Aku bukan yang mahu kan perhatian atau yang mahukan wang ringgit
Aku tak menunggu orang duduk dikelilingku mendengar segala cerita dan curahan hatiku
Aku tak menunggu orang belikan hadiah diharijadiku
Aku tak minta orang luahkan kasih sayangnya secara verbal kepadaku.
Aku hanya minta hormat
Sekurangnya, hormat lah aku sebagai manusia yang punya perasaan
Ye aku tegas. Kekadang orang akan rasa seolah aku suka mengarah.
Malangnya, apabila aku tidak memberi pendapat, orang kata aku tak membantu
Aku keliru. Ye, aku tahu apa yang aku mahukan.
Cuma biasanya, aku cuba menjadi manusia yang hidup berkomuniti.
Yang mahu berkomunikasi dan melontarkan pendapat
Aku keliru
Benar,
Siapa kata hidup ini mudah.
Seingat aku, tidak pernah aku telingai itu.
Hidup ini memang payah, sebab hakikatnya, ianya adalah hukuman buat Adam A.S
Cuma kita yang suka-suka didunia ini seolah mati itu tiada
Aku keliru.
Siapa yang aku perlu jadi?
Aku kekadang lelah menjadi ketua yang tak dihormati
Dan juga penat menjadi pengikut yang sering dimarahi.
Aku sangka, apabila pendapat dilontarkan, ia akan menjadi satu cadangan yand boleh diperdebatkan
Rupanya, definisi pendapat mereka lain.
Pendapat itu bagi mereka, arahan yang ditunggu masanyanutk dikritik diakhir nanti
Apabila semuanya sudah pun terjadi
Mereka seolang menunggu masanya untuk membuktikan bahawa 'pendapat' aku salah
Malang, sedang diawalnya pendapat mereka diharapkan, mereka seolah tiada pendapat
Aku keliru. Inikah yang dinamakan akhir zaman?
Mereka takut pendapat mereka salah, maka mereka simpan pendapat
Untuk buktikan yang mereka kononnya betul diawalnya!
Jika betul, mengapa tak di lontarkan pada awalnya lagi?
Mungkin kerana ini dunia.
Hak dan batil memang tak kan di jelaskan
Sebab itu aku malas berkata.
Aku hanya ingin menulis.
Menulis, untuk timbulkan pertanyaan didalam diri,
Untuk membuktikan mengapa hidup ini sementara
Aku percaya Allah
Dengan izinnya, aku akan dapat mencari ketenangan dan mecari posisi diri ini
Mungkin juga ini adalah petanda lagi.
Untuk membuka hati ini untuk tidak pedulikan apa mereka kata
Lihat mereka kecil sahaja
Aku tak lemah untuk sempitkan hidup aku dengan kata-kata mereka
Gelak sindir merekat itu sampah.
Tak perluku kutip untuk telan
Jika benar, aku pintar
Hanya Allah tempatku mengadu

No comments:
Post a Comment