Aku lebih daripada hanya sekadar rupa. Dahulu, alu tak pernah sedar tentang kecantikan ku. Aku sangka kerana badanku berisi, aku tak cantik. Tapi cantik itu subjektif. Aku pernah berhadapan dengan ornag yang kata aku cantik, tapi aku nafikan. Aku tak rasa aku ini cantik mana pun. Tapi, apabila ramai yang mengulang-ulang ayat itu, aku mula terfikir. Jika itu apa yang mereka fikirkan, apa hak aku untuk nafikan? Lagipun, kecantikan yang ada pada aku bukannya aku cipta sendiri. Semuanya datang dari Allah. Bila orang puji, sebenarnya mereka memuji Allah. Kenapa aku nak nafikan?
Alhamdulillah, cantik itu kurniaan, tapi bagi aku, itu ujian. Buat mereka yang tak pernah berada ditempat aku, mungkin sukar untuk mereka fahami. Enakkah apabila orang tidak henti memandang kearah engkau memerhati apa sahaja yang engkau buat? Buat yang sukakan perhatian, mungkin. Tapi bukan aku. Buat siapa yang pernah kenal diri ini sejak sekolah rendah dan awal sekolah menengah, mereka pasti paham yang aku dulu tak seperti rupa aku yang sekarang. Aku lebih gemuk, gelap, pendek dan selekeh.
Alhamdulillah, Allah indahkan aku. Tapi itu benar-benar ujian kerana aku mula dapat kata-kata manis dari orang lain. Terutamanya yang lelaki, apabila mereka pandang aku tak lepas, dan mula suka aku, aku keliru and sangat benci jika mereka sukakan wajah fizikal aku dan bukan akhlak atau keistimewaanku. Kadang-kadang, aku risau jika bakal suamiku nanti adalah orang yang hanya melihat pada wajahku,
Sebab itulah Allah suruh, apabila melihat cermin, baca doa agar diperindahkan akhlak sebagaimana indahnya wajah kita. Aku benar- benar berdoa agar wajah aku tidak akan mendatangkan fitnah ataupun musibah buat sesiapa. Kerana itu jugalah aku mahu kahwin, agar segala kerisauan ini, dihilangakan dan sekurangnya, aku punya pelindung.
Tapi, itu kisah jauh, aku ingin kahwin tapi belum bersedia. Alquran pun tak hafaz lagi. Masak pun masih tengah belajar lagi, menjahit pun baru asas. Akhlak, lagi lah perlukan pembaikian. Allah, permudahkan lah.
Sebab itulah, ada sebabnya kenapa aku belum temu jodoh. Baiki dulu diritu. Buat masa ini, cukuplah pelindung aku hanya Allah. Dia sebaik-baik pelindung. Semoga aku tabah dan tak mudah hanyut dalam nikmatNya. Allahumma Amiin
No comments:
Post a Comment