iqra'

Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one!

Thursday, January 29, 2015

Maaf?

Apa itu maaf? 

Kerana, bagi aku, maaf itu perubahan, sekurang-kurangnya niat untuk melakukan perubahan.
Jangan bercakap tentang maaf dengan aku kalau tidak berniat langsung untuk berubah.

Maaf itu bukan sekadar perkataan. Ia seperti cinta.  Jangan berbicara tentang cinta dengan seseorang jika bukan datangnya dari hati.

Aku letih mendengar perkataan maaf yang sering digunakan sebagai pas unuk membuat kejahatan. Adilkah hidup ini kalau setiap kali seseorang buat kesalahan, dia meminta maaf, lalu dia lega dan boleh ulang lagi lain kali.

Aku tak sepenyabar itu. Aku punya prinsip dalam hidup. Aku tak kira jika tindakan aku mengasingkan diri ini menimbulkan rasa tidak puas hati pada pihak lain, aku tak peduli. Aku mengasingkan diri untuk kabaikan aku. Aku tak minta dipujuk tapi aku mengharap kesedaran yang membuahkan perubahan. Apabila aku mula ketahap mengasingkan diri, aku berani sebut bahawa itu bukan tahap rendah aku bersabar, itu bermaksud aku pernah pandang enteng perkara itu tapi sayang, ia berulang lagi. 

Aku tak suka paksa orang untuk berubah. Tapi jika dia tak mahu berubah, maaf, aku hanya boleh katakan bahawa aku cuma tidak layak menyesuaikan diri bersama mu. Aku tiada hak untuk marah orang hanya kerana aku tak selesa dengan apa yang mereka lakukan. Tapi, Aku tak mampu bersabar.

Ayat itu amat sukar untuk ku akui, kerana selama ini, itu lah yang aku cuba capai, sabar. Aku kecewa dengan diri sendiri sebab aku tak mampu bersabar, tapi aku rasa aku perlu akui itu supaya aku tak lari dari kenyataan.

Asingkan diri dan lari dari berbicara mungkin juga dianggap sebagai lari dari kenyataan, tapi bagi aku, itu yang terbaik. Aku tak kan dpat apa yang aku nak, tapi sekurangnya aku tak perlu hadapi apa yang aku tak nak. Kerana aku tiada kuasa untuk menghukum orang lain, biarlah aku menghukum diri aku sendiri. 

Mana ada orang berani kata, kunci mulut sepanjang hari itu mudah dan menyeronokkan, aku sendiri tak suka. Tapi, aku yakin, itulah yang terbaik, biarlah air mata turun sederas mana sekali pun, biar Allah sahaja yang tahu. Sungguh, aku sedang belajar dan berjuang. 




No comments:

Post a Comment