iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Friday, June 9, 2017

Keputusan yang diragui

Dah pemalas nak tulis in english...

harini Alhamdulillah dah masuk hari ke-15 dalam bulan ramadhan. Ramadhan kali ni, aku rasa berbeza sangat, beza yang aku tak dapat bandingkan dengan ramadhan yang sebelum-sebelum ni. Aku tak dapat teka sama ada ramadhan kali ni lebih baik atau lebih teruk dari sebelum ni. sesekali aku rasa sedih sebab amalan ibadah khusus aku tak sebanding dengan sebelum-sebelum ni. Tapi sesekali aku rasa bersyukur kerana ada kebaikan yang sebelum ni aku tak dapat buat, kini aku berpeluang untuk laksanakan.

Bukan tugas aku untuk menghitung dan aku pun tak nak rasa cukup dalam membuat kebaikan, cuma aku tertanya-tanya, terfikir, baik elok atau makin buruk aku ni. Tahun ini, ramadhan yang mencabar, puasa 18 jam sebelum ni aku sangka sudah mencabar, tapi puasa dan bekerja juga mencabar. Tak setanding dengan puasa dan belajar di sekolah dahulu. penat dia lain macam. Pernah juga terfikir, jika aku ikut cakap parents untuk berhenti kerja dan tumpu lebih untuk beramal ibadat di bulan puasa mungkin hari-hari aku lebih produktif. Tapi terfikir juga, mungkin kalau aku berhenti kerja, entah kerja aku tidur sahaja lepas subuh. Tak tahu lah. sebab sejak 4 tahun lepas, bulan puasa je, mesti aku cuti penuh sebulan tu. Kali ni, kerja, memang jadi mencabar lah. ( cuma tahun lepas pun mencabar sebab travel sampai sebulan di bumi eropah dan balkan.)

Rasa sedih juga sebab tahun ni tarawikh tak penuh, tapi rasa puas juga sebab sekurang-kurang nya aku rasa hari-hari aku berguna, berguna untuk kanak-kanak ditadika tu. Aku rasa semua tu dikira jugalah kan sebagai amalan. Selain tu, sebelum ni aku tak dapat nak berbakti pada keluarga, pada mama, baba, adik, abang, opah, atuk, makcik, pakcik dan para sepupu. Mungkin sebelum ni masa aku dbanyak untuk bersendirian dan beribadat, tapi kali ni, memang sangat beza, Meriah betul ramadhan kali ni, Macam-macam karenah diorang ni. walaupun masa rasa makin kurang dan asyik rasa tak cukup je, aku harap aku tak sia-siakan masa yang ada.

Aku jadi keliru, mana yang lebih utama dalam bulan ramadhan. Aku pun tak pasti nak jawab. Tapi apa pun, aku harap sangat aku tak ambil keputusan yang mengecewakan. sebab aku tak pasti sama ada adakah lagi ramadhan akan datang untuk aku. Terlalu ramai yang mempersoalkan keputusan yang aku buat dalam hidup aku menyebabkan aku kadangkala goyah dengan pendirian. Ramai yang sangka aku melawan arus, tapi aku harap mereka percaya dengan keputusan aku sekurang-kurangya hormat dengan keputusan yang aku ambil.

Atau mungkin aku yang terlalu sensitif dan terlalu memikirkan apa yang orang kata. Tetapi, ada gentar dalam jiwa untuk menghadapi hari raya nanti, sebenarnya. Aku takut, takut terambil hati dengan soalan-soalan typical sanak saudara nanti. walaupun sudah dapat dijangka, tapi aku tetap takut.

Cuma doaku dan harapanku, semoga orang percaya yang aku seorang yang berfikir panjang untuk buat keputusan. walaupun aku ambil kata putus yang agak aneh dan tak tercapai akak banyak orang, aku mohon orang tak terlalu persoalkan keupayaan aku dalam usaha menjadi seorang yang berjaya. Mungkin definisi berjaya kita lain, tapi aku amat perlukan sokongan dan kepercayaan.

Semoga dipermudah.
Rezeki semua Allah atur, aku bukan putus asa dan tak juga aku melengah-lengah. malah aku sebenarnya berlari mengejar cita-cita. Ramai tak nampak, ramai tak percaya. maaf aku memang degil.


No comments:

Post a Comment