang aku ada masalah besar yang perlu diselesaikan sebab aku takut orang kata masalah aku ni kecik je pun. Aku takut untuk kecewa lagi. Aku takut untuk sakit lagi. Aku takut orang ingat aku lemah. Aku takut untuk mengadu. Aku takut untuk luahkan semuanya sebab aku takut orang tak boleh terima. Aku sendiri tak boleh terima.
Itulah masalah aku. Aku sendiri tak boleh terima. Tapi saat ni, aku sedar, sampai bila aku nak nafikan? Sampai bila aku nak tipu semua orang? Sampai bila aku fikir aku boleh puaskan hati semua orang? AKU BUKAN MALAIKAT. dulu mungkin niat aku nak buat baik dengan semua orang sebab aku fikir aku perlu. Tapi lama-lama aku sedar. Aku tak perlu buat baik pada semua orang, aku hanya perlu tunaikan hak mereka. Aku perlu layan mereka dengan baik selagi mereka tak layan aku buruk.
Aku fikir aku perlu hargai semua orang dan sayang semua orang, tapi aku silap, ada orang yang dihantar sebagai anugerah. Tapi ada juga orang yang dihantar untuk halang aku kecapi impian aku. Dalam kes ini, aku terpaksa ketepikan mereka. Aku tak perlu puaskan hati mereka, tapi aku tak perlu sakitkan hati mereka.
Ada juga orang yang kita perlu jaga bicara kata kita dengan mereka. Tapi ada orang yang akan hadir hanya untuk beri aku peluang untuk buat dosa bertekak dan berbahas perkara bodoh dengan mereka. Aku perlu bijak buat pilihan. Perkataan aku mahal. Aku simpan hanya untuk mereka yang layak.
Aku silap kerana aku fikir dalam hidup ini, aku perlu pastikan bahawa kehadiran aku disedari dan bermakna, tapi aku sedar yang lebih penting, pastikan kehilangan aku dirasai. Biar semua itu jadi satu tanda tanya. Aku takkan tahu keberhasilan aku, jadi aku perlu ikhlas. Biarlah orang yang aku sayang hina aku sekarang, mungkin cara terbaik bukan lagi pastikan dia sedar yang aku sebenarnya mahukan kasih sayangnya, jalan terbaik ialah, pastikan bila aku tiada nanti, dia rindu.
Aku memang suka menulis, sebab aku tak mampu berbicara. Aku rasa takkan ada orang faham masalah aku.tapi bila aku tulis, biarlah dia menjadi sebuah nukilan yang terbuka. Kau boleh faham atau salah tafsir penulisan ini. Tapi lebih baik aku tak tahu. Aku pilih cara ini. Aku boleh marayu di facebook tapi itu terlalu umum aku tak mahu orang like atau komen, aku tak perlukan publisiti atau belas kasihan manusia. Tapi mungkin disini, ramai yang tak kenal aku baca, mungkin sedikit sebanyak menyumbang perkembangan minda dan hati mana-mana insan. Manalah tahu. Setakat ni komen banyak yang sangat membangkitkan semangat. Terima kasih. Aku mungkin merungut. Aku mungkin mengadu. Aku mungkin mengeluh.
Tapi, seperti yang aku dah tulis, aku bukan MALAIKAT untuk puaskan hati semua orang. Aku tak perlu kelihatan baik pada semua. Cukup Allah yang tahu niatku. Semoga dijaga selalu.
"pastikan kehilangan aku dirasai".
ReplyDelete