Tazkirah untuk hari ini :)
Kadang-kadang, atau selalu kita mengeluh bila kita dah penat buat benda yang selalu kita buat. Atau, kita bosan dengan kehidupan atau kesusahan yang kita lalui. Bila masalah datang, kita akan suka fikirkan masalah itu walaupun kita tak adapun jalan penyelesaiannya. Emosi kita terganggu. Kita mengeluh, mengadu tapi tak ada yang mampu tolong. Seperti dalam hadis dibawah:
Diriwayatkan daripada Saidina Ali k.w katanya: Saidatina Fatimah r.a mengeluh sambil mengilas tangannya. Waktu itu beliau mendengar Nabi s.a.w mendapat seorang tawanan yang boleh dijadikan sebagai khadam. Saidatina Fatimah r.a pergi menemui Nabi s.a.w namun beliau tidak menemui baginda, cuma berjumpa Saidatina Aisyah r.a dan menceritakan maksud kedatangannya. Apabila Rasulullah s.a.w pulang, Saidatina Aisyah r.a terus menceritakan kepada baginda mengenai kedatangan Saidatina Fatimah r.a. Nabi s.a.w kemudiannya pergi menemui kami. Waktu itu kami sedang berada di tempat tidur, kami bangkit untuk menemui baginda lalu baginda bersabda: Tetaplah di tempat kamu. Baginda seterusnya duduk di antara kami sehinggalah aku reda dari memarahinya kemudian baginda bersabda: Inginkah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari permintaan kamu? Apabila kamu berada di tempat tidur masing-masing, kamu hendaklah membaca *takbir (a) sebanyak tiga puluh empat kali, tasbih (b) sebanyak tiga puluh tiga kali dan tahmid (c) sebanyak tiga puluh tiga kali*. Semuanya itu adalah terlebih baik dari seorang khadam.
(a) Allahu akbar (takbir)
(b) Subhanallah (tasbih)
(c) Alhamdulillah (tahmid)
Cuti ni, banyak yang aku belajar. Walaupun aku agak sedih kerana tertinggal beberapa program yang aku sepatutnya hadiri, tapi mungkin inilah hikmahnya. Walaupun mungkin aku rugi banyak, tapi aku sebenarnya tak menyesal. Aku ada pengalaman aku sendiri.
Hadis tu ajar aku banyak perkara penting. Jadi, secara ringkasnya, apa yang aku belajar adalah seperti berikut:
1. Semua orang ada masalah. Puteri nabi pun hadapi kesusahan.
2. Mengeluh itu perkara biasa. Puteri nabi pun mengeluh. Cuma jangan putus asa
3. Bila ada masalah, kita pastinya mahukan penyelesaian, cuma kadang-kadang kita mengimpikan sesuatu yang sebenarnya bukan penyelesaiannya.
4. Oleh kerana Allah itu maha mengetahui, Allah tak bagi apa yang kita minta, tapi Allah akan berikan sesuatu yang lebih baik daripada itu.
5. Pun begitu, kita sebagai manusia biasa, mudah untuk tertipu dan terpedaya. Kita sangka doa kita belum dimakbulkan
6. Sedangkan, kita dah dapat pun apa yang kita perlu, walaupun tak dapat apa yang kita nak.
7. Disebabkan kita tak sedar dengan adanya keperluan itu di depan mata, kita gagal untuk menggunakannya sebaik mungkin
8. Seperti nasihat Rasulullah kepada fatimah, nabi suruh takbir. Bagi aku itu maksudnya nabi suruh cari yang maha berkuasa, yang maha besar untuk mengadukan kesusahan
9. Seterusnya, nabi suruh tasbih. Maha suci Allah. Carilah hanya Allah bila hadapi masalah.
10. Kemudian, jangan lupa ucapkan tahmid, Alhamdulillah. Bersyukurlah kerana adanya Allah. Adanya nikmat-nikmat yang lainnya. Walaupun ujian besar melanda, bersyukurlah kalau kita teringat untuk amalkan pesanan nabi ni. Bermaksud ujian kita tu mendekatkan diri kita kepada Allah.
11. Akhir sekali, kesimpulan yang aku dapat dari hadis ni, bila kita ada masalah, daripada dok fikir tentang masalah yang kita pun tak tahu macammana nak selesaikan, baik ingat Allah. Baik fikir tentang Allah daripada bebankan diri dengan masalah kita tu.
ASTAGHFIRULLAH
Well, aku tak kata ni senang nak buat bila kita dilanda ujian. Aku pun, kena batang hidung sendiri, bukan mudah nak amalkan. Jadi, tu lah tujuan post ini. Sebab hobi aku bila aku sedih, aku suka baca balik semua post yang aku lernah tulis. Harapnya aku akan baca post ni juga, supaya aku dapat ingatkan diri aku sendiri. * jika masih hidup
WallahuAlam

No comments:
Post a Comment