iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Wednesday, August 5, 2015

Hasilnya... :) inilah kehidupan

Asam garam kehidupan. 

Orang kata, pengalaman itu mendewasakan. Betul lah tu. Alu tak ada bantahan. Cuti tiga bulan ni banyak mengajar aku. Banyak oengalaman pahit manis yang berlaku dalam hidup aku tanpa aku pernah minta. Aku bersyukur semua ni berlaku. Yang baik, harapnya aku takkan lupakan. Yang buruk cukuplah apa yang aku belajar sahaja yang aku simpan. Harapnya aku dapatlah buat sifat dendam aku. Secara kesimpulan ya, aku nak rakamkan apa yang telah aku belajar selam tiga bulan ini. Memandangkan lagi kurang 2 minggu, aku akan meninggalkan malaysia sekali lagi, insyaAllah.

1. Bersyukurlah. Walaupun kita digelapkan dengan perkara ynag kita tak sukai, ucap lah alhamdulillah dahulu sebelum cuba mengadipu domba.

2. Semua orang boleh cakap kau terbaik atau terburuk, tapi itu sepatutnya tidak mengubah pendirian kau sebagai hamba Allah yang mahukan redhanya,

3. Apabila orang berlaku tidak adil dan mengkhianati engkau, itu tidak membuktikan kebodohan engkau. Mereka hanya menunjukkan siapa mereka. Jadi jangan kau bebankan fikiran kau.

4. Bahasa perlu dijaga. Lemah lembutlah. Kadang-kadang dalam suasana tegang, mudah untuk kita lontakkan kata-kata kesat dan sebagainya. Jangan terpedaya. Kau taknak menyakitkan hati sesiapa lagi dalam situasi sebegitu. Jadi, lebih baik diam lah, PENTING

5. bila kau rasa hidup kau dah tak seperti yang engkau mahukan, jangan salahkan orang lain. Lihat balik diri sendiri, ubah lah apa yang patut. Mungkin benar, kau tak salah, tapi pasti ada baiknya kau perbaiki kehidupan kau daripada mengharap orang lain berubah.

6. Semua orang berlainan. Walaupun bila berbicara tentang common sense, tak semua yang kita rasa common sense tu, common  sense bagi orang lain. Logik kita dan logik mereka mungkin jauh berbeza. Luangkan masa dengar apa alasan mereka. Jika kau rasa kau tak dapat terima cqra pemikiran mereka, cadangkan apa yang kau rasa betul. Jika kita yakin kita betul, jangan memaksa, nasihat atau diam sahaja pilihan yang ada

7. Seperti mana kau mahu orang lain hormat kau, kau perlu hormat mereka juga. Jika kau mahu mereka terima kau seadanya, kau dahulu perlu hormati keputusan mereka ynag tak dapat terima kau. 

8. Kita hanya merancang, hanya Allah yang menentukan. Impian dan angan-angan akan sentiasa bermain dalam fikiran engkau, tapi yakinlah, Allah akan berikan hanya yang terbaik.

9. Tak salah untuk menangis, mengeluh, merasa lemah. Tapi bukan buat selamanya,. Selepas kau luahkan segala perasaan, segeralah bangkit kembali kerana ummah perlukan engkau.

10. Ikhlaslah. Apabila membuat sesuatu, jangan pernah meminta balasan. Buat kerana Allah suruh berbuat baik, bukan buat baik keran engkau mahu mereka berbuat baik kepada mu. Jika itu pemikiran mu, bersedialah untuk patah hati.

11. Positiflah. Itu sunnah. Buatlah andaian sendiri, walau terpaksa tipu diri sendiri, tak salahnya kau bagi alasan agar kau boleh bahagia.

12. Dalam merancang kehidupan, walaupun kau tak mampu rancang dengan pasti, buatlah keputusan mengikut kata hati. Jangan ikut apa orang kata, kerana kau akan cenderung untuk salah kan mereka. Tak salah untuk tanya pendapat, tapi tapis dan tanya diri sendiri, apa yang kau mahukan dalam hidup. Hidup mu adalah hidupmu. Kalau nak tiru, tiru hanya yang baik-baik dan ambil tahu kenapa!

13. Harapan dan penantian walaupun nampak mustahil, yakinlah tak ada yang mustahil. Kalau tak percaya pada diri sendiri, yakin lah pada Allah

14. Berhubung dengan point 13, berdoalah. Setiap kali kau rasa lemah, tak mampu, berdoalah. Saat tak mampu berbicara, berdoalah. Saat tak mampu berbuat apa-apa, berdoalah. Dan jangan lupa yakin, doa itu ibadah, perbanyakkanlah

15. Tawakallah, sedar yang kau takkan boleh kawal semua benda. Salah silap yang berlaku disekitarmu tak semestinya salah engkau,

16. Mengakulah kesalahan. Jujur dengan diri sendiri. Taubatlah diam-diam. Kau tak perlu umumkan, cuma ikhlas mahu berubah. Cuma jangan lupa, minta pertolongan Allah. Berubah kearah kebaikan itu tak mudah. Cabaran datang. Kuatlah

17. Jangan banding hidupmu dengan hidup orang lain. Kau adalah engakau dan bukan mereka.

18. Ada sebab kau masih hidup. Jangan pentingkan diri sendiri. Berbaktilah kepada orang lain. Jika kau belum gembira dengan hidup engkau, gembirakanlah hati orang lain. Kau akan puas. 

19. Belajar untuk senyum. Senyumlah

20. Kau tak perlu orang lain faham engkau. Cukup sekadar kau yakin Allah maha mengetahui dan maha membalas.

21. Apabila orang tak tunaikan hak engkau, jangan berhenti tunaikan hak mereka. Kau tak mahu  sama dengan mereka. Dosa mereka, biar mereka tanggung. Kau jangan cipta dosa baru. Sabarlah.

22. Ada masa kau tak faham dengan apa yang sedang berlaku, kau tak faham kenapa orang seperti itu wujud, tak apa, kau tak perlu faham. Kau cuma perlu pintar

23. Jelajahlah. Kembara, kau cuba kembara dan jadi orang lain, selami kehidupan orang lain. Kau kaya, belajar jadi miskin. Kau orang bandar, belajar jadi orang kampung. Kau orang ternama, belajar jadi orang di golongan bawahan. Kau orang, malaysian, belajar jadi warga asing. Fahami kisah mereka. Banyak perkara kau akan mual sedar. Kebahagiaan itu bukan seperti yang di uar-uarkan. 

24. Selepas itu, fikirkan tentang hidupmu. Jujur, apa yang kau mahukan! Jangan mudah terpedaya.

25. Baca berita dunia, kau akan dapat semangat itu untuk bangun kembali. Dunia perlukan orang yang mulia dan kau diperlukan!

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment