Betul tu, setiap orang ada ujian masing-masing. Lihat sahaja dikaca tv dan di corong-corong radio. berita- berita yang menyayat hati banyak yang menyedarkan kepada ujian hidup yang diberikan kepada insan bernama manusia.
Aku tertarik yang tulis pasal berita kemalangan 6 sekeluarga yang maut meninggalkan seorang anak lelaki yang berusia 19 tahun. Entah, waktu terdengar berita tu kat tv, aku sampai terduduk, terbayang macam mana ;ah kalau akulah yang kehilangan keluarga tu. mak, ayah, adik beradik semua meninggal serentak. tak tahu macam mana nak rasa.
Berita tentang kematian kes buli di UPNM tu pun sama, apalah perasaan keluarga mangsa yang di dera sebegitu rupa? Dalam masa yang sama, bagaimana pula perasaaan keluarga yang disedarkan yang anak mereka terlibat sebagai suspek dan dikenakan hukuman gantung?
Dan banyak lagi berita lain yang sememangnya menginsafkan.
Ada pelbagai jenis ujian dalam hidup, dan semua orang sedar tu. Tapi saat kita diuji, seriously, nak ucap innalillahi wainna ilaihirajiuun pun dah tak mampu. Secara tiba-tiba pegangan kita goyah lalu pandangan kita kelam.
Adakalanya ujian yang datang melibatkan manusia lain yang menganiaya, dan apa pula ynag tak dapat kita kesan siapa pula yang perlu dipersalahkan.
Tapi apa yang aku sedar, sifat manusia, kuat mana pun iman, pasti tergoda untuk mecari kesalahan dan menuduh orang lain. Dan kerana itulah dendam dan amarah tidak mudah dipadamkan.
Memang benar, ujian adalah salah satu faktor yang membentuk kita, jika kita pernah miskin, kita mungkin seorang yang lebih berhati-hati dalam berbelanja, atau lebih pandai mencari duit. Jika kita pernah di khianat, mungkin kita cuba untuk lebih ber waspada dan lebih berhati- hati untuk tidak buat perkara ynag sama pada orang lain pula.
Tapi percaya atau tidak, mungkin juga orang yang pernah dikhianat itu bertukar menjadi orang yang berdendam lantar mula pula mengkhianat yang lain, bahkan lebih teruk lagi.
Ujian yang sama, jika diberikan pada orang yang berbeza mungkin akan mengubah hidup mereka menjadi berlainan sekali. sebagaimana air yang sama melembutkan ubu kentang, boleh mengeraskan telur.
Benar, ujian yang kita lalui dalam hidup tak mudah untuk kita terima dengan hati yang lapang, dan tak juga mudah kita lupa dengan mudah. ujian selalunya menjadi titik perubahan dalam diri kita, tak kiralah baik atau buruknya perubahan itu.
Cuma jangan jadikan ujian yang kita lalui sebelum ini sebagai alasan untuk kita buat jahat. sejarah hitam dalam hidup pasti menghantui tapi kita punya pilihan untuk tidak dirasuk. Percaya Allah.
Ambillah masa untuk telan segala kepahitan. lain orang, lain tempoh yang mereka perlukan. Walaupun pahit, kita perlu telan juga, kerana selagi kita tak terima takdir, selagi itu kita akan menyalahkan tuhan, menyalahkan orang lain juga.
Aku pun sama bersalah, dan sebab tu jugalah aku tulis ni. Siapa sangka benda sepuluh tahun dulu boleh membayangi kehidupan kau sekarang? Siapa sangka benda yang kau pendam dan simpan elok sebagai rahsia mampu membunuh masa depan kau?
Bila orang kata, jangan pendam sorang-sorang, percayalah.
Oklah, aku pun malas nak emosional malam-malam ni. Tapi aku cuma rasa ralat dengan diri sendiri kerana masih dihantui kisah silam. Rasa macam takut dengan bayang-bayang sendiri, rasa takut adakah mereka yang selama ni memuji dan pandang tinggi aku akan benci aku jika kenal siapa aku yang sebenar?
Pujian yang orang beri, rasa tak layak aku terima. Dalam hati, "betapa Allah tutup aib aku. "
No comments:
Post a Comment