Aku ingat lagi, aku punya satu hobi yang agak pelik. Aku tak tahu lag orang lain macam mana. Mungkin mereka pun suka buat jugak, tapi aku tak tahu lah sebab aku tak nampak.
Aku suka bayangkan keadaan aku mati. Bila aku terjatuh atahu terbaring, aku suka tutup mata dan bayangkan andai betul itulah waktu aku hembuskan nafas yang terakhir. Aku akan mula imbas kembali apa yang aku baru shaja lakukan. Apa perkataan terakhir yang aku ucapkan kepada orang lain. Apa kesalahan aku yang aku tak sempat betulkan.
Aku tak tahu kenapa, tapi aku selalu yakin yang masa aku tak lama. Aku selalu fikir yang aku akan mati pada usia muda. Aku tak pasti jika semua orang fikirkan benda yang sama. Aku tak pernah bincangkan benda ni dengan orang lain sebab aku tak rasa ramai orang terbuka dengan topik ni. Ramai orang tak suka bila kita sebut tentang kematian, walaupun ianya sangat pasti
Aku takut mati. Aku tak mampu nafikan itu, tapi mungkin sebab aku manusia biasa, apa yang aku buat, tak macam aku takut mati. Hari- hari aku cuba untuk buat satu benda baik yang baru, supaya jika aku betul mati hari ini, sekurang-kurangnya hari ini lebih baik daripada semalam.
Tapi hidup memang tak mudah. Walaupun itu apa yang aku impikan, sering saja kau terpesong. Aku buang masa, aku buat jahat, aku buat dosa dan sebagainya. Jahatnya aku. Astaghfirullah.
Atas sebab bayangan aku ini juga lah aku akan pastikan yang aku tak tidur waktu asar. Aku ada ingat tentang jika Allah kehendaki, Allah akan beri tanda buat hambanya selepas asar, pada 100 hari, 40 hari, 7 hari dan sehari sebelum kematian. Aku rasa, aku perlu sedar tanda-tanda itu supaya aku lebih bersedia.
Sebab perasaan ini juga yang membuatkan aku selalu impikan agar aku dapat berkahwin seawal mungkin. Sebab aku nak dapat kelebihan jadi isteri yang solehah, ibu yang baik. Aku nak ada anak yang akan doakan aku bila aku dah tak ada nanti. Sebab aku takut, takut sangat jika bula aku tak da nanti, tak ada siapa yang nak doakan aku, tak ada yang ingat aku lagi.
Setiap hari aku hidup. Seboleh-boleh aku nak bagi nasihat dan peringatan buat orang lain, supaya bila aku takda nanti, mereka akan jadi saksi yang aku adamguna hidup aku untuk menyeru mereka kepada Allah. Aku teringin sangat nak jadi seseorang yang dapat beri inspirasi kepada seseorang. Supaya kehadiran aku dalam hiduo mereka tak sia-sia. Aku sangat takut andai kematian aku adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Allah, aku mohon tidak.
Aku sedar aku insan yang banyak sangat dosa. Aku cuba untuk berubah tapi aku ini tak seperti orang lain yang hebat iman mereka. Aku selalu sangat lalai. Allah, ampunilah aku.
Atas sebab ni jugak aku tak suka berhutang. Aku tak kisah orang berhutang dengan aku. Tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk tak berhutang. Agar hutang aku tak kan mengengar aku nanti.aku sangat takut itu,
Huh, Allah. Betul ke perasaan ini? Andai ditakdirkan aku memang takkan rasa hidup yang lama, aku sebenarnya sangat bersyukur. Kuranglah masa untuk aku bermaksiat. Tapi aku harap sangat untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa ku. Aku sayang sangat dekat mereka. Tapi aku belum kuat untuk tunjuk.maafkanlah aku. Allah, kasihilah mereka. Amiin
Kadang-kadang aku mula rasa penat dengan dunia ni. Dunia yang orang selalu lupa betaPa ia bersifat sementara. Aku pun selalu lupa, selalu bercita-cita untuk capai sesuatu di dunia, tapi lupa tentang akhirat.
Aku sengaja tulis ini, supaya aku dapat baca lagi dan lagi. Tentang apa impian sebebar aku. Aku nak jumpa Allah dalam keadaan Allah tak murka kat aku. Allah, perkenankan lah. Aku tak nak jadi hamba yang tak guna! Sungguh aku tak nak.
Allah, tunjuki jalan yang lurus dan matikan lah aku sebagai muslim. Akhiri hidupku dengan husnul khatimah. Amiin
No comments:
Post a Comment