Orang pakai baju ketat ko kata dia seksi, teruk.
Bila dia mula pakai longgar, apsal tak pakai tudung?
Bila pakai tudung, ko tanya apsal lengan pendek
Bila pakai lengan panjang, apsal baju tak labuh
Bila pakai baju labuh, apsal tak pakai jubah, skirt
Bila dah pakai jubah, apsal tak pakai tudung labuh
Kau pun tak lahir-lahir pakai pirdah kan?
Aduh,,, apa masalah korang sebenarnya ni?
Orang nak berubah, cuba lah bagi semangat sikit!
Drama?
Bila tengok drama melayu, korang kutuk ada scene peluk-peluk
Bila tak ada scene pelok, tanya pulak apsal tak tutup aurat
Bila tutup aurat, kenapa ada scene sentuh,
Bila tak dan scene sentuh, marah pulak cerita tu tentang cinta
Bila buat cerita tak cinta, korang tak tak tengok pulak
Korang dok tengok cerita mat salleh, jepun, korea, hindustan
Rancangan tv?
Bila buat realiti tv nyanyi-nyanyi semua, korang kata merepek.
Bila buat rancangan masak, korang kata cliche
Bila buat bual bicara, korang kutuk pendapat panel ni, artis tu
Bila buat realiti tv, pencetus ummah, imam muda, daie, korang kata baik pegi sekolah pondok,
Tapi korang tengok pulak running man apa semua tu.
Aku rasa kira baiklah inisiatif nak islamik kan rancangan kat tv tu
Tapi kena amik masa lah bro. Mana boleh mendadak
Selebriti berhijrah,
Dah pakai tudung, kenapa masih bersentuhan,
Tak bersentuhan, kenapa make up tebal?
Bila tak make up tebal, tanya kenapa masih belakon
Korang nak kata, kalau berhijrah patut dah tak terlibat dunia glamor?
Dah tu kau nak yang ditayang kat tv tu semua yang tak cukup kain?
Diorang oun sedng mainkan peranan dakwah diorang gak.
Kau siapa nak hukum?
Aku sebenarnya gembira tengok perubahan industri lakonan dan nyanyian di malaysia. Rancangan tv pun makin berunsur yang bermanfaat. Kalau tazkirah 24 jam pun bukan korang nak tengok sangat pun kan?
Aku sokong perubahan positif ni. Cuma golongan perasan baik ni, jangan lah asyik menghukum je. Slow-slow lah. Kita nampak apa yang diluar sahaja, niat mereka kita tak tahu. Siapa kita nak menghukum? Entah mulianya niat mereka nak berubah, kau yang tuduh melulu dan sebar fitnah, buruk sangka dan sebagainya, kau ingat Allah nak pandang siapa?
Kau mampu nak jumpa orang yang kau tuduh tu, pegi minta maaf? Kalau ok, tak pelah.
Betul mungkin aku salah, tapi pada pandangan aku, beginilah. Aku insan biasa. Maaf jika aku salah. Terangkan lah apa yang mungkin aku tak faham.
Maaf jika aku yang sebenarnya menghukum. Astaghfirullah. cuma, support lah sikit orang nak jadi baik! Karang dia patah balik sebab engkau, menyesal tak henti kau nanti.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment