Lagi dua hari aku akan kembali ke sana, insyaAllah
Maaf jika tulisan aku telah merunsingkan kamu.
Maaf, jika tulisan aku selama tiga bulan ini telah mengganggu fikiran kamu.
Aku menulis bukan kerana mahu minta simpati.
Aku menulis hanya sekadar meluahkan rasa.
Aku tak kata masalah aku ini yang paling besar.
Tak pula aku kata hanya aku yang punya masalah.
Cuma aku dapat rasa hidup sedikit berliku yang membuat aku keliru.
Ini kisah aku.
Aku tak beniat nak mengaibkan sesiapa.
Aku juga tak mahu membuka aib sendiri,
Aku punya alasan atas semua ini.
Satu hari nanti, aku akan bersyukur tulis semua ini.
Kau mungkin takkan faham.
Tapi tak mengapa. Aku tak paksa kau faham.
Benar, aku pernah hampir putus asa.
Benar, aku pernah soalankan kenapa semua ini terjadi.
Aku mengaku aku silap.
Aku insan lemah, itu pasti.
Tapi aku tak pernah kata aku tak mampu.
Selagi ada Allah, selagi itu aku mampu.
Cuma kadang hidup ini terlalu meletihkan.
Letih apabila kita jatuh, cuba bangkit, jatuh dan jatuh lagi.
InsyaAllah aku tak akan putus asa.
Aku tak akan mengalah.
Hidup aku tak seperti hidup semua orang.
Aku mungkin ada apa yang kau impikan, tapi aku tak punya apa yang engkau ada.
Cuma itu yang mahu aku sampaikan.
Jika kau lihat aku tinggi, itu semua kuasa Allah.
Aku masih menagih suatu yang asas.
Asas kebahagiaan.
Mungkin benar kata kamu.
Mungkin benar bahagia aku bukan disini.
Mungkin aku perlu berhenti harap bahagia didunia.
Tetaplah melangkah walau kaki berdarah
Berdiri diatas duri tak membawa kebaikan.
Kebelakang pun tak guna.
Baiklah teruskan sahaja melangkah
Kerana hidup ini tak kekal, dan sakit ini semua ada akhirnya
Benar, aku banyak menangis.
Bukan kerana aku mengalah.
Aku cuma memujuk hati.
Menghilangkan sakit didada.
Jika kau nampak aku lemah, aku minta maaf.
Aku cuba bangkit, cuma itu perlukan kekuatan.
Untuk meneruskan kebangkitan, aku mengalirkan air mata.
Setelah itu, aku segera keluarkan pedang kembali.
Satu hari nanti!
Itu bisik hatiku setiap hari.
Walau setiap pagi aku buka mata, aku dapati ini bukan harinya,
Aku tak mahu putus asa. Mungkin esok.
Aku yakin, satu hari nanti, aku akan dapat hasilnya,
Aku hanya perlu ikhlas,
Aku perlu kuat. Aku perlu kental.
Teruskan berdoa, kerana doa itu pasti ada yang mendengarnya.
Cuma belum tiba masa terbaik.
Tetaplah iman
Tetap berbuat baik.
Jangan harap disedari
Cukup Allah yang tahu.
Tahanlah sikit lagi.
Sedikit sahaja lagi.
Maaf jika kehadiran aku menyesakkan
Maaf aku masih dihadapanmu
Sampai waktu,
Ku akan pergi jua.
Andai ini pertemuan akhir kita,
Aku mahu kau tahu,
Kau sangat ku cintai.
Terlalu aku cintai
Maaf aku membebankan.
Maaf aku mengganggu kehidupanmu
Aku harap kau bahagia
Bila aku tiada nanti
Aku tahu kau tak akan menangisi.
Malah mungkin kau lebih senang hati.
Cuma satu dari aku,
Terima kasih untuk semua ini
My...
ReplyDeleteðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜dont give up...La tahzan innallaha maana... I always pray ur happiness