iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Thursday, June 1, 2017

Ahlan ya Ramadhan

Rasa macam kejap je. Dah Ramadhan dah. Harini dah hari keenam dah dah. Macam-macam perasaan yang aku ada dalam jiwa ni. Entah tak tahu kenapa tapi rasa rindu sangat dengan pengalaman-pengalaman ramadhan sebelum ni. Ramadan memang special. Setiap tahun, ia merupakan titik perubahan yang pasti ada dalam hidup aku. Tiga tahun lepas, memori ramadhan ku masih jelas. Kali pertama aku berpuasa 18 jam di Amerika Syarikat. Jiwa aku hidup sangat. Alhamdulillah waktu tu pun, waktu cuti tiga bulan. Siang yang panjang aku gunakan untuk menuntut ilmu, (selain qada’ tidor malam yang pendek). Suasana di masjid dengan pelbagai tradisi yang di bawa oleh muslim dari bermacam negara, rasa sangat meriah.

Tahun berikutnya aku pulang ke Malaysia untuk berpuasa bersama keluarga, Alhamdulillah. Namun, tak ku sangka masa ynag ku sangka akan membahagiakan, bertukar menjadi sangan mencabar. Aku tak sangka itulah masa aku diuji dengan begitu teruk sekali. Masih ku fikir, bagaimana Allah telah membantu aku mengharungi semua itu.

Tahun lepas, antara ramadhan yang paling bermakna. Siapa sangka hari pertama ramadhan aku adalah di Manchester, kemudian aku ke Scotland, kemudia ke negara-negara balkan- Croatia, Bosnia dan Hungary.  Bosnia, adalah negara yang aku paling mahu jejaki selepas arab saudi. MashaAllah, aku masih tak percaya yang aku telah pun diberi peluang berpuasa, iftar dan bertarawikh di sana. Pengalaman bermusafir sambil bermuasafir dan berpuasa di negara impian tak dapat ku ungkap dengan kata-kata.

Dan disinilah aku. Ramadhan 2017, aku sudah di Malaysia, sekali lagi ku sambut dengan keluarga tercinta. Tapi aku rasa sunyi sekali. Aku tak pasti kenapa. Rasa sedih sangat. Mungkin perasaan aku sahaja. Dan mungkin aku perlu lebih banyak luang masa dengan Sang pencipta. Tapi semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Aku rasa buntuh sangat dan aku rasa aku perlukan jawapan bagi banyak perkara, banyak sangat. Aku rasa terbeban dengan persoalan hidup yang aku perlu jawab. Aku rasa takut untuk buat keputusan yang akan menentukan masa depan aku. Mungkin ini tanda aku perlu lebih yakin dengan takdir Allah.


  • Side note, aku masih tertanya-tanya siapa yang salam ayah aku dulu waktu kat airport? Haha benda dah lepas, tapi sebab baru tahu, and family dok ulang-ulang, wonder jugak, Sape eh?

No comments:

Post a Comment