kebahagiaan tu memang sekejap je kan. :')
betul lah orang kata, selagi kita hidup Di dunia ni, memang tak ada yang kekal.
minggu ni memang minggu yang paling bahagia buat aku. aku mengambil keputusan untuk mengembara. keluar daripada rumah Dan duduk Di rumah maksu aku. sengaja. aku nak main dengan anaknya yang berusia setahun setengah yang belum kenal aku.
ingat nak duduk satu malam saja. jadinya 4hari 3 malam. rupanya opah atuk pakcik Dan dua pupu aku pun ada disana. rumah sewanya itu kecil sahaja. kecil sangat. astro pun lupa baya, maka takde lah nak tengok tv.
hari-hari pegi pasar pagi bawa anaknya naik motor. aku pula yang seronok. maksu memang tak kerja. paksu ada bisnes baju muslimah yang maju. dulu maksu kerja dengan paksu sebelum dapat umairah. jadi, sejak ada umairah ni, maksu memang jadi suri rumah sepenuh masa la. seronok pula aku tengok. dengan adanya opah Dan atuk, yang asyik nak berlawan saja, aku sangat terhibur. mungkin sebab rumah kecik. pegi mana pun, last-last jumpa juga. teringin pula aku nak ada rumah kecil. biar kecil, asal erat silaturahimnya.
paksu suruh maksu bawa aku jalan-jalan, takut aku bosan. tapi sejujurnya, aku memang sudah sangat bahagia duduk dirumah mereka. gelak saja kerja. maksu tak pernah marah-marah. paksu pun walaupun agak bengis mukanya :P sebenarnya sangat penyabar Dan lawak juga. pak su orang minang Indonesia. maksu orang kedah. seronok aku dengar mereka bercampur- campur bahasa. sesekali mereka Cuba mengajuk aku bahasa omputih. yg gantung-gantung dipanggilnya shikin ( keychain). confident pulak tu. mahu tak tergelak aku. lepastu boleh pulak bergaduh pasal ketupat. yang tiga segi atau yang empat segi yang original.
aku seronok sangat lihat mereka. dulu aku tak nak maksu kahwin sebab aku takut hilang dia. tapi alhamdulillah, aku makin rapat. dia dan paksu makin lama makin beriman. paksu rajin sangat solat Di surau atau masjid. subuh pun berjemaah Di masjid.
rajin pulak tu membaca buku-buku ilmiah. sejuk hati aku tengok. mereka berubah sama-sama. mereka dulu selalu juga tinggal solat. sekarang solat semua awal waktu. alhamdulillah.
mereka makin kaya, makin bersyukur Dan makin tekun beribadah. kagum nya aku.
haih paksu dah la hensem, kaya, beriman pula. untungnya maksu. maksu memamg sangat baik orangnya. penyabar. mereka ni kira contoh bukti janji Allah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik Dan sebaliknya. aku doakan yang tetbaik buat mereka.
kalau orang tanya aku apa maksud berkat, aku akan jawab berkat itu seperti kehidupan paksu Dan maksu. biar tak cantik, tapi hati baik. biar rumah kecil, janji dirahmati.
terima kasih Allah, atas peluang ini. aku bersyukur sangat. Bahagia itu kadangnya, tak hadir dalam bentuk yang kita harapkan, tp Allah itu maha Adil. SubhanaAllah :)
banyak yang aku belajar. terima kasih maksu! aku sangat mengagumimu. sabar Dan ceria. kau memang istimewa. kau bukti janji Allah itu pasti. semoga dijaga Allah selalu!
No comments:
Post a Comment